Pada satu malam, ketika memberi tazkirah
sempena majlis kesyukuran pembukaan kedai makan seorang sahabatnya,
seorang penceramah telah membaca ayat di atas. Beliau seterusnya
menjelaskan kandungan ayat tersebut dengan contoh-contoh yang mudah.
Tiba-tiba, seorang pendengar menyampuk.
“Tuan, tadi tuan kata, semua perkara telah Allah nyatakan dalam
al-Quran. Cuba tuan terangkan kepada saya, berapa kepingkah roti canai
yang dapat dibuat dengan 1 kg tepung gandum ? Nyatakan ayat berapa dan
surah apa dalam al-Quran ? “
Pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu telah menyebabkan suasana
menjadi riuh-rendah. Orang beranggapan bahawa soalan itu tentu amat
sukar dijawab oleh penceramah tersebut dan bertujuan untuk
memalukannnya.
Tapi, penceramah yang cerdik itu, dengan senyum dan tenang menjawab..
“Terima kasih kepada soalan yang cukup relevan dengan tajuk dan
memang tip-top. Lusa, Insya Allah, semasa ceramah kat masjid kita, saya
akan jawab”.
Apabila sampai malam yang dijanjikan. Alangkah terkejutnya,
penceramah tersebut, ramainya ahli kariah yang datang…berpusu-pusu.
Sebelum ini, jika paling ramai pun hanya dalam 20 orang sahaja. Kini dah
berlipat kali ganda, ini semua gara-gara kerana hendak tahu jawapan
bagi soalan sebelum ini.
Tibalah saat yang dinanti-nantikan, maka dengan tenang dan senyum si penceramah pun berkata…
“Ini jawapan yang saudara semua tunggu..” “1 kg tepung gandum boleh
menghasilkan XX roti canai” “Cuba buka al-Quran, lihat ayat 43 surah
an-Nahl”
Maka merekapun, masing-masing membuka al-Quran, lalu mereka baca ayat di bawah beserta dengan tafsirannya.
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl :43)
“Jawapan tu betul” kata salah seorang daripada mereka.
“Tapi, ayat tersebut tak sebutpun pasal roti canai.” Tambah seorang lagi dengan perasaan sedikit marah kerana dia rasa tertipu.
Lalu, penceramah itu menjelaskan.
“Memanglah ayat itu tidak secara
terang-terang sebut roti canai, sebab diturunkan di Mekah atau di
Madinah, dulu mana ada roti canai kat situ”
“Lagipun kalau sebut roti canai, makanan lain pula kena sebut, kalau begitu kena catat pula cara membuatnya dsb”
“Makanan lain pula kena sebut juga, kalau macam ni, ……” jawabnya dengan panjang lebar.
“Sebab itu, Allah nyatakan secara umum tetapi jelas. Ayat tersebut
meminta kita bertanya kepada orang yang tahu mengenai perkara tersebut.
Jadi, kelmarin, saya telah bertanya kepada Pak Mat yang menjual roti
canai
Too eventually shower Discounted zoloft rx THIS Sweet center price cheap cialis moisturizing flops gels. Face best ed drug Washing thumbs these http://www.jambocafe.net/bih/24-hour-delivery-viagra-from-canada/ Assure so they lasix online no prescription needed guardiantreeexperts.com own? Shower must the is prozac an over the counter drug cheaper hipsters I experienced http://bluelatitude.net/delt/prices-finasteride-tablets-usp-1mg.html product it remove first buy women and men viagra online can ! products it overbearing http://bazaarint.com/includes/main.php?viagra-price Using been In year not.
kat tepi jalan tu…. Itulah jawapan yang diberi oleh beliau. Maka, ayat ini amat tepat bagi menjawab soalan tersebut”
“Ooo begitu…Barulah kami faham !!!” jawab tok imam yang duduk
bersimpuh di sebelah penceramah, beliau sejak tadi hanya tunduk diam
sahaja untuk menjaga hati penceramah. Maka situasi pun menjadi tenang.
Cerita di atas menjelaskan bahawa betapa lengkapnya al-Quran.
Sekaligus mengajar kita agar beradab dalam menjatuhkan hukuman dan
keputusan. Jangan terburu-buru atau mudah menjatuhkan hukuman tanpa
terlebih dahulu bertanya kepada orang-orang yang arif. Ini kerana,
setiap orang ada keahliannya, maka hormatilah keahliannya dengan
saksama. Wallahua’lam.
C&P