Assalamualaikum wrhmth..
Alhamdulillah,bersyukur atas nikmat Ramadhan kurniaanNya..
Semoga nikmat Syawal pula mengiringi Iman..
Ameen..
Pertama2nya of kos la nak ucap, Selamat hari ghayer kat korang..
Maaf zahir batin eh.. *tahu byk salah ni..isk3 >.<
Diharapkan dapt ler dimaafkan kesalahan2 dulu..
Yelah,kita ni manusia xsempurna x lari dr kesilapan.. :')
*sambil kesat airmata..huhuhu~
Ok,nsyaAllah ni nak sharing cket pasal hari ghayer yang dok kita sambut dgn semeriah2nya ni..nak ckapnyer,sume org hepi lah bila cakap hari ghayer ni..kan?
Sejarah Aidilfitri..??
Sejarah ni bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.Dan baginda menggantikan dua perayaan yang disambut oleh masyarakat Madinah kepada perayaan mengikut Islam.
Anas bin Malik r.a berkata:
"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” ( Hadis Riwayat al-Nasaai)
Hari Kemenangan..??
Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadah puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu. Baiknyer Allah kan??
Yeah!!we did it..!!hew3~ Alhamdulillah.. :)
Perlu ke baju raya??
Act,xpayah beli baju raya pun xpe..
tapi disunnahkan kaum muslimin untuk menghias diri dengan pakaian yg indah..
Imam Syafie R.H berkata:
Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.
Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:
Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan."
So,nak cakapnyer..xpe xde baju raya tetapi sunnah untuk kita memakai pakaian yang terbaik yang kita ada pd hari raya ni..NsyaAllah,sama2 kita muhasabah diri supaya jgan ler nk over2 sangat raya ni k..
berSederhana itu kan comel..huhu..
mekipun gambar curik dari google namun nk wish ni hari raya tetap ikhlas..huhu |
Pesanan ketupat Rendang :)
Okelah2..mari sama2 kita berhari raya mengikut sunnah..
Kita nak beramal pun kena lah berilmu..
NsyaAllah,sama2 berusaha menjadi Muslim yang bukan hanya tahu menyambut perayaan Islam tetapi tahu kenapa dan mengapa..
hehe.. :)
Salam tulus Ikhlas daripada kami..
Lyana Arifin sekeluarga..
Selamat hari raya.. :)