Wednesday, 9 April 2014

EDISI : Cerita Mereka, Cerita Kita !!

2 Cerita Ayah & Anak | Mesir & Palestin

 

| Mesir |

"Tahanan dan anak perempuannya "

Seorang budak perempuan cuba untuk memeluk ayahnya yang dikurung sambil dia berkata :

Sesungguhnya kami tidak akan lupa,
dan saya akan kembali wahai ayahku,
untuk memecahkan halangan/kekangan diantara kita,
saya akan cairkan besi ini,
saya mahu memeluk dan mendakap kamu wahai ayahku,
aku sangat merindui kamu wahai ayahku.


| Palestin |

Khalid (4 tahun) berteriak memarahi tentera Israel yang ingin menangkap ayahnya Jabari

Apa perasaan kita jika kita ditempat mereka?
Apakah perasaan si anak pelindung mereka, tempat bergantung harap ditangkap dan disumbat didalam penjara!

Dan mungkin tidak dapat bertemu lagi dengan si ayah?


Korang nanges ke? nah! tisu..
Cerita mereka, Cerita kita!

Tuesday, 11 February 2014

EDISI : Hey! Awak Terlupa Bendera Palestine!

Saya rasa ia boleh jadi perkara yang mengelirukan bagi anak-anak Palestin yang membesar di Amerika Syarikat, sekurang-kurangnya bagi saya sendiri. Sebagai seorang kanak-kanak, dahulunya saya sangat keliru.

Saya berasal dari sebuah keluarga pelarian Palestin. Keluarga saya dari kedua-dua belah ibu dan ayah, termasuk keseluruhan etnik di kampung mereka telah diusir oleh Israel pada 1948. Jadi, ibu dan ayah membesar di Jordan sebelum mereka ke Amerika Syarikat sebagai imigran. Semasa masih kecil, saya selalu keliru mengapa keluaraga saya berasal dari Jordan, tetapi kami ialah warga Palestin. Saya tahu saya ialah warga Palestin, tetapi saya tidak begitu faham.

Semasa di sekolah rendah, ada satu Minggu Antarabangsa dimana kami akan belajar mengenai pelbagai budaya. Dalam satu aktiviti, cikgu memberitahu yang Amerika Syarikat ialah sebuah negara imigran, dan kami semua datang dari pelbagai tempat. Cikgu berjalan di sekitar bilik dan bertanya kepada kami dari mana ibu bapa dan datuk nenek kami berasal. Apabila tiba giliran saya, saya menyebut Jordan.

Lagi satu aktiviti yang kami lakukan pada minggu itu ialah, cikgu meminta kami meletakkan satu pin di atas sebuah peta untuk menunjukkan dari mana keluara kami berasal. Saya melihat tiada Palestin di atas peta tersebut. Hanya Israel.

Saya pergi kepada cikgu dan berkata, “Saya rasa orang yang membuat peta ini terlupa untuk memasukkan Palestin. Ia tiada di situ.”

Cikgu membalas, “Tetapi saya ingat keluarga awak dari Jordan? Jordan ada di situ, sayang.”

Saya berkata, “Ya, memang kami dari Jordan, tetapi kami ialah warga Palestin jadi kami berasal dari Palestin.”

Cikgu meminta maaf dan kelihatan kehairanan. Cikgu berkata buat sementara waktu, saya letakkan pin itu di atas Jordan dahulu kerana kami tak menjumpai Palestin. Saya ikut sahaja. Kemudian, cikgu juga memberi kami pelekat bendera yang comel mewakili negara asal kami. Sekali lagi, saya mendapat bendera Jordan. Tiada pelekat bendera Palestin di set tersebut.

Terdapat beberapa kekecewaan dan kekeliruan yang saya dapat semasa saya kanak-kanak setiap kali ada perkara yang melibatkan antarabangsa. Contohnya, saya selalu terfikir, mengapa tiada bendera Palestin di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare Chicago. Sedangkan semua bendera lain ada di situ.

Apabila saya semakin membesar, sudah tentu, saya sedar kenapa bendera kami tidak pernah ada dan tidak diiktiraf di kebanyakan peta. Tetapi, saya terpujuk dengan fakta bahawa kami masih dikenali sebagai warga Palestin dan masih berpegang teguh dengan budaya dan tradisi kami. Kami masih wujud.

Setelah bertahun-tahun, saya menjadi sangat berminat melihat peta-peta sejarah Palestin dan mengumpul bendera dan peta-peta Palestin. Malahan sekarang, saya ada banyak koleksi tersebut di dalam bilik saya.

Beberapa hari yang lalu, kawan saya Abeer memberi pautan “National Flags Made From Each Country’s Traditional Foods”. Bendera-bendera dicipta untuk mempromosikan Festival Makanan Antarabangsa Sydney. Bendera direka menggunakan bahan-bahan dan makanan asas di dalam sesebuah negara yang berpadanan dengan setiap bendera. Walaupun hanya ada 18 bendera yang dipaparkan, saya rasa bendera Palestin seperti hilang. Jadi, saya membuat sendiri bendera ini.

Warna merah ialah tomato, yang sering digunakan dalam kebanyakan masakan di Palestin, daripada ‘bamya’ kepada ‘kayalat bondoura’. Kami juga menikmatinya begitu sahaja untuk sarapan pagi bersama timun yang dihiris, telur, ‘hummus’, ‘labne’ atau ‘zayt w za’tar’.

Bercakap mengenai ‘zayt’, saya meletakkan buah zaitun hitam mewakili warna hitam pada bendera kami. Walaupun saya secara peribadinya lebih menyukai buah zaitun hijau, buah zaitun mempunyai pelbagai warna, bentuk dan saiz di Palestin. Dan sudah tentu, minyak zaitun ialah satu kemestian dalam semua masakan Palestin.

Untuk bahagian warna putih, saya menyapu sedikit ‘labne’. ‘Labne’ ialah keju yang diperbuat daripada yogurt. ‘Labne’ boleh dijumpai di setiap rumah di Palestin. Ia sangat sedap, terutamanya apabila dicampur bersama minyak zaitun dan dimakan bersama roti pita yang baru dimasak.

Akhir sekali, untuk warna hijau, saya menyusun daun parsley. Daun parsley ialah bahan utama yang digunakan dalam ‘tabouleh’, salah tradisional yang dikenali salad Levantine. Ia merupakan salad kegemaran saya.

Ada banyak lagi kombinasi yang boleh dibuat untuk bendera Palestin. Palestin kaya dengan pelbagai jenis makanan. Kami begitu hebat apabila melibatkan makanan sehinggakan Israel cuba mengambil alih makanan kami. Israel telah mengambil rumah dan tanah kami, dan tindakan seterusnya dalam percubaan memadam sejarah dan kewujudan ialah dengan mengambil alih budaya dan makanan mereka.

Walau bagaimana cara sekalipun, budaya dan identiti kami akan tetap kekal kerana kami sendiri mengekalkannya. Ini adalah sebahagian daripada pertahanan kami. Saya akan terus mempelajari sejarah dan budaya keluarga saya dan mewariskannya kepada anak saya satu hari nanti, inshaAllah. Saya akan terus memasak masakan Palestin. Saya akan terus membuat ‘dabke’.

Walaupun anak saya membesar dan menyedari bendera Palestin tidak diiktiraf ataupun tidak disenaraikan dalam “itu” atau “ini”, meraka akan tahu yang Palestin itu ada dan akan sentiasa ada. Palestin akan selalu hidup di hati kami.





Mohon muhasabah.. sejauh mana kita sayang? sejauh mana kita ambil peduli? :'(

 

Saturday, 4 January 2014

EDISI : Bersederhana Lagi Baik! ^^






Bersederhana Lagi Baik! :D
NsyaAllah..
Audit diri, Tajdid niat, Lillahitaala~

Welcome 2014!! 
Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
 Moga Allah redha..  

<3 <3 <3

Saturday, 23 November 2013

EDISI : Always Be There~ :')

Allahu Akbar..
Allahu Akbar..
Allahu Akbar..

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls..

The creator of you and me
The heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there

HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
 As HE promise HE will always be there
HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
 As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

Always Be There~ <3

Monday, 21 October 2013

EDISI : Tentang rasa~


Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang maha pemurah..
Lagi maha mengasihani..
Ya Allah..
Betapa indahnya ciptaanMu ini..
Ku mohon kau serikan persahabatan ini..
Umpama berserinya purnamamu..
Suluhkan kedalam jiwa kami dengan suluhan ukhuwah sucimu..
Seterang dan sedamai cahaya rembulan malam..

Wahai pemilik cinta..
Gandingkanlah kami..
Seindah gandingan bulan, bintang dan awan..
Yang serasi menghiasi kesunyian malam.. 
Jadikan ukhuwah ini..
Berpisahnya tidak gelisah..
dan
Rindunya hanya keranaMu..

Serta..
Jadikan kami penerang kepada kegelapan jahiliyah yang kian pekat..
Dan pancarkan kami sinar taufiq dan hidayahMu Ya Rahim..

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu..
Hanya kepadaMu tempat segala pengharapan..
Hanya kepadaMu segala pergantungan..
Kerana hanya dengan cinta dan belas kasihMu..
Kami redha dengan segala ketentuan..
Kerana kami yakin dan pasti segala yang terjadi punya hikmah..
Buat diri kami..

Sungguh, hanya dengan kesabaran dan solat..
Segala hidup ini ku serahkan padaMu Ya Allah..
Andai takdir menemukan kami..
kami bersyukur..
Namun,
Andai takdir memisahkan kami..
Kami sedia dan redha..
Agar tangisan ini..
Bertambah cinta kepadaMu Ya Allah..

Kerana segala perancangMu..
Kami yakin..
Adalah yang terbaik disisi kami..
Moga cinta ini sampai ke akhirnya..
Menuju Cinta-Mu Ya Rahman..
Cinta abadi buat selama-lamanya.. 


Sungguh,
Kita merancang dengan cita2..
Allah merancang dengan cintaNya.. :')

Saturday, 12 October 2013

EDISI : Sabar itu Hentaman Pertama~

Assalamualaikum..
Alhamdulillah atas nikmat Iman & Islam hati ini..
Sejuta kesyukuran diucapkan atas detik ini..
Detik2 yg berlalu tanpa disedari..
dan saat2 itu adakah kita sedang mengESAkan Allah..
atau masih memburu cinta dunia yg tiada pengakhiran..
Allahurabbi..
Bersama muhasabah diri~

NsyaAllah..
Nak sharing satu kisah yg dipetik daripada..
majalah solusi even  edisi brape ntah x engat~ huwaha XD
Tapi..moga2 ia menjadi titik tolak dan darab bahagi dalam kehidupan..
Moga kita sama2 dapat menjadi hamba yg paling dicintaiNya..
<3 <3 <3
..............................................................

Suatu hari Rasulullah berjalan melalui satu tanah perkuburan.
Di satu sudut,didapati ada seorang wanita duduk di sisi pusara anaknya sambil menangis. Rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah,lantas baginda bersabda yang bermaksud:
"Bertaqwala kepada Allah dan bersabarlah."

Sebaik sahaja mendengar lafaz sabar,wanita itu naik angin.
Dihalaunya Rasulullah,
"Jauhkan dirimu daripadaku!Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku."
Jelasla wanita itu tidak tahu bahawa pesan sabar itu lahir dari hati seorang Rasul.
Sebab itu agak kasar bicaranya.

Namun Rasulullah sedikit pun tidak tersinggung.
Baginda meneruskan perjalanan Baginda.
Setelah diberitahu oleh orang yang ada berdekatan bahawa yang menasihatinya itu ialah Rasulullah,rasa bersalah terbit dalam hatinya.
Wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah.
Itulah akibat cepat melenting dan tidak bersabar.

Lafaz pertama yang terbit saat dia menemui Rasulullah ialah ucapan maaf,
"Maaf aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah,"
Rasulullah tetap tenang malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini.

Sabda Baginda yang bermaksud:
”Sesungguhnya kesabaran itu ialah hentaman(pukulan) pertama.”
(Muttafaq ‘alaih)

Moga bermanfaat.. Selamat bermujahadah!! ^^

Friday, 30 August 2013

EDISI : Let Allah's words be the oath :')

 Assalamualaikum wrhmth..
Alhamdulillah for today..
And i would like to share something..
such one in a million happened..

May Allah just be the reason of our relationship :)
Happy reading~

Hiba Ammar writes:

When my father proposed to my mother… He dedicated Surah Al-Imran, which he memorized of heart, as her “Mahr” (dowry)

And when my husband proposed to me, my father told him that he would have to memorize a surah of the Quran as my mahr.. The wedding will not go on unless i’v received my mahr

I was asked to pick one of the surahs… I chose Surah Al-Noor… For all the laws that Surah contained within it and for the fact that it seemed hard to memorize on my behalf.

And before our wedding day; aside of being busy preparing for our “Newly wedded Nest”… The Quran wouldn’t leave my husband’s hand an entire month as he was memorizing the surah…

A few day before our wedding day, my husband came to recite to my father the surah which he had completed.
 
 My father told him every time u make a mistake, u would have to start from the beginning all over again :))

My husband began reciting surah Al-Noor with his calm/gentle voice in such a “beautiful” scene which I will never forget. My mother and I would look at one another and would smile awaiting my husband to make a mistake so he would have to start all over again and by that increase my “Reward”…

But my husband - May Allah bless him - had memorized the surah off heart and didn’t even forget one single verse of it.

Once he finished my father hugged him and said to him: “Today I shall marry my daughter to u for u have fulfilled her mahr.. and your pledge to me..”

He didn’t pay me a financial mahr… And we didn’t buy gold worth tens of thousands…

He sufficed me with Allah’s words as an oath/contract between us…

And the Question is…. I wonder what Surah my daughter will chose as her mahr in the future?

 

Subhan’Allah,such a wonderful example.. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...