Friday, 17 August 2012

EDISI : Ada apa dengan Raya??

Assalamualaikum wrhmth..
Alhamdulillah,bersyukur atas nikmat Ramadhan kurniaanNya..
Semoga nikmat Syawal pula mengiringi Iman..
Ameen..

Pertama2nya of kos la nak ucap, Selamat hari ghayer kat korang..
Maaf zahir batin eh.. *tahu byk salah ni..isk3 >.<
Diharapkan dapt ler dimaafkan kesalahan2 dulu..
Yelah,kita ni manusia xsempurna x lari dr kesilapan.. :')
*sambil kesat airmata..huhuhu~

Ok,nsyaAllah ni nak sharing cket pasal hari ghayer yang dok kita sambut dgn semeriah2nya ni..nak ckapnyer,sume org hepi lah bila cakap hari ghayer ni..kan?

Sejarah Aidilfitri..??
Sejarah ni bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.Dan baginda menggantikan dua perayaan yang disambut oleh masyarakat Madinah kepada perayaan mengikut Islam.

Anas bin Malik r.a berkata:
"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” ( Hadis Riwayat al-Nasaai)


Hari Kemenangan..??
Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadah puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu. Baiknyer Allah kan??

Yeah!!we did it..!!hew3~ Alhamdulillah.. :)

Perlu ke baju raya??
Act,xpayah beli baju raya pun xpe..
tapi disunnahkan kaum muslimin untuk menghias diri dengan pakaian yg indah..

Imam Syafie R.H berkata:

Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan."

So,nak cakapnyer..xpe xde baju raya tetapi sunnah untuk kita memakai pakaian yang terbaik yang kita ada pd hari raya ni..NsyaAllah,sama2 kita muhasabah diri supaya jgan ler nk over2 sangat raya ni k..

berSederhana itu kan comel..huhu..

mekipun gambar curik dari google namun nk wish ni  hari raya tetap ikhlas..huhu

Pesanan ketupat Rendang :)

Okelah2..mari sama2 kita berhari raya mengikut sunnah..
Kita nak beramal pun kena lah berilmu..
NsyaAllah,sama2 berusaha menjadi Muslim yang bukan hanya tahu menyambut perayaan Islam tetapi tahu kenapa dan mengapa..
hehe.. :)

Salam tulus Ikhlas daripada kami..
Lyana Arifin sekeluarga..
Selamat hari raya.. :)

Tuesday, 14 August 2012

EDISI : Nur Syahadah


Tika terbuka hari 
Cahaya yang cerah 
Menerangi hatimu 
Mulus terbias di wajah

Kau sambut dengan redha 
Hadirnya hidayah 
Nekad pendirian terungkai kalimah

c/o 
Nur Syahadah menyinar kalbu 
Murni seharum namamu 
Hadirnya dicelahan 
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis 
Pada waktu dan juga takdir 
Di antara seribu engkau yang terpilih 

Sejernih embun pagi 
Sebersih dirimu 
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu 
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya 
Iringan doaku moga kau bahagia




Bridge 
Akan ku bimbingmu 
Sekadar yang ku termampu 
Menyemai iman dan menuai takwa 
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta 
Cukuplah sekadar teman yang biasa

Nur Syahadah menyinar kalbu 
Murni seharum namamu 
Hadirnya dicelahan 
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis 
Pada waktu dan juga takdir 
Di antara seribu engkau yang terpilih




Nota2 kaki >> Erm,xdepape yang penting sebenranyer entry kali ini..cuma nak berkongsi satu lagu nasyid yang amat2 lah menyentuh hati dan jiwa.. fuhh! syahdu betul.. menitis air mata.. semoga kita sentiasa sabar dan kuat dalam apa jua dugaan..ameen..

EVERYTHING HAPPEN FOR REASONS.. :')

Sunday, 12 August 2012

EDISI : Stanza Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Tiada ungkapan yang paling dinanti..
 sebagai tanda cinta kita kepada orang yang disayangi..
tiga kata yang mungkin diucapi..
Wo ai ni..
I Love You..
Aku cinta padamu..

Tapi mungkinkah kita terlupa akan cinta sebenar2 cinta??
Cinta manusia sebagai hamba..
Cinta yang dibasahi iman, diserapi ihsan..
Ya, cinta kepada Pemilik segala cinta..

Cinta Allah..Allah..Allah..

Satu kata cinta Bilal,
"Ahad!"

Dua kata cinta Nabi Muhammad,
"Selimuti aku..! "

Tiga kata cinta Ummu Sulaim,
"Islammu, itulah maharku ! "

Empat kata cinta Abu Bakar,
" Ya Rasulallah, saya percaya..! "

Lima kata cinta 'Umar,
" Ya Rasulallah, izinkanku penggal lehernya! "

dan sahabat sekalian,
apakah kata cintamu?
apakah kata cinta kita?

Cinta mereka,
semacam pemujaan disebalik kerinduan,
tetapi bukanlah semata disogok kebutaan,
cinta mereka,
adalah suatu kesegaran yang meresapkan keimanan,
membawa jasad menyembah Tuhan,
Rahmatan lil 'alamin.

~Selamat datang~
di jalan cinta para pejuang... Allahu Akbar!





Sunday, 22 July 2012

EDISI : Ramadhan>>Lebih dari yang biasa :)

Assalamualaikum wrhmth..
Alhamdulillah..hingga tiba detik dan saat ini..
kita masih peluang menikmati the special month "Ramadhan Kareem"
Huhu.. excited sangat da ni..haha ^^

So nsyaAllah..
sama2 lah kita banyk2kn amal di bulan yg penuh barakah ini..
ok,fine..ayat sopan dan sungguh skema..
Erm,actually kan..rasenye lah kan..rasa2 nye jeh laa..
nak beramal ni bukan time bulan Ramadhan jeh..betul dok??
Uhuhuhu..patotnyer nak beramal ni kena hari2..
no specific time..hoho~
*terasa dan tersedak..huhuk3~

Tapi xpela,nsyaAllah..
Bila dah tiba bulan yang boleh dpt pahala "double triple" ni..
Mari lah bersama2 memper'BANYAK'kan amalan2 dari selalu..
Biar pahala tu berganda2 cket..
Acewah!! semangat ni..:)


Signboard besar untuk korang..haha
So,untk tidak membazirkn peluang yg ada..
Mari kita bersama "Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa"..hehe
Bak kata murabbi saya :
Sepanjang Ramadhan ni,kita mesti ada target..!!
Aiyo!!target apekah?? =.="


For Example :)


TARGET >> Khatam Al-Quran
Ordinary : kita baca 2 or 3 pages of Al-Quran in a day..
Extraordinary : kita bacalah 2 or 3 pages of Al-Quran every after solat fardu..


TARGET >> Zikir dan selawat
Ordinary : Mungkin selalu zikir pas solat jeh
Extraordinary : Mindset bila nak wat something berzikir dulu..
Contoh : Berzikir sambil mop lantai, sapu sampah, cuci pinggan, memasak juadah puasa...


TARGET >> Kurangkan benda lagha dlm fb
Ordinary : Mungkin selalu stalk wall dy..hehe
Extraordinary : Bukak fb terus buka pages Ustaz Azhar Idrus..huwaha


TARGET >> Banyak berdoa
Ordinary : Mungkin selalu baca doa lepas solat jeh
Extraordinary : Muhasabah and baca doa sebelum tido banyak2..banyak2 taw..hehe


TARGET >> Qiamulail
Ordinary : Mungkin selalu sekali sebulan or sekali seminggu
Extraordinary : Pasang alarm kuat2,biar terjaga..
NsyaAllah selemah2 qiam,bangun dan berdoa.. :)


Wuu~tips exam sempena Ramadhan ^^

Erm,actually untuk menjadi yang "Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa"
Tidak perlu "Begitu Teruja" untk berubah..
Cukup sekadar amlan itu " Lebih dari yang biasa" 
Wlaupun sedikit.. *ikut kemampuan yup!
Rasanya sudah cukup memadai.. :)
Yang penting.. " Berterusan & Istqamah "
Kasi besar sikit..haha

Maka,dengan terujanya saya nak berkongsi :)
Bila bulan Ramadhan ni..banyak sangat2 advantanges..
Untunglar kan..cuma kdg2 kita jeh yg x taw..hoho~

Antaranya adalah doa akan diperkenankan.:)
Sabda Rasulullah s. a. w.; "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." (Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)
Bukan itu saje taw, pakcik makcik or awak2 yang jual makanan kat bazar Ramadahn tu pun boleh dpt pahala..denagn niat yang betu..huhu~
 *nak berniaga la cmni..hehe

Sabda Rasulullah S.A.W : Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang

(menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun 

(Riwayat Tirmidzi)
 

Dan,jangan lupa malam yang ditunggu2..eheks~ 

 Malam Lailatul Qadar.. :)  
Dari Ibnu 'Umar ra, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal." (HR Muslim) 
So,ape lagi..??
Dah2,xyah baca blog ni..tutup fesbuk..pegi baca Al-Quran..
(Err..admin pun sama yer..huhu)
NsyaAllah..sekadar peringatan bersama.. 
Takut terlupa,manusia ni mudah sangt terlupa..=.="


Sebab..
bak kata seorang Ustaz, Syurga xde kuota..
So,jom masuk ramai2..!! hew3~
Semoga kita antara yang terpilih..
Amin.. =')


Salam Ramadhan Kareemm..
Wasalam.. ^^






Tuesday, 10 July 2012

EDISI : Erks!boleh ke nak jealous??

Assalamualaikum wrhmth..
Alhamdulllah,bersyukurnyer hati tidak terperi..
tatkala nikmat Iman dan Islam masih diberi..
Peace2..!! ^^

Okeh,nsyaAllah kali ni nak sharing cket tentang satu perasaan yang memang x dapat dinafikan kadang2 menjelma macam biskut chipsmore..kejap ada kejap xde..
apabila berdepan dengan situasi mahupun fenomena iaitu..
tatkala manusia lain mendapat nikmat dariNYA..
sedangkan kita masih diujiNYA..

Aiyo~cik Lyana,boleh straight to the point x,apekebenda lah act perasaan tu??
okla2,Simple word..it is  "JEALOUS" ..
(betul ke eja ni?? huhuhuhu.. )

Rasenyer semua org pernah merasa jealous kan? xkesah lah sebab ape..
sebab pointer dy lagi tinggi dari kita ke..
sebab muka dy lagi cantik or hensem  dari kita ke..
sebab apa2 yang dy terlebih2 dripd kita lah..
( err.. act, do i care that?? =.= )

NsyaAllah nak sharing siket..meskipun sepertimana yg kita tahu jealous itu satu perasaan yang agak negative namun act, perasaan jealous ada yg dibenarkan dalam Islam..
What?? are u sure cik Lyana?? uhukss~

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia siang malam"
 (Riwayat Muslim) 
So,amcam? boleh jeh nak jealous2 ni sebenarnyer..
Tapi sebab yang dua ni jeh laa..mcam hadis di atas ni.. :)
hew3~

Amboi,yang tu marah nampak..huhu..

Tapi kan..kan.. orang kata kalau cemburu tanda sayang.. *mood : jiwang~
ehem2!!memang la tanda sayang..sebab tu Allah benarkan kita cemburu dengn orang2 yang berbuat kebaikan agar sama2 kita pun nak buat banyak2 kebaikan..
nanti Allah pun sayang.. hew3~ :)
Ok,kita fight..!!sape paling banyak buat baik??hehehe..

Adoi,dunia sekarang..fikir sendiri laa.. ( tutup fb la mcm ni..huhu)
*act,kalau ada masalah boleh setel cara baik..Sabar kan separuh iman.. :)

Pesanan ringkas dari penaja :)
Jom sama2 men'jealous'kan diri dengan benda2 yang betul..
bukan jealous x tentu pasal..okeh?? 
NsyaAllah, berlumba2 lah kita nak buat baik..
dan memperbetulkan niat hanya kerana Allah..
bukan semata2 nak tunjuk kat orang lain..

Remind2 diri bersama..
Jealous x ngan saya?? hehehe..
One step closer..anda pun boleh sampaikannya..
 Wasalam.. ^^





Tuesday, 3 July 2012

EDISI : Love,are you mine??

Assalammualaikum wrhmth..
Alhamdulillah, setinggi2 syukur di'link'kan kepada Allah S.W.T
 tatkala diri masih diberi dua nikmat terbesar..
Nikmat Iman dan Islam.. ^^

Cinta x semestinya memiliki..
Biase lah tu dengar kan?? (hmm..tiba2 touching..uhuk3)
Itulah haikikat dan itulah kebenarannya..
Kerana cinta itu milik-NYA..
Ia boleh datang dan pergi..
Namun..segala100000x nya..
Allah yg tentukan..
Sungguh, yakinlah Allah sebaik2 perancang..
Everything happen for reasons.. =')

Act,nak sharing satu kisah ni..
(tapi intro bukan main panjang..ehehehe)

Dalam sahih al-Bukhari dan Muslim..
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari seorang Arab Badwi datang kepada Nabi Muhammad S.A.W lalu mengajukan soalan :
" Wahai Rasulullah, bilakah berlakunya kiamat?? "
Baginda bertanya kembali dengan sabdanya yang bermaksud :
" Apakah yang telah engkau siapkan untuknya? "
Orang itu berkata :
" Aku tidak memiliki banyak ibadah, namun aku mencintai Allah dan Rasul-Nya. "
Mendengar jawapan itu, baginda bersabda lagi :
" Engkau akan bersama sesiapa yang engkau cintai. "
Gambar pinjam..
Sweetkan??

Cinta yang kompem dimiliki.. 
Mane nak dapat weh?? hahahaha..
cinta selepas hari kiamat tuh..
Kekal 4 ever n ever.. =')
I jump you jump..!!hew3~

*kembali muhasabah diri..
nsyaAllah..untk remind2 diri yang selalu lupa..
Put first thing first..!!
sungguh Allah sayang kita sebab tu kita diberi peringatan..
betul x??
uhuhu~ Sayang Allah jugak.. ^^
Jangan lepaskan peluanag..!!
Cinta sejati menanti anda..!!
hew3~

love Allah never fail~ ^^

Pesan cun melecun :
Just say :

I LOVE ALLAH..!!
I LOVE RASULULLAH..!!

 Just feel it..you will never regret it.. =')

Salam sayang ISLAM ^^
Wasalam..







Wednesday, 27 June 2012

EDISI : 7 golongan VIP disisi Allah

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah disaat ini masih diberikan nikmat Iman dan Islam..
Masih dapat merasai apa itu erti kesyukuran.. ^^

Rasulullah S.W.T bersabda :
" Pada hari kiamat didekatkan matahari kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu. (samada ukuran sekarang atau akhirat) .Pada ketika itu manusia berada didalam peluh masing2 menurut kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada yang peluhnya sampai ke buku lali,lutut, pinggang dan mulut.. " (Riwayat Muslim dan Al-Tarmizi ) 

hmm..dapat bayang x kadar peluh kita waktu akhirat nanti?? tiba2..takot..tension kan?? Terasa diri macam x sempurna sangat2.. Act,banyak batul dosa kita kalau difikir2kan balik..cuma sedar x sedar jeh..Tatkala Rasulullah memberi peringtan,kita masih lagi berenjoy2an melakukan perkara yang ntah ape2~~ =.='
* Muhasabah diri..

TAPI..!!!
ALLAH tu baik sangat2 taw..kenape??hehe..
Sebab Rasullulah dah buat satu promise kepada kita semua.. :)
iaitu..
akan terdapat beberapa golongan yang akan mendapat tempat "Grandstand berbumbung" pada akhirat kelak.. ^^
Siapakah?? 

Dan pada kali ini saya dengan bahagianya nak share something dengan awak2 semua yang secomel2 ciptaanNYA tentang satu hadis Rasulullah S.W.T yang mengenai..
7 golongan yang ALLAH naungi pada hari kiamat.. ^^
Or lebih senang digelar..
" Golongan VIP di sisi Allah."
(yes2 !! very2 important persons beside Allah..)
Xcited x nak tahu..hehehe.. ^^

Rasulullah S.W.T bersabda yang bermaksud :
" Tujuh golongan yang Allah akan menaungi mereka pada hari yang mana tiada naungan melainkan naungan yang diberikan oleh Allah Taala.."

Golongan2 VIP tersebut adalah seperti berikut :

VIP1 >> Pemimpin yang adil
Mungkin ada ramai pemimpin..tapi x semua yang benar2 adil..ADIL sebenrnyer dapt didefinasikan sbgai mematuhi segala perintah Allah dan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya..hak kep yang berhak.. memng besr tanggungjwb ni kan??tapi engat hakikatnyer semua orang ada jawatan peminpin..ya!pemimpin untuk diri sendiri.. :)

VIP2 >> Remaja yang hidup dalam ketaatan
Hidup remaja paling banyk dugaan..tu x boleh ni x boleh..tpi yang dilarang tu lah yang  rasa nak dibuat..kan?kan? Sebenarnyr boleh jeh enjoy ur life as teenager..asalkan menjaga batasan agama..apepun boleh..hehe ^^

VIP3 >> Pencinta Masjid
Haa..yang ni klu korang termasuk laa kan memang mak2 mertua suka..sejuk jeh perut ibu mengandung..huhuk2..pencinta masjid ni bukan maksudnyer bercinta dgn pak imam tu tapi sentiasa menjadikn masjid tu tempat utama untk beribadat dan sebgainyer..senang cakap macam rumah ke-2 laa..hew3~~

VIP4 >> Dua insan yang berkasih kerana Allah
ohh~ xcited dengar golongan yang ni erk~ hehehe..rasa mcm sweet jeh kan.. tapi hakikatnyer susah nk crik mcm ni..semuanyer berlaku atas sebab..mungkin kita berkawan tpi sebb satu kelas..mungkin kita berpasanagn tapi sebb si dia cantik or hensem..bukan sebab Allah..dan sungguh segalanyer bergantung pada niat.. =')

VIP5 >> Pemuda yang menolak apabila digoda untuk berzina
Yang ni memang tabik r..sape2 pemuda yang tergolong ni..tahniah2 la sangat anda berjaya mematahkan usaha2 dan keje2 syaitan yang x putus2 nk menggoda anak kaum adam..just say : " Aku takut kepada Allah..!!" Anda pemuda terhebat..!! ^^

VIP6 >> Insan yang menyembunyikan sedekahnya
Yang ini memang pandai bisnes2..uhuhu~ saham banyak dapat ni kat akhirat naty..org cakp klu sedekah guna tangn kanan biar sampai  tangan kiri x tahu..nsyaAllah sebenar2 IKHLAS..ikhlas tu kan cun..wink3 ^^

VIP7 >> Insan yang mengingati Allah sehingga menitis air mata
Kerana terlalu sayang..kerana terlalu cinta..air mata yang berderai sebenarnye tidak mampu mengungkap rindu..yang lama tersimpan..untuk kekasih-Mu..=')

Gambar hisan semata2..uhuk3

Pesan comel2.. ^^

Haa..amcam??
Ada tergolongkah??huhuhu..xde??xpe2..
NsyaAllah..sama2 berusaha realisasikan agar termasuk dlm golongan2 ni..
Yang penting niat..
Today is better than yesterday..=)
Kerana hidup ini bukan hidup semata2..
Tapi sebagai hamba dan khalifah-Nya..
(2 :30 dan 51: 56)
Remember always..!! ^^

Salam VIP improve diri..hew3~
wasalam.. ^^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...