Monday, 3 September 2012

EDISI : 8 Sebab kena rajin pergi kelas..

Assalammualaikum wrhmth..
Selamat comel semua..ehehehe..
Alhamdulillah,bersyukur kep Allah atas segala nikmat..
especially nikmat Iman dan Islam..
Yang masih tersisip dalam hati..
amin,nsyaAllah..

Ok,xnak cakap banyak..
straight to the point..uhukss~
Why we must rajin2 go to the class??
*sorry, my english broken2~

Sebab 1 : Kerana Allah
Urmm..ustaz kata kalau kita buat sesuatu kerana Allah, kita akan dapat pahala..x kesah la pergi kelas ke,balik kelas ke..asalkan benda tu baik and kita niat kerana Allah..nsyaAllah dapat pahala..whee~ sukanyer g kelas.. (wlaupun kdg2 pergi kelas tp tido dlm kelas..erks!!=.=)

Sebab 2 : Syarat lulus attendance kena full
Lecturer kata mcm ni "ok,kehadiran you all ,saya ambik kira..termasuk sekali dlm peratusan carry mark..so,it up to u all nk dtg atau x..saya dah bagtw.." mungkin ni jgak antara sebb rajen pegi kelas.. (nak jaga pointer..@.@ )

Sebab 3 : Dapat tips exam
Ini adalah sebab yang paling menjadi sebab kenapa kita kena rajen pergi kelas..hew3~ yeke?? lau macam tu datang kelas time dah nak dekat2 exam jeh laa..hahaha.. baru dapat tips~ hahah *sambil gelak jahat~

Sebab 4 : Lecturer "over caring"
Urmm..ni yang kdg2 buat kita rajen nk ke kelas tp x brpe nk ikhlas..lecturer yang "terlebih caring" kat kita..sampaikan asek nak mention nama kita..ehem2,ada x?? ehem2, faham x?? hahaha.. (huwaa..untunglaa famous..huh!)

Sebab 5 : Suka subjek itu
Hehe..yang ni bagus..semangat belajar..saya suka mathematic engineering yang susah dan memeningkan itu..betul ni.. x tipu2.. =.=

Sebab 6 : Menghormati Ilmu dan lecturer
NsyaAllah..ini juga mungkin antara sebab kita suka datang kelas..suka fokus dengar apa yang lecturer cakap kat depan..meskipun kadang2 x faham sangat pun.. tpi kdg2 kena jugak jaga hati lecturer yang semngat dok cakap kat depan nak beri ilmu pada kita.. Peace2!!^^

Sebab 7 : Pakwe / awek satu kelas
Ehem~ yang ni menyelam sambil minum air.. sambil2 pergi kelas.. sambil2 g dating.. sekian~ (xpun,pasangan kuat study,dy marah klu x g kelas..hahaha)

Sebab 8 : Xde sebab
Kenapa kena rajen pergi kelas?? Ermm...sorry,no reasons..dah xde pape nk buat,pergi jeh laa kelas tu.. hehe..

Upin dan ipin pun rajin pergi tadika..apatah lagi kita..malu woo..malu..=.=

NsyaAllah..segala secret telah terbongkar..ehehe~
Pepepun,minta maaf pd sesiapa yg x brape nak suka ayt2 mcm ni..
(biasalah..kami generasi Y..huk3)

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar

Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.

*Muhasabah diri..
NsyaAllah..take the main point..
apa sahaja yang dilakukan semua bergantung pada niat..
Kalau kita pergi kelas sebb nak dapat ilmu..dapatlah ilmu tu..
Kalau kita pergi kelas sebab nak exam..dapatlah exam jeh..
but remember2..!!
Sebaik2 niat adalah kerana Allah..
Mencari ilmu kerana Allah..
Bukan pointer..!! *tersedak~

“Jika kamu mahu berjaya didunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu mahu berjaya di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan jika kamu mahu berjaya kedua-duanya, juga hendaklah dengan ilmu” – Imam Shafie

Pesan comel2 :)
Sekadar remind2 bersama..
Kembali memperbetulkan niat..
Jangan malas2 pergi kelas..
Carilah ilmu dunia mahupun akhirat..
X rugi taw..
Banyak untung maa.. ^^

Selamat rajen pergi kelas..
Wasalam.. :)



Friday, 17 August 2012

EDISI : Ada apa dengan Raya??

Assalamualaikum wrhmth..
Alhamdulillah,bersyukur atas nikmat Ramadhan kurniaanNya..
Semoga nikmat Syawal pula mengiringi Iman..
Ameen..

Pertama2nya of kos la nak ucap, Selamat hari ghayer kat korang..
Maaf zahir batin eh.. *tahu byk salah ni..isk3 >.<
Diharapkan dapt ler dimaafkan kesalahan2 dulu..
Yelah,kita ni manusia xsempurna x lari dr kesilapan.. :')
*sambil kesat airmata..huhuhu~

Ok,nsyaAllah ni nak sharing cket pasal hari ghayer yang dok kita sambut dgn semeriah2nya ni..nak ckapnyer,sume org hepi lah bila cakap hari ghayer ni..kan?

Sejarah Aidilfitri..??
Sejarah ni bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.Dan baginda menggantikan dua perayaan yang disambut oleh masyarakat Madinah kepada perayaan mengikut Islam.

Anas bin Malik r.a berkata:
"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” ( Hadis Riwayat al-Nasaai)


Hari Kemenangan..??
Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadah puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu. Baiknyer Allah kan??

Yeah!!we did it..!!hew3~ Alhamdulillah.. :)

Perlu ke baju raya??
Act,xpayah beli baju raya pun xpe..
tapi disunnahkan kaum muslimin untuk menghias diri dengan pakaian yg indah..

Imam Syafie R.H berkata:

Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan."

So,nak cakapnyer..xpe xde baju raya tetapi sunnah untuk kita memakai pakaian yang terbaik yang kita ada pd hari raya ni..NsyaAllah,sama2 kita muhasabah diri supaya jgan ler nk over2 sangat raya ni k..

berSederhana itu kan comel..huhu..

mekipun gambar curik dari google namun nk wish ni  hari raya tetap ikhlas..huhu

Pesanan ketupat Rendang :)

Okelah2..mari sama2 kita berhari raya mengikut sunnah..
Kita nak beramal pun kena lah berilmu..
NsyaAllah,sama2 berusaha menjadi Muslim yang bukan hanya tahu menyambut perayaan Islam tetapi tahu kenapa dan mengapa..
hehe.. :)

Salam tulus Ikhlas daripada kami..
Lyana Arifin sekeluarga..
Selamat hari raya.. :)

Tuesday, 14 August 2012

EDISI : Nur Syahadah


Tika terbuka hari 
Cahaya yang cerah 
Menerangi hatimu 
Mulus terbias di wajah

Kau sambut dengan redha 
Hadirnya hidayah 
Nekad pendirian terungkai kalimah

c/o 
Nur Syahadah menyinar kalbu 
Murni seharum namamu 
Hadirnya dicelahan 
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis 
Pada waktu dan juga takdir 
Di antara seribu engkau yang terpilih 

Sejernih embun pagi 
Sebersih dirimu 
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu 
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya 
Iringan doaku moga kau bahagia




Bridge 
Akan ku bimbingmu 
Sekadar yang ku termampu 
Menyemai iman dan menuai takwa 
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta 
Cukuplah sekadar teman yang biasa

Nur Syahadah menyinar kalbu 
Murni seharum namamu 
Hadirnya dicelahan 
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis 
Pada waktu dan juga takdir 
Di antara seribu engkau yang terpilih




Nota2 kaki >> Erm,xdepape yang penting sebenranyer entry kali ini..cuma nak berkongsi satu lagu nasyid yang amat2 lah menyentuh hati dan jiwa.. fuhh! syahdu betul.. menitis air mata.. semoga kita sentiasa sabar dan kuat dalam apa jua dugaan..ameen..

EVERYTHING HAPPEN FOR REASONS.. :')

Sunday, 12 August 2012

EDISI : Stanza Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Tiada ungkapan yang paling dinanti..
 sebagai tanda cinta kita kepada orang yang disayangi..
tiga kata yang mungkin diucapi..
Wo ai ni..
I Love You..
Aku cinta padamu..

Tapi mungkinkah kita terlupa akan cinta sebenar2 cinta??
Cinta manusia sebagai hamba..
Cinta yang dibasahi iman, diserapi ihsan..
Ya, cinta kepada Pemilik segala cinta..

Cinta Allah..Allah..Allah..

Satu kata cinta Bilal,
"Ahad!"

Dua kata cinta Nabi Muhammad,
"Selimuti aku..! "

Tiga kata cinta Ummu Sulaim,
"Islammu, itulah maharku ! "

Empat kata cinta Abu Bakar,
" Ya Rasulallah, saya percaya..! "

Lima kata cinta 'Umar,
" Ya Rasulallah, izinkanku penggal lehernya! "

dan sahabat sekalian,
apakah kata cintamu?
apakah kata cinta kita?

Cinta mereka,
semacam pemujaan disebalik kerinduan,
tetapi bukanlah semata disogok kebutaan,
cinta mereka,
adalah suatu kesegaran yang meresapkan keimanan,
membawa jasad menyembah Tuhan,
Rahmatan lil 'alamin.

~Selamat datang~
di jalan cinta para pejuang... Allahu Akbar!





Sunday, 22 July 2012

EDISI : Ramadhan>>Lebih dari yang biasa :)

Assalamualaikum wrhmth..
Alhamdulillah..hingga tiba detik dan saat ini..
kita masih peluang menikmati the special month "Ramadhan Kareem"
Huhu.. excited sangat da ni..haha ^^

So nsyaAllah..
sama2 lah kita banyk2kn amal di bulan yg penuh barakah ini..
ok,fine..ayat sopan dan sungguh skema..
Erm,actually kan..rasenye lah kan..rasa2 nye jeh laa..
nak beramal ni bukan time bulan Ramadhan jeh..betul dok??
Uhuhuhu..patotnyer nak beramal ni kena hari2..
no specific time..hoho~
*terasa dan tersedak..huhuk3~

Tapi xpela,nsyaAllah..
Bila dah tiba bulan yang boleh dpt pahala "double triple" ni..
Mari lah bersama2 memper'BANYAK'kan amalan2 dari selalu..
Biar pahala tu berganda2 cket..
Acewah!! semangat ni..:)


Signboard besar untuk korang..haha
So,untk tidak membazirkn peluang yg ada..
Mari kita bersama "Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa"..hehe
Bak kata murabbi saya :
Sepanjang Ramadhan ni,kita mesti ada target..!!
Aiyo!!target apekah?? =.="


For Example :)


TARGET >> Khatam Al-Quran
Ordinary : kita baca 2 or 3 pages of Al-Quran in a day..
Extraordinary : kita bacalah 2 or 3 pages of Al-Quran every after solat fardu..


TARGET >> Zikir dan selawat
Ordinary : Mungkin selalu zikir pas solat jeh
Extraordinary : Mindset bila nak wat something berzikir dulu..
Contoh : Berzikir sambil mop lantai, sapu sampah, cuci pinggan, memasak juadah puasa...


TARGET >> Kurangkan benda lagha dlm fb
Ordinary : Mungkin selalu stalk wall dy..hehe
Extraordinary : Bukak fb terus buka pages Ustaz Azhar Idrus..huwaha


TARGET >> Banyak berdoa
Ordinary : Mungkin selalu baca doa lepas solat jeh
Extraordinary : Muhasabah and baca doa sebelum tido banyak2..banyak2 taw..hehe


TARGET >> Qiamulail
Ordinary : Mungkin selalu sekali sebulan or sekali seminggu
Extraordinary : Pasang alarm kuat2,biar terjaga..
NsyaAllah selemah2 qiam,bangun dan berdoa.. :)


Wuu~tips exam sempena Ramadhan ^^

Erm,actually untuk menjadi yang "Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa"
Tidak perlu "Begitu Teruja" untk berubah..
Cukup sekadar amlan itu " Lebih dari yang biasa" 
Wlaupun sedikit.. *ikut kemampuan yup!
Rasanya sudah cukup memadai.. :)
Yang penting.. " Berterusan & Istqamah "
Kasi besar sikit..haha

Maka,dengan terujanya saya nak berkongsi :)
Bila bulan Ramadhan ni..banyak sangat2 advantanges..
Untunglar kan..cuma kdg2 kita jeh yg x taw..hoho~

Antaranya adalah doa akan diperkenankan.:)
Sabda Rasulullah s. a. w.; "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." (Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)
Bukan itu saje taw, pakcik makcik or awak2 yang jual makanan kat bazar Ramadahn tu pun boleh dpt pahala..denagn niat yang betu..huhu~
 *nak berniaga la cmni..hehe

Sabda Rasulullah S.A.W : Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang

(menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun 

(Riwayat Tirmidzi)
 

Dan,jangan lupa malam yang ditunggu2..eheks~ 

 Malam Lailatul Qadar.. :)  
Dari Ibnu 'Umar ra, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal." (HR Muslim) 
So,ape lagi..??
Dah2,xyah baca blog ni..tutup fesbuk..pegi baca Al-Quran..
(Err..admin pun sama yer..huhu)
NsyaAllah..sekadar peringatan bersama.. 
Takut terlupa,manusia ni mudah sangt terlupa..=.="


Sebab..
bak kata seorang Ustaz, Syurga xde kuota..
So,jom masuk ramai2..!! hew3~
Semoga kita antara yang terpilih..
Amin.. =')


Salam Ramadhan Kareemm..
Wasalam.. ^^






Tuesday, 10 July 2012

EDISI : Erks!boleh ke nak jealous??

Assalamualaikum wrhmth..
Alhamdulllah,bersyukurnyer hati tidak terperi..
tatkala nikmat Iman dan Islam masih diberi..
Peace2..!! ^^

Okeh,nsyaAllah kali ni nak sharing cket tentang satu perasaan yang memang x dapat dinafikan kadang2 menjelma macam biskut chipsmore..kejap ada kejap xde..
apabila berdepan dengan situasi mahupun fenomena iaitu..
tatkala manusia lain mendapat nikmat dariNYA..
sedangkan kita masih diujiNYA..

Aiyo~cik Lyana,boleh straight to the point x,apekebenda lah act perasaan tu??
okla2,Simple word..it is  "JEALOUS" ..
(betul ke eja ni?? huhuhuhu.. )

Rasenyer semua org pernah merasa jealous kan? xkesah lah sebab ape..
sebab pointer dy lagi tinggi dari kita ke..
sebab muka dy lagi cantik or hensem  dari kita ke..
sebab apa2 yang dy terlebih2 dripd kita lah..
( err.. act, do i care that?? =.= )

NsyaAllah nak sharing siket..meskipun sepertimana yg kita tahu jealous itu satu perasaan yang agak negative namun act, perasaan jealous ada yg dibenarkan dalam Islam..
What?? are u sure cik Lyana?? uhukss~

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia siang malam"
 (Riwayat Muslim) 
So,amcam? boleh jeh nak jealous2 ni sebenarnyer..
Tapi sebab yang dua ni jeh laa..mcam hadis di atas ni.. :)
hew3~

Amboi,yang tu marah nampak..huhu..

Tapi kan..kan.. orang kata kalau cemburu tanda sayang.. *mood : jiwang~
ehem2!!memang la tanda sayang..sebab tu Allah benarkan kita cemburu dengn orang2 yang berbuat kebaikan agar sama2 kita pun nak buat banyak2 kebaikan..
nanti Allah pun sayang.. hew3~ :)
Ok,kita fight..!!sape paling banyak buat baik??hehehe..

Adoi,dunia sekarang..fikir sendiri laa.. ( tutup fb la mcm ni..huhu)
*act,kalau ada masalah boleh setel cara baik..Sabar kan separuh iman.. :)

Pesanan ringkas dari penaja :)
Jom sama2 men'jealous'kan diri dengan benda2 yang betul..
bukan jealous x tentu pasal..okeh?? 
NsyaAllah, berlumba2 lah kita nak buat baik..
dan memperbetulkan niat hanya kerana Allah..
bukan semata2 nak tunjuk kat orang lain..

Remind2 diri bersama..
Jealous x ngan saya?? hehehe..
One step closer..anda pun boleh sampaikannya..
 Wasalam.. ^^





Tuesday, 3 July 2012

EDISI : Love,are you mine??

Assalammualaikum wrhmth..
Alhamdulillah, setinggi2 syukur di'link'kan kepada Allah S.W.T
 tatkala diri masih diberi dua nikmat terbesar..
Nikmat Iman dan Islam.. ^^

Cinta x semestinya memiliki..
Biase lah tu dengar kan?? (hmm..tiba2 touching..uhuk3)
Itulah haikikat dan itulah kebenarannya..
Kerana cinta itu milik-NYA..
Ia boleh datang dan pergi..
Namun..segala100000x nya..
Allah yg tentukan..
Sungguh, yakinlah Allah sebaik2 perancang..
Everything happen for reasons.. =')

Act,nak sharing satu kisah ni..
(tapi intro bukan main panjang..ehehehe)

Dalam sahih al-Bukhari dan Muslim..
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari seorang Arab Badwi datang kepada Nabi Muhammad S.A.W lalu mengajukan soalan :
" Wahai Rasulullah, bilakah berlakunya kiamat?? "
Baginda bertanya kembali dengan sabdanya yang bermaksud :
" Apakah yang telah engkau siapkan untuknya? "
Orang itu berkata :
" Aku tidak memiliki banyak ibadah, namun aku mencintai Allah dan Rasul-Nya. "
Mendengar jawapan itu, baginda bersabda lagi :
" Engkau akan bersama sesiapa yang engkau cintai. "
Gambar pinjam..
Sweetkan??

Cinta yang kompem dimiliki.. 
Mane nak dapat weh?? hahahaha..
cinta selepas hari kiamat tuh..
Kekal 4 ever n ever.. =')
I jump you jump..!!hew3~

*kembali muhasabah diri..
nsyaAllah..untk remind2 diri yang selalu lupa..
Put first thing first..!!
sungguh Allah sayang kita sebab tu kita diberi peringatan..
betul x??
uhuhu~ Sayang Allah jugak.. ^^
Jangan lepaskan peluanag..!!
Cinta sejati menanti anda..!!
hew3~

love Allah never fail~ ^^

Pesan cun melecun :
Just say :

I LOVE ALLAH..!!
I LOVE RASULULLAH..!!

 Just feel it..you will never regret it.. =')

Salam sayang ISLAM ^^
Wasalam..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...