Friday, 15 February 2013

EDISI : Dean List ke Deen List??

Assalammualaikum wrhmth~
Alhamdulillah atas segala nikmat Iman dan Islam..
Dan nikmat waktu lapang yg sangat lapang~
(huh! cuti sem ler katakan..kiki :P)

Dikesempatan kelapangan ini, marilah kita bersama2 bermuhasabah kembali..
nikmat2 waktu yg diberi..dihabiskan dimanakah??
Di depan laptopkah? Di padang bolakah??
Di dapur masakkah?? bermovie2an??
ber'mukabuku'? ber'kicau'an? ber'andatiub'?
Laa..xleh ker cik Lyana??
Boleh jeh, tp berpada2..
Jangan sampai yg wajib terlupa~ 
#ketuk2kepalasendirisambiltersengih2~

Sebab saya pernah mendangar ceramah seorang ustaz dan dy berkata :
Tanda-tanda orang yg cintakan dunia ni x boleh hidup dan resah bila tiada internet..
#muhasabah kembali..kita bagaimana??

NsyaAllah..selepas ber'cuti2'an..
Tibalah masa ber'result2'tan..
Oh!tidak~=.="
For sure kebanyakannye dh ramai yg dh dapat result sem lepas ek??
Huhu..so,amcam??
First Class Honour?? Dean List??
Kwang3~

Act,x kiralah berapa pun keputusannya..
NsyaAllah.. tu yg terbaik dan setimpal dgn usaha kita..
Maka, alhamdulillah..
Bersyukur..bersyukur..dan bersyukur..


"Allah tidak menilai hasil, tetapi usaha~ "
Biiznillah..Mudah2an..
Semoga segala usaha menutut ilmu dapat dikira sebagai pahala..
Sebenarnya itu yg lebih penting..
Kan? kan?


Namun, di saat kita bertungkus lumus..
jumpe lecturer, crik tips, wat tutorial, wat past-yer..
Demi mencapai Dean List..
fuh!fuh!fuh!
Adakah kita juga bertungkus lumus..
Demi mencapai Deen List ??
Yang lebih dipandang oleh Allah.. 

 Tepuk dada, tanya iman~
SubhanaAllah..!!

"Tidak salah kamu kejar ilmu dunia,
Yang salah bila kamu tinggal ilmu agama.."

Renung2kan..
Dalam tempoh kita belajar mengejar Diploma, Degree, Master, mahupun Phd..
Adakah kita juga kejar ilmu Tauhid,ilmu ibadah,Ilmu Al-Quran, dan Ilmu Hadis dll..
 Yang bukan sahaja untuk kita ketahui..
Malah dihayati dan diamali.. :')

Yang penting, Ikhlas kerana Allah dalam apa jua ilmu yg dipelajari~

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]
Penghukum dan terhukum
  Peringatan untuk semua terutamanya diri sendiri~
Andai kejayaan yg dikecapi, bersyukurlah..
Andai kegagalan pula yg dihadapi, usah putus asa..

"Life is like photography, we develop it from negatives"

Senyum sokmo..
Gud Luck, all the best..!!
Selamat Semester Baru..
 Wasalam..:)

Nota2kaki : Urmm..where is another 0.03?? =.="

Saturday, 26 January 2013

EDISI : Baik itu tanpa batas~

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dan bersyukur atas segala2nya..
Atas nikmat Iman dan Islam ini..
Moga hidup saya,awak, dia dan mereka sentiasa dirahmatiNya..
Ameen..

Seminggu sudah..eh,xla dah dua minggu sebenarnyer..
 my home is under construction.. adoi!pening2..bising satu hal..nak kuar masuk rumah susah..lagi2 sebagai perempuan ni..kenalah cover mcm2..
Tapi...
No matter what happen..
Aurat is aurat..!!
For sake of Allah..nsyaAllah, no hal~ :)

Tapi ada sesuatu yang membuat saya tertanya2.. tatkala rumah direnovate oleh mat2 indon kat luar tu.. hampir setiap hari abah akan meminta saya menyediakan air mahupun makanan kep mereka..kadg2 abah sendiri yg sediakannya..
Tapi kenapa??

Saya : Abah, kenapa nak susah2 buat air ke nak bagi makanan kat orang2 tu abah?? Kan dyorang cuma pekerja.. lagipun ketua dyorang pn bagi makanan..
Sambil tersenyum, abah menjawab dengan tenang : Erm, xpela Yana..abah ni xde duit nak bagi kat dyorang..dgn bagi minuman dan sedikit makanan yang x seberapa ni..harapnyer dapat dikira sebagai sedekah juga..kan??

Saya terdiam.. 
Tersenyum kembali kepada abah..
Ermm,yup2.. jawab saya perlahan..
Jauh disudut hati.. (insaf~)



Ya Allah, terimalah kebaikan ini ya Allah..
Semoga abah dan kami sekelurga sentiasa dalam keredhaanNya..
Ameen..


Admin mohon doakan juga yer..
jazakumuallah khairan~ :)

#Article ini tidak berniat untuk menghebahkan kebaikan yg dilakukan tetapi semoga menjadi iktibar dan muhasabah..
Bagaimana pandangan kita terhadap manusia lain?? 
Kemana harta kita selama ni dihabiskan??

“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka.

NsyaAllah, moga sama2 menjadi iktibar..
*lagi2 kepada admin..huhu..sentap woo~ >.<"
Wasalam..



Wednesday, 23 January 2013

EDISI : Erti Sebuah Syafaat

Daripada Abbas r.a Rasulullah bersabda :
"Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad S.A.W. Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.


Israfil bersuara : "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiqa, ketika Rasulullah S.A.W berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.



Baginda SAW bersabda : "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku! "

Jibril as berkata : "Apakah yang kamu lihat di hadadapanmu??"
Baginda SAW bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku"
Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang tercampak di atasmu??"
Baginda SAW bersabda : " Bkan itu maksud pertanyaanku."
Baginda SAW bersabda : "Aku bertanya kepadamu akan UMATKU..dimanakah perjanjian mereka? Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."
Jibril as  menyeru : "Wahai sekalian makhluk,datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala. "
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.


Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat,baginda akan bertanya : "Dimana umatku?? "

JIbril as berkata : " Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir. "
Apabila nabi Isa as datang. Jibril as menyeru : Tempatmu! ". 
Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata : " Mengapa kamu berdua menangis??"
Jibril as berkata : " Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?? "
Nabi Muhammad bertanya : "Dimana umatku?? "
Jibril as berkata : " Mereka semua telah datang. mereka berjalan lambat dan perlahan. "


Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menagis lalu bertanya :

" Wahai JIbril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?? "
Jibril as berkata : "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW! "
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang badan mereka sambil menyeru : " Wahai Muhammad! "
Nabi Muhammad SAW bersabda : " Wahai umatku"
Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi : " Dimana umat Muhammad SAW? "
Jibril as berkata : " Mereka adalah sebaik umat"
Allah Taala berfirman : "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang uantuk ditayangkan di hadapanKu. "
Jibril as kembali di dalam keadaan menagius laul berkata : "Wahai Muhammad! Umatmu telah dtang untuk ditayangkan kepada Allah Taala. "
Nabi MUhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata :
" Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala. "
" Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala. "
Allah Taala berfirman : "Hari ini Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini Aku kan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu."


Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad menyeru : " Tuhanku, Penguasaku Penghuluku..! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu! "

Ketika itu juga, Neraka Jahanam berseru : "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya??" 
Neraka pula berseru " "Wahai Tuhanku, Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkan Muhammad dan umatnya dari seksanya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya meraka adalah umat yang lemah. Mereka tidak sabar dengan penyeksaan.
Nabi Muhammad lebih-lebih lagi sedih.
Air mata telah hilang dan kering di pipinya.
Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arasy Allah S.W.T
dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.


Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.

Mereka berkata : "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya."
Fatimah ra bertanya :" Dimana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat, wahai bapaku??"
Baginda SAW menjawwab : " Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Meriam, Asiah Kahdijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata : " Ini umat Nabi Muhammad SAW. Meraka telah sesat dari Nabi mereka. "
Nabi Adam as berkata kepada nabi Muhammad SAW : "Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mecarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala" 

Nabi Muhammad SAw menjerit dari atas mimbar lalu bersabda : " Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentisa memohon kepada Allah Taala untukmu."
Umat Nabi Muhammaad SAW berkumpul disisinya. Ketika di atas sirat, Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik : "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu. "
Nabi Muhammad berhenti di titian sirat tersebut. 
Setiap kali baginda SAw melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan di kembali.
Nabi Muhammad SAW berkata : " Tuhan, selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim"alaih..
SubhanaAllah..Allahuakbar..!!
Rasulullah SAW dan syafaatnya untuk kita..
Rasulullah SAW amat menyanyangi umatnya..
Rasulullah SAW amat menyanyangi kita..!!
Tapi kita disini masih..
alpa..lupa.. :'(

Sejauh mana cinta kita kepada Rasulullah??
Tepuk dada, tanya iman..

Rasulullah..Truly We Love You~

Wallahualam..
Wasalam..








Thursday, 17 January 2013

EDISI : The Answers~

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
A grateful thanks to The Al-Mighty Allah..
with heart full of iman and Islam..
love and His blessing..
InsyaAllah~

When I said : My sin is so many
Allah said : "And who can forgive sin except Allah?? " 
(3:135)

When I said : Do not leave me.
Allah said : "So remember Me, I will remember you" 
(2:152)

When I said : I'm facing a lot of difficulties in life
Allah said : " And whoever fears Allah? He will make for him a way out. " 
(65:2)

When I said : I have many dreams that I want to come true.
Allah said : " Call upon Me, I will respond to you" 
(40:60)

SubhanaAllah!!
The answers tell that Allah is still accepting me..
The answers make us feel that "we are not alone"
The answer show us that "There always a way"
The answer just complete ourselves..
and
make us being the precious in the world..
with His love and care.. :')


My questions and His answers~



Dear Allah..

Me is Yours..
Totally Yours..
You know what the best for me..
and..


Without You, I'm nothing.. :')
Thank You, Allah~
Wasalam..




Thursday, 10 January 2013

EDISI : Susah ke Senang??

Assalamualaikum wrhmth~
Alhamdulillah atas nikmat gembira hari ini..
Nikmat senyuman kini..
Nikmat Cinta & Sayang ..
Yang hanya semata2 kerana-Nya..
NsyaAllah.. :)

Fuhh~
Itu jeh yg mampu terkata..
Tatkala minggu2 yg buzi melanda..
Biaselar..student..
*wink3 ^^
Eh?? ape sangat la buzi awak tu cik lyana..
Nak dibandingkan tugas Rasullullah yang banyak..dan sangat banyak~
Lagi2 demi ISLAM tercinta~
gulp!! XD


so true~

Back to the story~
Disaat kita terasa berat dan beban..
Memikul tugas yang x pernah nak siap..
Penat letih..huwaa..!!
Cuba fikir dengan tenang~
Krikk..krikk..krikk..
................................................................

Dengan memegang satu konsep..

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.."
(Surah As-Syarh : 6 )

Huwaaa..xcited dapat ayat ni..
Terasa Allah sayang.. :')
Ya Rabb,i love u too~ <3 <3 <3

Timbul satu persoalan!!

Selalunyer bak kata pepatah melayu..
Bersusah2 dahulu,bersenang2 kemudian..
Tapi..
'bersama kesulitan ada kemudahan'
means what??
Dalam kita sedang menghadapi kesusahan actually ada kesenangan..
Cuma kadang2 kita jeh x nampak~

Sebab itu..
Lihatlah alam..lihatlah ciptaan-Nya..
Kerana..
nikmat Allah itu hanya disedari oleh orang2 yg berfikir..
apalah sgt sedikit kesusahan yg kita terima??
x dapat nk dibandingkan pun~

Sehingga kadang ..
terasa malu meminta tenang..
kerana nikmat-Nya sudah terlalu bayak..
Seriously~

Namun, hati ini milik Allah..
hanya Dia yang mampu beri tenang..
hanya Dia yang mampu damai..
Dan hanya kepada-Nya..
hati ini berserah.. :')

NsyaAllah..
Semoga yang utama diutamakan..
Yang dahulu..didahulukan..
Dalam kesesakan himpitan2 urusan dunia..
Usah dilupa urusan akhirat..
urusan akhirat..
ya!! urusan akhirat~
Baru fair & square..kan??
hee..

Remember at anywhere anytime~

So..

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum..
tapi tersenyumlah..
maka kamu akan bahagia.. :D


Semoga Allah sayang.. :')
Wasalam..



Friday, 7 December 2012

EDISI : Open Your Eyes~


Open Your Eyes  - Maher Zain-



Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..


(JOm layan.. :D)


Wednesday, 14 November 2012

EDISI : Maafkan Aku,..


#Article ini adalah rekaan semata2 tiada kena mengena dgn yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia..#

{Sediakan tisu sebelum baca..anda mungkin memerlukannya.. :') }

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suk
a dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..


Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..



Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..



Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, "ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.



Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.



Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.



Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.



Ara taklah 'bisu' sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur.. Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..



Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.



Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..



Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??



Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!



Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!



Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..



Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..



Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.



Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!



Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!



Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..



Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??



Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!



So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..



Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!



Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??



Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.



Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!



Aku buntu..



Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..



Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.



Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..



Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..



Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!



1 Julai 2007,



Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..


Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.


*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..



Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?



4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?



Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.



Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.



Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.



"Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah.."



Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..



Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..



Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..


-Copy&paste-
Sebab..
Admin touching baca article ni.. :P
Mungkin jiwang siket..
But..

Just ask urself..
How u appretiate someone in your life??
:')



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...