Monday 7 May 2012

EDISI : Wanita Pertama Masuk ke Syurga

Suatu hari, Rasulullah s.a.w memberitahu Fatimah bahawa dia bukanlah wanita pertama yang masuk ke syurga. Fatimah sangat sedih dengan perkhabaran tersebut dan cemburu kepada wanita tersebut. Fatimah tertanya-tanya apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga??

Fatimah lantas bertanya kepada ayahandanya. Rasulullah tidak menjawab, sebaliknya berkata : " Pergilah anakku ke rumah wanita tersebut."

Fatimah pun bersiap untuk pergi ke rumah wanita tersebut. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Muti'ah, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana tidak mendapat keizinan suaminya. Maka Fatimah pulang kembali dan datang senula pada keesokan harinya.

Pada hari kedua, Fatimah datang bersama Al-Hassan dan al-Hussain pula. Sekali lagi Mu'tiah tidak membenarkan Fatimah masuk ke dalam rumah kerana Muti'ah meminta izin hanya untuk Fatimah sahaja, tidak untuk anak-anaknya.

Maka, sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana belum lagi dapat menyelidik keistimewaan atau amalan wanita tersebut.

Pada hari ketiga, barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam oleh Muti'ah. Mereka pun berbual-bual di samping Fatimah memerhati wanita istimewa itu. Namun pada firasat Fatimah dalam pertemuannya itu tidak ada apa-apa keistimewaan tentang wanita ini, sehingga dia layak menjadi wanita pertama yang masuk ke Syurga.

Ketika sedang berbual-bual, tiba-tiba Muti'ah bangkit dari tempat duduknya dan segera bersiap diri. Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya Fatimah bersiap-siap untuk menyambut kepulangan suaminya.

Mu'tiah menyambut kepulangan suaminya dengan menyediakan tiga perkara :
(1) segelas air untuk menghilangkan dahaga suaminya.
(2) Sedikit makanan bagi menghilangkan lapar 
(3) dan sebatang tongkat untuk digunakan oleh suaminya bagi menghukumnya jika dia bersalah sepanjang pemergian suaminya.
serta memakai pakaian yang cantik untuk tatapan suaminya.

Fatimah pulang dengan perasaan penuh kagum dan terharu dengan layanan istimewa yang diberikan oleh Mu'tiah kepada suaminya. Fatimah terus mendapatkan Rasulullah untuk menceritakan apa yang dialaminya di rumah wanita itu. Dengan penuh rasa rendah diri beliau mengaku bahawa Mu'tiah sememangnya layak menjadi wanita pertama masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya.

Rasulullah memujuk Fatimah dengan mengkhabarkan Muti'ah ialah wanita yang akan penjadi penarik kudanya di Syurga nanti.

" Maka sebab itu dia akan masuk dahulu, namun hakikatnya engkaulah Fatimah wanita pertama yang masuk ke Syurga," Rasulullah memujuk sambil memandang Fatimah dengan penuh kasih..^^  


SubhanaAllah..
Hebat wanita bernama Muti'ah itu..
Dan hati ini berbisik..
Ingin benar menjadi sepertinya..
Meski tidak menjadi yang pertama masuk syurga..
Namun, Ya Allah..
Ku harap dapat berada dibelakang Srikandi Fatimah..
Bersama kekasih-Mu,Rasulullah S.A.W
Bersama  para sahabat dan pejuang2 agama-Mu..
Amin..

Gambar hiasan jeh..^^





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...