Tuesday 30 October 2012

EDISI : Yang kanan dulu OK..!!

Assalamualaikum wrhmt..
Terasa lame da x update blog ni..huhu..
Tapi alhamdulillah..hari ni berkesempatan..
masih diberi peluang olehNya.. :)

NsyaAllah..kali ni nak ber'sharing' something..
yup2,something yg mungkin kita tahu tp x sedar..
Uhukss~ apekah??

Satu sunnah Rasulullah S.A.W..
Start everything with your right..
mula dan dahulukan kanan.. :)

Mungkin kita x sedar,x perasan or x amek tahu pun..
or xnak amek tahu pun..erks!!
selalunyer kita buat kerja start dengan tangan ape eh??
kanan ke kiri??
Ke kita selalu main buat jeh..
(terasa~>.<")

gambar semata2..
Dari ‘Aisyah menceritakan :  
“Rasulullah menyukai (mendahulukan) sebelah kanan bagi semua urusannya,ketika bersuci (wuduk), ketika menyisir rambut dan ketika memakai sepatu”
(HR Imam al-Bukhari dan Muslim)


Dari Hafsah menceritakan :


“Rasulullah menggunakan tangan kanannya untuk makanannya, minumannya dan pakaiannya dan tangan kirinya untuk urusan-urusan selainnya” 
(HR Imam Abu Daud.)


Dari Anas yang berkata : 
“Menjadi sunnah Nabi apabila kamu ingin memasuki masjid, mulailah dengan kaki kanan dan apabila kamu keluar darinya, mulailah dengan kaki kiri” 
(HR Imam al-Hakim)

 Cuba kira dalam sehari..
(ok,bersedia dgn calculator masing2..:P)
berapa kali kita mengambil barang dan memberi barang?
dari bangun tido sampai ler nk tido balik..
dari kita nk ambik tuala,berus gigi,ubat gigi,nak ambil baju,pakai baju..
ambil beg,sarapan pagi,ambil kasut,pakai kasut..
Alohai~ banyaknyer sudaa..
berpuluh2 kali kan??
x terkira lah hai..

Tapi berapa kali kita menggunakan tangan kanan??
dan berapa kali kita terlepas untuk mendapat pahala sunnah menggunakan tangan kanan??
adoi3!! rugi..rugi woo~

Dan mungkin..
Ada diantara kita dah pun memulakan dengan tangan kanan..
(wuu..good girl,good boy..hee)
tetapi mcm mana dgn NIAT pulak??
Pernah niatkannya untuk mengikut sunnah Rasulullah??

..............................
(krikk..krikk..krikk.. =.=")

hahaha,,so??what??

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata:

"Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". 

(Riwayat Baihaqi)
So,nsyaAllah..atas dasar kesedaran bersama..
Follow the sunnah..
Jangan follow twitter jeh..kih3~


Let change the world..!!

but start it with ourselves first..!!
^_^


Salam sayang Rasulullah..

wasalam.. :D




Thursday 25 October 2012

EDISI : Aku Redha..




..............................................................

Ya Allah..
Di saat bahagia itu datang..
Sujud syukur ku panjatkan padaMu Tuhan..
Terasa segala doa diperkenan..
Terasa segala kesabaran terbalas..
Terasa segala titisan air mata dahulu itu..
tidak pernah berderai..

Sungguh,aku mensyukuri nikmat bahagia itu..
Senyuman ini yang sudah lama menyepi..
Kini kembali..:)

Namun..
Aku mula bimbang..
Tatkala bahagia itu untukku..
Rupanya..
Ada insan lain yang terluka..
Serba salah..
Aku runsing..

Wahai insan..
Andai engkau mendengar..
Tidak pernah sekali mahupun sedetik..
hati ini berniat merampas kebahagiann itu..
Sungguh!! aku tidak pernah berniat seperti itu..

Malah, sering kali doa ku panjatkan..
Agar engkau dan dia mencapai bahagia..

Kerana..
Aku telah redha dengan apa yang terjadi dahulu..
Ku relakan Allah mengatur rencana hidup ini..
Dan aku yakin meskipun sakit ia yang terbaik..
Sungguh hati ini telah berlapang dada ..
dan benar ikhlas..
kerana..
Kebahagianmu kebahagianku juga.. :)

Ku usahakan agar bahagia menjadi milikmu..
tapi makin lama ku usaha..makin dekat pula ia menghampiriku..
Sungguh,aku tidak mahukan seperti ini..
Aku xnak begini..
Ya, aku mahu bahagia..
Tapi bukan dengan kesengsaraan orang lain..!!


Ya Rabb, aku keliru..
Adakah bahagia ini suatu nikmat atau ujian??
Entah apa yang Engkau ingin tunjuk padaku Ya Allah..
Aku mohon..
Aku merayu padaMu..
Tunjukkanlah cara..
Tunjukkan jalan..
Agar tiada satu pun hati yang terluka..
Antara aku dan mereka..

Ya Allah.
Entah kepada siapa lagi ku boleh luahkan rasa hati..
Kerana..
Tidak semua dapat faham..
Tidak semua dapat mengerti..
Aku tidak sanggup melihat insan itu terluka..
kerana aku pernah merasa sakit itu..
Ya,amat sakit..

Dan kini..
Bahagia itu menghampiri..
Apa yang harus ku lakukan??
Mencapainya atau membiarkannya??
Hmmm..

Ya Allah..
Wahai sebenar- benar pemilik hati ini..
Andai bahagia ini untukku..tetapkanlah ia untukku..
Namun,andai bahagia ini bukan milikku..
serahkannya kepada pemilik sebenar..
Ameen..

Sungguh..

Aku rela melepaskan bahagia itu..
kerana..
walau apepun yang terjadi..
Aku benar2 redha.. :')

................................................................


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...