Saturday 21 January 2012

EDISI : Rasulullah yang ' COOL'

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

Kali ini, saya nak berkongsi suatu kisah tentang Rasulullah S.W.T.. Sebagaimana yang kita tahu Rasulullah S.W.T adalah merupakan qudwah dan contoh terbaik manusia sebagai hamba-Nya, pemimpin, mahupun ketua keluarga..


sekadar gambar hiasan
Kalau korang nak tahu, Rasulullah S.W.T juga pun selalu bergurau tau..hehe..( comel kan??) Baginda sering mengajak isteri dan para sahabatnya bergurau senda untuk mengambil hati mereka serta membuat mereka gembira. Namun, usikan baginda tidak berlebihan ,tetap ada batas..Bila ketawa, baginda tidak melampaui batas tetapi hanya sekadar tersenyum.. Begitu pula dalam bergurau..baginda tidak berkata kecuali yang benar..( huhu..macam mana tu ek??) SubhanaALLAH..hebat kan cara Rasulullah S.W.T bergurau..^_^
Abu Hurairah RA pun menceritakan, para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai, Rasullullah! Apakah engkau juga bersendau gurau bersama kami?” Maka Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya, “Betul, hanya saja aku selalu berkata benar.” (HR. Imam Ahmad. Sanadnya Sahih) 
Jom kita ikuti antara kisah Rasulullah bergurau :)
Di syurga tiada orang tua
Rasulullah SAW pernah bergurau dengan nenek-nenek tua yang datang dan berkata, “Doakan aku kepada Allah agar Allah memasukkan aku ke syurga .”
Maka Nabi SAW berkata kepadanya, “Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki orang yang sudah tua .”
Maka wanita tua itu pun menangis.
Kemudian Rasulullah SAW memahamkannya, bahawa ketika dia masuk syurga, tidak akan masuk syurga sebagai orang yang sudah tua, tetapi berubah menjadi muda belia dan cantik.
Lalu Nabi SAW membaca firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (wanita-wanita syurga) itu dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al Waqi’ah: 35-37)

Siapa lebih kuat makan??

Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang makan buah kurma, biji- bijinya mereka sisihkan di tempatnya masing- masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma.
Biji- biji kurma sisa mereka berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka Ali pun secara diam- diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.
Kemudian Ali ra dengan tersipu-sipu mengatakan, “ Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”
Nabi pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut biji-bijinya”.    (HR. Bukhori)

Siapa yang mahu beli budak ini??
Seorang sahabat bernama Zahir, dia agak lemah daya fikirannya. Namun Rasulullah mencintainya, begitu juga Zahir. Zahir ini sering menyendiri menghabiskan hari-harinya di gurun pasir. Sehingga, kata Rasulullah, “Zahir ini adalah lelaki padang pasir, dan kita semua tinggal di kotanya”.
Suatu hari ketika Rasulullah sedang ke pasar, dia melihat Zahir sedang berdiri melihat barang-barang dagangan.
Tiba-tiba Rasulullah memeluk Zahir dari belakang dengan erat. Zahir: “Heii……siapa ini?? lepaskan aku!!!”, Zahir memberontak dan menoleh ke belakang, ternyata yang memeluknya Rasulullah.
Zahir pun segera menyandarkan tubuhnya dan lebih mengeratkan pelukan Rasulullah. Rasulullah berkata: “Wahai umat manusia, siapa yang mau membeli budak ini??”
Zahir: “Ya Rasulullah, aku ini tidak bernilai di pandangan mereka”
Rasulullah: “Tapi di pandangan Allah, engkau sungguh bernilai Zahir. Mau dibeli Allah atau dibeli manusia?” Zahir pun makin mengeratkan tubuhnya dan merasa damai di pelukan Rasulullah. (Riwayat Imam Ahmad dari Anas RA)

PARADIGMA :)
Kesimpulanya, x salah kita nak bergurau cuma kenalah berhemah dan tidak melampaui batas.. kerana memang fitrahnya manusia sukakan benda yang menggembirakan.. (ngee~~macam, saya..^_^) Contohilah cara Rasulullah bergurau.. Baginda tetap suka menyebarkan kegembiraan walaupun baginda menghadapi pelbagai kesusahan dan dugaan dalam menyampaikan dakwah..=)




SOLUSI :)
"seBARkAn BaHAgIA UnTuK BaHAgIa..^_^ "
Selawat serta salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW...=)

Friday 20 January 2012

EDISI : " Dengan Hikmah Kita Meneroka "

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

Kali ini saya ingin bercerita pula tentang kehidupan saya di UNIVERSITI.. semalam rasanya masih kat sekolah tiba2 hari ini dah masuk universiti..huhu.. cepat jeh masa berlalu kan..tapi itulah kehiduapan.. perubahan demi perubahan.. dan kita semestinya perlu bijak menghadapinya.. (ayat motivasi siket..hehe)

"With wisdom we explore "

Alhamdulillah, pertama kali dapat tahu dapat tawaran ke UTHM  @ Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.. hepi lah jugak sebab ermm.. (dekat kot..batu pahat-muar xla jaoh mane..huhu) tapi saya percaya nsyaALLAH rezeki belajar saya di sini.. =) mungkin kalau saya kat universiti lain, saya x merasa nikmat belajar di sini.. mungkin jugak saya x jadik sebegini.. alhamdulillah sangat2, pertemuan dengan beberapa akhowat membuka MATA DAN MINDA saya untuk lebih kenal TUJUAN SEBENAR HIDUP serta CABARAN DAN DUGAAN CINTA DUNIA yang bakal saya hadapi.. (semoga sentiasa diberi petunjuk daripada-Nya.. doakan saya yer..^_^ )

UTHM.. gemilang akan dijulang.. ( ceh! lirik lagu uthm pulak..) Bagi saya, UTHM ni sangat2 humble.. rilek jeh.. lagipun uni ni baru nak naik.. mungkin ia x se'gah' universiti lain yang dah bertahun2 bertapak tapi tu yang saya suka.. ia mencabar kami untuk terus naikkanya..huhu..tiba2 semangat.. (kalau NC baca ni, mesti dia bangga..hehe) bagi saya, x kesah belajar kat mana2.. yang penting USAHA dan terus BERUSAHA..hee=)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:  "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali". (Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi)
Walaubagaimanapun, sukanya hendak saya mengingatkan yang ilmu tu x terbatas pada ilmu - ilmu dunia sahaja.. ILMU AKHIRAT janganlah dilupakan..=)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)

Then, bermulalah kisah saya kat sini..huhu.. (xde kisah ape sangat pun sebenarnya..hehe) cumanyr nak berkongsi tentang rakan2 se-course ngan saya.. group fb " Kami Geng BED"  ape BED tu?? Itulah kod jurusan ktorang kat sini.. KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ( MIKROELEKTRONIK) haha..memang best laa.. disini, saya kenal ramai kawan2 dari utara, timur, barat, dan selatan.. so, meski saya belajar di Johor.. kecek2 kelate, kami angpa, sume dah biasa jugak..hehe..(ni nga belajar loghat2 utara,,)hahahaha.. tu yang syok tu.. " Satu Malaysia" (wah3!!) kat sini jugak saya rapat dengan beberapa kenalan sebab kami satu PA..hehe.. ini lah mereka.. (act, malu kalau dyorang baca blog ni..=_=)

Ika, Qilah, Nisya, Yasmin, Echa Iris, Ha, Iffah, Mai, Wawa, Yana (me),  Aisyah
Actually, ramai lagi kawan2 yang satu course.. tapi lain kali saya cter eh.. (sory pada yg lain2..huhu) Mereka ni semualah yang merencah2kan kegembiraan dalam hidup saya di UTHM..terima kasih semuaa~~huhu..semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat..

PARADIGMA :)
Rasanya..semua orang pernah melalui benda yang sama kan?? first time masuk tempat baru and culture shock ke tidak..(tu jeh bezanya..hee) cuma nak share kat sini.. kat mana2 tempat pun kita dicampakkan oleh-Nya.. ia sebenarnya satu nikmat dan ujian..antara kita nak mengendalikan diri dan kehidupan sebagai seorang "AKU TETAP AKU" atau follow jeh dengan keadaan persekitaran.. pilihan di tangan kita.. akal ALLAH dah bagi untuk fikir yang baik atau yang buruk.. just PERINGATAN bersama.. semoga hati tetap kepada-Nya walau dimana sahaja kita berada.. (doa sama2 yup ^_^)

Nak koNgsI dOa lAgi >> Doa bELaJaR :)


SOLUSI :)
" dENgAn hIKmAh kItA mEnErOka"
" sEhIkmAh mAna pUN ilMu ditErOkA, eNgatlah bAhAwa sEmUanYa aDalaH mILik ALLAH, mAka bERsYukUrlah.. "

Thursday 19 January 2012

EDISI : Seindah Mawar Berduri

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)


Kali ini saya nak berkongsi satu hobi dengan korang semua iaitu.. (jeng3!!) MEMBACA NOVEL.. hehe..   sebenarnya saya baru baca buku ni tapi bukan melalui buku tapi melalui internet.. baca pdf.. (huh!sakit gak kepala baca novel guna laptop..huhu) tapi saya x kesah sebab buku ni sangat best..(serius..BEST!!)  Tajuk buku ini adalah " Seindah Mawar Berduri" dikarang oleh Fatimah Syarha Binti Mohamad Noordin.. Ape yang best sangat eh?? hehe.. mungkin sebab buku ini sangat sesuai untuk kita sebagai remaja yang baru nak mengenal erti CINTA SEBENAR.. ya,CINTA SUCI kurniaan ALLAH..=)



SINOPSIS
Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.
Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci. Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar? Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah? Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur, “Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…

Boleh juga baca novel kat link ni :

PARADIGMA:)
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu...

SOLUSI :)
" Cintailah Yang Maha Mencintai, Semoga kita menjadi satu kerana Yang Satu.."
( kan best kalau dapat baca novel tu melalui buku..huhu)

Monday 16 January 2012

EDISI : MAMI TERHEBAT..!!

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

Kali ini saya nak bercerita tentang seseorang yang SANGAT2 saya kagumi sejak kecil lagi iaitu..MAMI saya..nama beliau adalah RAHAMAH BINTI SUMANI.. sekarang beliau bekerja di Telekom Malaysia sebagai Penyelia Teknik..Urmm..kenapa saya amat mengagumi mak saya ek?? padahal dia bukanlah seorang yang sangat2 berjaya dalam kerjaya dan mendapat anugerah ibu Mithali (cewah!!) peringkat antarabangsa.. (memang mak saya layak pun sebenrnya..) korang x tahu sebab korang bukan anak dia..huhu..seantero mana dunia ni pun beliau adalah WANITA TERHEBAT dalam hati saya..

Tapi.. kenape??? sebab mak saya telah banyak berkorban untuk kami sekeluarga.. beliau mampu melakukan banyak tugasan dalam satu masa.. ( serius,,HEBAT..!!) 

Berikut merupakan jawatan yang disandang oleh Mak saya :
(1) seorang isteri.. (kepada abah saya)
(2) seorang ibu kepada 3 orang anak..(akak,saya dan adik)
(3) seorang pekerja Telekom Malaysia..(pekerja harapan terbaik)
(4) seorang anak..(kepada atok dan nenek saya)
(5) seorang doktor..(ubat sakit perut,pening kepala sume ada dalam beg dia..)
(6) pengurus rumahtangga..(xkan berhenti mengemas selagi x siap)
(7) pengurus kewangan..(sentiasa alert dengan segala mcm bil dan yuran2 kami)
(8) chef terhormat..( x jemu masak masakan kegemaran saya..tq maa =)
(9) kaunselor keluarga..( yang ni dia lantik sendiri..hehe) 
(10) dan yang sewaktu dengannya..

Yang membuatkan saya KAGUM..dia mampu menjalankan kesemua tanggunjawab2nya dengan sempurna.. kalau x, saya x jadik macam ni ( menjadi seorang anak yang baik lah jugak~~yeke???) 


Kalau nak cerita kisah dulu2 memang TERLALU banyak pengorbanannya.. Dulu, kecik2..saya x tahulah macam mana dia boleh bertahan..sebab setiap pagi kena bangun awal2 sebab nak masak  makanan tengahari tok ktorang balik sekolah nanti.. balik2 jeh kami da bleh makan (dah la saya kuat makan..haha) lepas siapkan kami adik-beradik pergi sekolah, dia kena uruskan rumah awal2  sebab nanti nak pergi kerja pukul 8 pagi.. lepas tu, sampai petang..pukul 5 ptg baru balik rumah.. tapi mak saya sangat rajin dan komitmen dalam kerjanya..kalau banyak kerja lagi  dia terpaksa overtime, (saya harap bos mak saya baca blog ni..whee~~) kompem balik lambat..kan?? pastu bila dah kat rumah.. nak masak makan malam pulak..( prinsip mak saya : buzi macam mana pun kelurga tetap kene makan makanan rumah..!!) then, uruskan kami adik-beradik (yang time kecik2 nakal lah jugak..) mengaji, wat kerja sekolah dan persediaan untuk sekolah pagi esok..penat kan?? Tapi itulah mami saya.. MAMI TERHEBAT..!!

Weekend pula, kami akan balik kampung melawat atok dan nenek.. sebab kami tahu atok dan nenek tanggugjawab mak sebagai anak.. Kadang2 hari Sabtu pun dia kerja.. tapi sempat jugak melawat atok kat kampung.. Sekarang, abah dan mak x akan lupa hantar atok n nenek ke hospital pada setiap bulan kalau ada appoinment ngan doktor.. dia jugak xkan lupe menelefon kami yang jaoh di perantauan ni.. (huhu..lagi saya,,yang jaohlah sangat~~haha) buzi mana pun dia..dia tetap mampu menjalankan TANGGUNGJAWABnya sebagai seseorang kepada orang lain.. dan itulah yang saya BELAJAR DARIPADANYA.. (suka ayat ni..hee) kalau boleh saya nak jadi macam mak saya.. komitmen dengan semua tanggungjawab yang dipikulnya.. dalam pekerjaan mahupun dalam keluarga..=)

Mami tiada pengganti..=)

PARADIGMA:)
Actually.. bukan mami saya jeh WANITA TERHEBAT..!! mami korang pun kan?? cuma bezanya antara kita sedar atau x sedar begitu besar PENGORBANAN mereka dalam kelurga.. setakat mana kita sebagai anak benar-benar menghargai JASA mereka..dan BAGAIMANA cara kita memBALASnya?? dan apakah perkara yang kita buat dan lakukan hari ini, sekarang ini, saat ini, setimpal dengan pengorbanan mereka membesarkan kita sejak dulu hingga kini?? renungkan2 dan fikir2kan..  just satu PERINGATAN!! bukan untuk kawan2 yang membaca sahaja tapi especially untuk DIRI yang mudah alpa.. 

So,jom Doa sama2..=) :


SOLUSI:)
"sEsUngGUHnYa kEReDhaAN ALLAH tErLtAK kEpAdA KeReDhAan IbU bApA"
Mereka adalah anugerah TERINDAH daripada ALLAH untuk kita..
Terima kasih Ya ALLAH..
Saya sayang mak saya..=)

Wasalam..^_^

Sunday 15 January 2012

Pertama kali

Assalamualaikum wrhmt..
Alhamdulillah..masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih dapat menikmati indahnya kehidupan..
Masih dapat merasai dugaan & ujian dari-Nya..
Masih sedar akan amanah dan tanggungjawab..
Masih merasa disayangi dan menyayangi..
Masih merasa tidak keseorangan meski tiada sesiapa disisi..
Kerana begitu yakin..hanya DIA bersamaku walau apa pun yang terjadi... =)

Dan yang paling penting..
masih sedar akan TUJUAN hidup..
tujuan manusia diciptakan di muka bumi ini..
tujuan manusia diberi akal fikiran..
tujaun manusia diberi hati dan perasaan..
Kerana sesungguhnya manusia adalah..
Penciptaan yang begitu indah..
Begitu istimewa.. <3 <3 <3

lantas,
hati membisik : "jom buat blog" ngee~~=)
Semoga tujuan atas tujuan ini..
menjadi peringatan kita bersama..
NsyaALLAH..doakan yup!!
=)



SOLUSI :
- "Tiada yang kedua sebelum yang pertama.."
    (pertama kali buat blog..hehe..=D )

EDISI : Doa Rabitah

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~) 



kali ini saya ingin berkongsi satu doa yang amat baik kita amalkan..
 SEBENARNYA, doa ini amat2 memberi kesan kepada HATI..
 doa ini biasanya dibaca selepas membaca bacaan Al-Ma'thurat .. 
doa yang saya maksudkan ialah DOA RABITAH=)


Maksudnya : Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu , bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya yang sebenar. Penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat(pengetahuan yang sebenar) tentang-Mu . Jika Engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik pertolongan.. 


PARADIGMA :)
Jom kita amalkan..semoga hati sentiasa menuju pada-Nya..=)

SOLUSI :)
"sESUNgUHnYA dOa aDaLah SenJatA uMat IsLaM.."

Wasalam ^_^

Saturday 14 January 2012

EDISI : Dah masuk university baru tahu sekolah tu best..!!

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)


" Dah masuk university baru tahu sekolah tu best...!!!"
Haha..mesti korang pun merasakan yang sama kan???
hehe..begitu jugak dengan saya..kalau boleh diundur masa dan ketika..rasa mcm nak skolah balik jeh..huhu..mungkin sebab macam2 pengalaman dan perkara yang saya buat bila kat sekolah..huhu..(lagi2 dengan kawan2 yang gila2 and sekepala mcm saya..) whee~~hehe =p


Maahad Muar..
nama sekolah ni memang x asing bagi pelajar2 ex-sekola ni..huhu (memang la kan,dah sekolah dyorang)huhu..tapi bg saya SMKA Maahad Muar ni sangat2 ISTIMEWA buat saya..sebab 5 tahun kot saya hidup dalam ni..huhu..sejujurnya, time kat sekolah dulu rasa macam nak habis sekolah cepat2..(nk bebas kononnye) tp bila dah kat luar (di matrik or university) rasa mcm nk sekolah balik..huhu..(manusia memang x pernah puas dengan ape yang dimiliki) 

Tapi.. mengapa??? mungkin sebab saya SUKA kehidupan disana.. kehidupan dan cara hidup yang menyenangkan.. kalau ada wat salah dan kesilapan mesti ada yang menegur.. even cikgu,warden,senior or kawan2 sendiri..mungkin lebih terdidik senang cakap..tapi bila dah kat luar lain..semuanya bergantung pada diri.. keputusan di tangan kita.. pilihan di tangan kami.. hakikatnya..susah nak mencorak kain putih.. (bukan kain orang lain,tp kain sendiri kot.. ) Meski.. asas agama diterapkan dalam pembelajaran..tapi "kefahaman dengan hati" tidak semua yang dapat aplikasikan.. tidak semua yang dapat istiqamah.. dugaan bukan?? tapi bagi saya  ini lah cabaran  dan ujian- Nya untuk kami yang bergelar ex-Maahadian..
"We LOVE Maahad "


Maahad Muar..
kalau nak cerita tentang pengalaman di sini memang TERLALU banyak..amat2 banyak..huahua~~ tp bagi saya antara saat yang paling saya suka adalah ketika berada di Tingkatan 5..( mungkin sebab dah senior kot~~cewah!) Bukan ape.. semasa di tingkatan ni,, saya belajar macam2 perkara dalam hidup..hidup sebagai seorang pelajar, sebagai seorang senior, sebagai seorang ketua, sebagai seorang yang diberi TANGGUNGJAWAB dan AMANAH..before ni ada jugak rasa memegang tanggugjawab, tapi x terasa sangat dugaanNya..huhu..Tapi, apepon alhandulillah..Allah tunjuk cara..Allah bagi jalan.. meski banyak airmata yang mengalir.. tapi saya yakin DIA tetap bersama saya..=)

Okeh,nak cerita ni..masa sekolah dulu2 saya duduk asrama.. Best tau dok asrama ^_^ (ceh! promote2~~) bukan ape..yang bestnye dok asrama sebab semua keje buat dengan kawan2.. penat x payah cakap laa.. jadual pack,lagi2 form 3 and 5.. tuisyen la.. kursus motivasi laa..huhu ( xpela,, ni salah satu cara usaha namanyer..huhu) tp  TETAP BEST!! pelik kan..  sebab saya BAHAGIA buat itu dan ini semua..=) lagi2,buat sama2 dengan kawan2 saya..

Teringat pula majlis2 dan pehimpunan pagi yang kami kena handle pada setiap minggu..haha..macam2.. apepon kami belajar something dari situ..belajar cara untuk mengatasi masalah dan berhadapan dengan orang yang macam2 kerenahnya~~~huhu..tapi kami seronok.. " ex-Exco Maahadian 08/09" serius,yana rindu korang~~bukan mereka sahaja..tapi semua ex- Maahadian 04~09 ..=')




~ tinggal kenangan ~

PARADIGMA :)
Actually.. x payah cerita kenangan2 lama ni balik pun xpe...bukan sekolah Maahad Muar jeh..sekolah2 lain pun sama..kan?? tapi just nak share kat sini yang sebenarnya,kenangan2 lame yang mengajar kita untuk terus memilih jalan dalam kehidupan pada hari ini.. nak jadi terus terpimpin dan terdidik macam kat sekolah dulu2 ke atau terus meneruskan kehidupan yang kita x tahu ape kesudahannya.. pilihan kat tangan kiat..Allah dah tunjuk cara.. (kain kita,corak lah sendiri~~) just PERINGATAN!! untuk semua..termasuklah diri sendiri yang mudah alpa..Semoga petunjuk-Nya sentiasa menerangi hidup..agar keberkatan mudah digapai dari-Nya..
"..Ya ALLAH, janganlah ENGKAU pesongkan hati kami sesudah ENGKAU berikan petunjuk kepada kami.."

SOLUSI :)
kAIn kItA cORaK LaH sENdIRi..
nAK JAdIK mAkIN CaNTIk KE aTAu bUrUK..
NAk JaDIk MaKiN LaMa..
MAkIN bERnILAi kE AtAu mAkIn rAPuH..

Wasalam ^_^







Friday 13 January 2012

EDISI : Senaskhah " Buku Manual Kehidupan"

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

Okeh..kali ini saya ingin memperkenalkan dan mempromote kepada korang satu naskhah buku yang dipanggil "Buku Manual Kehidupan" . Buku ini sangat istimewa sebab segala isi kandungan dalam buku ini sangat benar-benar belaka. (xde tipu lah..no fiksyen2)  Urutan isi disusun dengan begitu cantik dan tersusun sehingga tiada satu pun cacat celanaya. (no spelling error okeh~~)  Malah, buku ini boleh dijadikan rujukan sepanjang zaman. (edisi terhad maa,xde percetakan dan edited semula..) Hebat kan??mestilah.. sebab buku itu adalah "AL-QURAN" =)
Al-Quran adalah "Kalam Allah s.w.t. yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad oleh malaikat Jibril  secara  mutawatir serta membacanya adalah ibadah"
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri". (Surah Al-Israa' : 88)

Al-Quran merupakan naskhah TERPENTING dalam kehidupan kita.(korang tahu x ni??) Namun..setakat mana kita sebagai manusia ciptaan-Nya mementingkannya dalam rutin seharian?? (korang perasan x??) Ok,sekarang ingin saya bertanya dimana korang letak Al-Quran korang sekarang??? (jawab jujur2,jangan tipu~~huhu) Di almari lama kat belakang rumah kah??di atas meja yang hanya menjadi perhiasan kah?? atau korang  x tahu pun korang letak kat mana sebenarnya?? (nauzubillah~~mnx2 x mcm 2 ye..) laaa..tadi kate buku TERPENTING?? letak kat mana pun x engat..dah sudaa..=_=

Tetapi..itulah hakikatnya.. kita ni manusia yang dijadikan Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi.. tapi kita lupa Allah dah bagi siap2 "Buku Manual Kehidupan " untuk kita BACA..untuk kita FAHAM..untuk kita AMAL..apa yang terkandung..apa yang kita sebagai seorang hamba-Nya perlu lakukan..tapi kita pada hari ini??dok sibuk baca magazine ntah ape2..sadis kan?? 

ANALOGI :)
Pertama >> Seorang pelajar jurusan kejuruteraan elektronik akan berusaha membawa buku " Fundamental Electric Circuit" oleh Mc GrawHill untuk pergi ke kelas Electric Circut untuk mendapat A+ dlm subjek tersebut.
Kedua >> Seorang usahawan yang berkomitmen akan membawa fail-fail  pengurusan untuk  pergi ke mesyuarat  di syarikatnya agar urusan perusahaannya berjalan dengan lancar dan berjaya mendapat keuntungan.
Ketiga >> Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun sentiasa membawa diarinya kemana-mana sahaja untuk meluahkan rasa hati dan menulis kehidupannya pada setiap hari agar dia merasa lega dengan perasaannya yang terpendam.

Tetapi...adakah seorang hamba ALLAH membawa AL-Quran bersamanya pada setiap hari?? pada setiap saat?? untuk membaca dan memahaminya setiap kalimahnya pada setiap kali?? padahal segenap 24 jam sehari semalam dalam kehidupan kita menggunakan segala macam nikmat-Nya.. nikmat kehidupan yang melimpah ruah,nikmat oxygen untuk bernafas, nikmat anggota badan untuk bergerak, nikmat akal fikiran untuk memilih yang baik dan buruk, nikmat  kasih sayang keluarga, nikmat sahabat yang membahagiakan (lagi sekepala..)


PARADIGMA :)
Jadi...sebenarnya adakah kita benar2 tahu mengHARGAI nikmat-NYA??tahu menggunakan segala nikmat-NYA dengan cara yang betul2 yang dikehendaki-NYA??sedangkan AL-Quran @ "Buku Manual Kehidupan" kita pun x tahu kat mana?? 
Bukanlah saya mengata perbuatan untuk mengaib tapi sebagai peringatan bukan sahaja untuk semua tapi semestinya untuk DIRI saya sendiri..
Mari bersama berubah..jadilah hamba-Nya yang benar2 tahu menghargai~~=)





SOLUSI :)
sEsUngGuhnYa..
AL-QURAN bUkaN sEkAdaR ..
SenASkHah " BuKU MaNuAL kEhIDuPaN "..

Wasalam..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...