Sunday 15 January 2012

EDISI : Doa Rabitah

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~) 



kali ini saya ingin berkongsi satu doa yang amat baik kita amalkan..
 SEBENARNYA, doa ini amat2 memberi kesan kepada HATI..
 doa ini biasanya dibaca selepas membaca bacaan Al-Ma'thurat .. 
doa yang saya maksudkan ialah DOA RABITAH=)


Maksudnya : Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu , bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya yang sebenar. Penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat(pengetahuan yang sebenar) tentang-Mu . Jika Engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik pertolongan.. 


PARADIGMA :)
Jom kita amalkan..semoga hati sentiasa menuju pada-Nya..=)

SOLUSI :)
"sESUNgUHnYA dOa aDaLah SenJatA uMat IsLaM.."

Wasalam ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...