Thursday 16 February 2012

EDISI : Saya x kesah..^_^

Do I Look I care??
Saya x kesah..
Awak ada baju mahal..saya ada baju murah..saya x kesah..
Awak ada shawl berpusing2..saya ada tudung biasa..saya x kesah..
Awak ada kasut Adidas..saya ada kasut Asadi..saya x kesah..
Awak ada make up Simply Siti..saya ada bedak safi..saya x kesah..
Awak ada smartphone..saya ada nokia 1119..saya x kesah..
Awak ada beg kulit buaya..saya ada beg xde kulit..saya x kesah..
Awak ada jam Rolex..saya ada jam RM10..saya x kesah..

Hari2 awak makan pizza..saya makan kat warung jeh..saya x kesah..
Hari2 pergi kelas awak pakai baju berfesyen2..saya pakai baju kurung jeh..saya x kesah..
Tiap minggu awak keluar shopping mall kat beli macam2..saya pergi bila ada barang nk beli jeh..saya x kesah..
Bila shopping,awak beli 10 barang..saya beli 1 barang jeh..saya x kesah..
Family awak vacation kat luar negara..family saya jalan2 balik kampung jeh..saya x kesah..
Rumah awak banglo 4 tingkat..tp rumah saya cukup2 buat perlindungan kami sekeluarga..
pun saya x kesah..

Err..
Awak ada pakwe..saya xde pakwe..saya x kesah..
Awak ada ramai peminat..tp saya ada ramai kawan..saya x kesah..
Awak cantik, bergaya. updated fesyen..tp saya macam ni jeh laa..
tp saya x kesah..hahaha..

Mungkin awak ada segala2nya..
Tapi saya hanya apa adanya..
Namun..SAYA X KESAH..^_^


Betul..saya x kesah..
Tapi kenapa?? sebab..
Saya bahagia macam ni..
Alhamdulillah..
Dan inilah diri saya..saya harap..
Awak terima saya seadanya..
Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud “ Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu adalah sebenarnya kekayaan hati” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Saya x kesah..cukup makan,cukup pakai, ada tempat tinggal..
Alhamdulillah..cukup lah ada ALLAH bagi saya..
Kerana DIA kita disini..kepada DIA juga kita akan kembali..
Without ALLAH, we are nothing..

Firman Allah yang bermaksud:
" Cukuplah ALLAH bagi kami dan DIA sebaik2 pelindung "
(Surah Ali-Imran : 173)

Pesan comel2 :)
Jangan Lupa Diri..

Wasalam..^_^







Sunday 12 February 2012

EDISI : Status FB bukan sekadar di'LIKE'

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

huhu..like lah sangat..haha

Okeh..kali ini saya nak membincangkan tentang satu topik mengenai satu laman sosial iaitu Facebook (FB) . FB sebenarnya memang x asing lagi bg kita lagi2 yang berstatus remaja ni.. Rasenya semua yang tgah baca blog ni ada fb.. Untunglaar ada fb,boleh promote blog..(haha..macam tu ke??) x btul sebenarnya..Entah,bagi saya buat blog ni bukan untuk cari followers tapi yg penting pengisian blog ni dapat disampaikan kepada mereka di luar sana agar yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan..(nsyaALLAH,sama2 kita perbaiki diri..^_^) 

Namun,tidak saya menafikan kepentingan fb yg lain2 untuk kita berhubung dgn orang lain yg jauh mahupun dekat.. Dengan kata lain,fb ni boleh merapatkan silaturrahim mahupun ukhuwah antara kita dgn member2 lama..huhu (okeh,rindu..touching..)


dunia dah berubah..zaman dah maju..

Dalam masa yang sama jugak..dgan fb ni jugak..kita boleh update status macam3.. so,macam2 lah yang kita leh cerita kat fb ni..tgah sedih ke,nga happy ke,geram,marah..semua2 lah boleh di luahkan di fb..hmm,terpulang sebenarnya nk wat semua macam tu..tapi kene engat yup..apepun luahkan perasaan di fb hanyalah salah satu cara lepas geram..yang penting kita luahkan kepada ALLAH.. kerana hanya DIA yg mampu beri tunjuk cara dan jalan untuk menyelesaikan masalah.. Luahkan padaNYA sungguh2,nsyaALLAH ALLAH bg cara,bagi jalan..klu berkenaan dgn orang, slowtalk ngn dy..setel problem baik2..klau post kt fb,semua orang tahu..dan berkemungkinan boleh membwa fitnah (nauzubillah..mnta dijauhkan..) lagi2 yang suka jaga tepi kain orang..dah lain pula ceritanya..huhu..


Realitinya..huhu

Namun,ada juga facebooker yg suka upadate status baik2..(status ala2 islamik..) Then,pastu berjuta2 lah yang LIKE..huhu.. famous2..sebenarnya, x salah nak update status baik2 sebab ia sunnah dan adalah peringatan2 untuk kita semua..
Rasulullah S.W.T bersabda : 'Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat" (Riwayat Bukhari)
Cuma yang salahnya,bila ada niat 'aku nak update status baik2,nanti ramai orang LIKE' (bila ada niat ni jadik x btul..) ermm,semuanya bergantung dgn niat.. kalau setakat status fb sebab nk kena LIKE rasenya x berbaloi..Seharusnya, kita niatkan atas tujuan untuk sama2 saling engat-mengingatkan antara satu sama lain tentang peringatan2 daripada ALLAH yang mudah sagt kita lupakan untuk sama2 perbaiki diri dari semasa ke semasa..nsyaALLAH^_^




Mungkin bagi si pembaca 'status baik' ni pulak lain ceritanya..Ada di antara mereka yang kurang berpuas hati dan menganggap kadang kala org yang post 'satus baik' itu x layak nak bagi peringatan2..mungkin sebab diri sendiri pun x btul..engat perfect sangat ke?? (ish3,mnx di jauhkan laa hasad dengki macam ni..) Wahai sahabat sekalian,ingin saya mengingatkan setiap manusia dalam dunia ni xde yang btul2 sempurna dan xpernah buat silap..kecuali RASULULLAH yg sebenar2 QUDWAH manusia TERHEBAT..Kalau kita fikirkan, kalau semua x sempurna,siapa yang beri peringatan2 dan nasihat2?? Sebab tu lah,kita  haruslah mengikut sunnah RASULULLAH S.W.T iaitu 'amar makruf nahi mungkar' kita sama2 memberi peringatan bukan untuk orang lain sahaja tapi untuk diri sendiri juga..
Kalian adalah sebaik2 umat yang dikelurakan untuk manusia , menyuruh  yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada ALLAH (Ali Imran: 110)

Dari Abi Said Al-Khudri r.a berkata bahawa Rasulullah S.W.T bersabda :
Barang sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Apabila ia tidak mampu, hendaklah mengubahnya dengan lisannya. Apabila ia tidak mampu, hendaklah mengubahnya dengan hatinya (dgn membenci perbuatan tersebut) Dan itulah selemah2 iman. (Riwayat Muslim dan lain2) 
Saya juga pernah terbca satu article tentang satu pernyataan oleh cendikiawan ISLAM tersohor HASAN AL-BASRI :
“ sesungguhnya aku sedang menasihatimu bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalanganmu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalanganmu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah mereka yang memberi peringatan.”
Jadi,kepada pembaca 'status baik' bersyukurlah kerana anda masih diberi peringatan tentang ISLAM..dan itulah tanda ALLAH masih menyayangi kita..ALLAH itu maha pemurah dan pengasih, DIA masih nk engtkan kita meski manusia mudah terlupa denganNYA dengan asyik dok hadap fb hari2..tapi DIA tetap memberi peluang kepada kita dgn memberi ilham kepada facebooker lain untuk menge'post' 'status baik' fb itu sendiri..


SubhanaALLAH..betapa hebatnya kekuasaanNYA ^_^

PARADIGMA:)
Sebenarnya..tujuannya entry ini adalah sekadar peringtan bersama..Antara kita sedar atau tidak,sejauh mana kita telah menggunakan nikmat laman sosial ini sebaik2nya..atas tujuan dan cara yang baik atau buruk..Semuanya bergantung kepada niat dan persepsi masing2..Fikir2kan dan renung2kan..Sejauh mana kita menggunakan teknologi agar ISLAM itu sendiri dapat mendominasi DUNIA..Sungguh,hati ini ingin memperbaiki diri namun bukan keseorangan tetapi bersama anda semua..Semoga setiap taipan status fb mahupun blog kita membawa  PERUBAHAN YANG LEBIH BAIK dalam hidup..sama2 perbaiki diri..Doakan kejayaan bersama...amin,nsyaALLAH..=)


SOLUSI:)
Tanamkan dalam diri..

BERILMU,BERIMAN,BERAMAL

Agar..
ISLAM LEBIH BAIK HARI INI DARI SEMALAM

Kerana..
ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH..



Wasalam..^_^



Tuesday 7 February 2012

EDISI : Hijabista..??

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

Emm..kali ini saya ingin mencelotehkan tentang satu istilah yang mungkin jarang2 kita dengar atau dah biasa dengar iaitu " HIJABISTA" (huhu..ke korang x pernah dengar??act,saya pun baru jeh tahu istilah ni..haha) Ermm,saya terbaca satu article mengenainya dalam majalah SOLUSI (majalah favourite..ngee~~) Dan disini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai pengistilahan ini..=) (Sharing is caring..)

HIJABISTA sebenarnya diadaptasi daripada gelaran "fashionista" yang dijolokkkan kepada wanita-wanita barat yang lazim menggayakan rekaan-rekaan kelas atasan atau houte couture (senang cakap trend masa kini laa..huhu) Dan fenomena hijabista ini sebenarnya boleh dilihat dalam kalangan remaja ISLAM sendiri..dimana pakaian yang sepatutnya menutup aurat kini menjadi membalut aurat.. Contoh gaya seorang hijabista ialah apabila memakai gaun mini di atas seluar jeans serta dipadankan dengan selendang yang dililt gaya seorang penyanyi rap..(cuba korang bayangkan? bg saya ia nampak pelik jeh..haha) tapi itulah yang berlaku dan memang x dapat dinafikan apabila kita melihat kalangan wanita dan gadis islam pada zaman kini..hmm..

Mengikut kajian di Turki, golongan hijabista ini menjustifikasikan ikutan fesyen barat sebagai "usaha" untuk mengetengahkan identiti Islam iaitu menutup aurat.. Usaha apakah?? Ciri-ciri pakaian yang diperagakan tidak lengkap menutup aurat sepenuhnya... Rata-rata pakaian yang digayakan agak (bukan agak tp memang pun..) sendat dan pendek..manakala tudung yang dikenakan jarang dan tidak dapat menutup dada..
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir (biasa) daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka..... dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (Surah An-Nur :13)
"Tapi kami pun nak berfesyen..pakai baju besar2..kolot lah..!!" (mungkin itu itu yang diungkapakan remaja Islam hari ini..) Hmm..berpakaian labuh, longgar dan berjilbab dianggap tidak trend..cuba fikirkan kembali.. apakah itu tujuan kita berpakaian?? TUJUAN BERPAKAIAN ADALAH UNTUK MENUTUP AURAT.. hmm,kalau nak berpakaian mesti ikut trend, mahal dan bergaya..!! begitukah?? namun, itulah cara pemikiran remaja Islam zaman kini.. mereka seringkali dimomok2kan dan di'mindset'kan yang berselendang pendek  itu cantik..yang ketat itu menawan.. yang berbonggol2 di kepala tu cute..haish!mungkin cantik pada nafsu mata manusia.. 
Nabi bersabda bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

Tetapi bagaimana sudut pandangan Pencipta kita?? ALLAH telah memberikan segala macam nikmat dan telah menciptakan manusia sebaik2 kejadian.. namun, suruhanNya agar kita menutup aurat dengan sempurna xdiambil kira..setakat mana cinta kita kepada ISLAM ?? kalau cara berpakaian secara ISLAM pun masih tidak dapat dipraktikkan.. 
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”. ( Surah At Tiin, Ayat 4-5)
BERHIAS KERANA MANUSIA???
Adakalanya, saya melihat kebanyakan remaja wanita ISLAM hari ini..berpakaian semata2 untuk orang2 yang tersayang yang TIDAK HALAL bagi mereka..(pakwe ke boyfren ke) Mereka mahu kelihatan cantik di hadapan mereka2 ini sehingga lupa akan tujuan berpakaian itu sendiri.. Ya,tidak salah untuk berhias kerana ALLAH itu sangat sukakan kecantikan namun, adakah kita sedar wahai para wanita?? Adakah mereka benar menyayangi kita ikhlas keranaNYa ataupun semata2 hanya kerana kita CANTIK, COMEL dan CUTE ?? dan tanyalah pada diri, adakah kita mahu disayangi hanya semata-mata kecantikan yang kita miliki??

Cinta hanya kerana kecantikan itu belum tentu kekal
 kerana yang muda pasti akan tua..
Tetapi cinta kerana agama itu NsyaALLAH kekal buat selama2nya..

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara..kerana hartanya,  keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya.. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.. "( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )



PARADIGMA :) 
Mungkin ada yang terasa semasa membaca entry kali ini, namun itu bukanlah itu tujuannya..hanya sekadar peringatan bersama.. mari kita cuba renung2kan cara pemakaian kita pada hari ini.. mungkin TANPA KITA SEDARI ,adakah kita termasuk golongan hijabista?? (nauzubillah.. minta2 dijauhkan..) ya, tidak dapat saya nafikan keinginan sebagai seorang remaja  untuk berfesyen dan bergaya..namun, pilihan cara untuk berfesyen dan bergaya itu terletak ditangan kita.. Sebenarnya, terdapat banyak cara berfesyen gaya muslimah yang dimemenuhi syarat2 menutup aurat..(ape lagi google lah..segalanya dihujung jari anda..hehe) sekadar peringatan bersama..lagi2 untuk diri yang mudah alpa.. Mari bersama berubah dan berdoa..agar diri dan kawan2 juga sentiasa diberi petunjuk dan hidayah-Nya.. ALLAH menjanjikan seribu macam nikmat dan balasan untuk hamba2Nya yang bertakwa.. 
   
Semoga  kita hari ini lebih baik dari semalam..^_^

SOLUSI :
Wanita beriman ialah wanita yang seboleh-bolehnya tidak mahu dikenali, diperhatikan apatah lagu dikagumi oleh sang lelaki apabila keluar dari rumah..Jadi bersederhanalah kita semasa berpakaian agar diri ini bukan dijadikan satu medium nafsu untuk manusia2 yang bertopengkan syaitan..

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang atau pun memasuki masjid, makan dan minumlah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas."(Surah al-A'raaf, ayat 31).
Wasalam..=)







Saturday 4 February 2012

EDISI : Setahun Matrik Seribu Kenangan

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

Kali ni, saya nak bercerita pula tentang kehidupan saya di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ).. kalau nak diceritakan terlalu banyak pengalaman disana cumenyr kat sini, saje jeh nak refresh2 balik.. hehe.. kenangan2 waktu dulu kala (cewah!!) mula2 dapat memang seronok laa.. sebab dekat.. lagipun ramai kawan2 sekolah dapat situ jugak.. hehe

pintu masuk KMJ : selalu ada pakcik jual ais-krim kat depan ni..sedap!!hehe.. 

Dan ditakdirkan saya telah TERPILIH (huhu..terpilih ker..) untuk masuk F1P7.. memang mula2 x kenal kawan2 kat situ sume.. tapi bila dah kenal.. memang BEST!! sangat BEST!! mereka2 lah yang telah membahagikan kehidupan saya di KMJ tu.. Terima kasih semua.. ^_^

Emy, Bulat, yana (me), Faez, Razzi, Qazreen,
Ady, Abrar, Kak Ibul, Rahsya, Fatin, Udin, Ili,
Syahid, Muna, Yan, Azim, Fina, Ajes..
Nak cakap kat sini, belajar kat matrik memang agak busy.. ( boleh tahan busy laa..) pagi kelas start pukul 8 pg then sampai pukul 5 ptg.. (huh!penat la jugak..) ada gap untuk rest pun kadang2 cuma untuk solat dan makan jeh.. huhu.. tapi itulah dugaan dan cabaran menuntut ilmu yang kami perlu tempuhi.. huhu
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..." (Surah Al-Baqarah : 286)
Buktinya.. Alhamdulillah.. semasa Anugerah Hari Qualiti Kolej Matrikulasi Johor 10/11, Praktikum kami telah mendapat tempat ke-3 (okeh what..ngee~~) dalam Anugerah Praktikum Terbaik Bagi Kategori Sains Fizikal.. hehe..  Ini merupakan kejayaan yang amat kami hargai dan syukuri.. =)

Teringat pula saya Pertandingan Bola Baling yang Praktikum kami sertai.. huhu.. (saya x brape reti main bola baling, mereka yang hebat2) huhu.. memang BEST!! time tu semangat kesukanan kami amat tinggi dan itulah pengalaman kami main bola baling sama-sama.. lagipun bersukan kan bagus untuk kesihatan..hehe
Ada pepatah Arab yang mengatakan : 
" Akal yang sihat daripada badan yang sihat "
Kami Fizikal 7
Apepon, pengalaman saya di Matrikulasi memang tidak dapat saya lupakan.. Act, banyak lagi yang nak diceritakan tapi xpelah sampai sini jeh dulu..huhu..Semoga perkenalan kita dan persahabatan kita di sini kekal hingga akhir hayat.. 


Serius, Yana rindu korang..=')


PARADIGMA :)
Yang boleh saya katakan kat sini.. persahabatan itu terjalin sebenarnya tidak perlu pada waktu yang lama.. Mungkin perlu sesaat masa sahaja untuk kita membina sebuah persahabatan yang kekal berabad lama.. Meski perkenalan kami hanya selama setahun, tapi Alhamdulillah ukhuwahnya hingga sekarang dan nsyaALLAH untuk selamanya.. Apepon, bersyukur kehadratNya yang melimpahkan nikmat sebuah PERSAHABATAN antara kami semua.. Terima Kasih Ya Allah..=)
Sabda Rasulullah S.W.T yang bermaksud : Tidak lengkap iman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat : Muslim )
SOLUSI :)
FRIENDSHIP FOR EVER AND EVER.. ^_^


Friday 3 February 2012

EDISI : Ya Allah, aku rindu padanya..


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.. Pagi itu, Rasullullah dengan suara terbatas memberikan khutbah..
"Wahai umatku..Kita semua ada dalam kekuasaan ALLAH dan cinta kasih-Nya..Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya..Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku..Barang sesiapa mencintai sunnahku,beerti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku.."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat..menatap sahabatnya satu persatu..Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca..Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisannya..Usman menghela nafas panjang..Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam..

Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba.."Rasulullah akan meninggalkan kita semua.." keluh hati semua sahabat kala itu..Manusia tercinta itu.. hampir menunaikan tugasnya di dunia..Tanda-tanda itu semakin kuat..Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar..Di saat itu,kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu..

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup..Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya..

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucap salam.." Bolehkah saya masuk??" tanyanya..
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.."Maaflah ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu..
Kemudian ia kembali menemui ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah.."Siapakah itu wahai anakku??" 
"Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut..
Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan..Seolah2 bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang..
"Ketahuilah dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara..dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.." Dialah malaikat maut, kata Rasulullah..
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya..Malaikat maut datang menghampiri..
tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya..
Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini..

"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah??" tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.. "Pintu-pintu langit telah terbuka.. para malaikat telah menanti ruhmu..Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu.." kata Jibril..

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega..matanya masih penuh kecemasan.."Engkau tidak senang mendengar khabar ini??" tanya Jibril lagi.."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak??" Jangan khuatir wahai Rasul Allah..aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : " Ku haramkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya.."kata Jibril..

Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas..Perlahan ruh Rasulullah ditarik.. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah pelu, urat-urat lehernya menegang.."Jibril betapa sakit sakaratul maut ini" perlahan Rasulullah mengaduh..

Fatimah terpejam,Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.."Jijikkah kau melihatku hingga kau palingkan wajahmu Jibril??" tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.."Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal." kata Jibril..

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahan lagi.."Ya Allah,dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku.." 
Badan Rasullulah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi..Bibirnya bergerak seakan hendak membisikkan sesuatu..Ali segera mendekatkan telinganya, "Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu."

Diluar pintu tangisan mulai kedengaran bersahutan, sahabat saling berpelukan..Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.."Ummatti.. Ummatti.. Ummatti... " 

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu..
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim"alaih..
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..



PARADIGMA :
SubhanaALLAH..begitu mendalam kasih dan cintaMu ya Rasulullah.. tidak tergambar betapa baginda amat menyayangi umat2nya.. Ketika saat nyawa terakhir pun masih mengingati kita yang padahal tidak pernah bersemuka dengannya..Namun, apa pula umat2nya pada hari ini lakukan untuknya?? Apa yang kita sedang lakukan hari ini?? Berselawat ke atas junjungan namanya pun payah, apatah lagi mahu mengikut sunnah yang diwariskannya..?? Hakikatnya, seindah putaran cinta dunia yang sementara telah melenyapkan hakikat cinta abadi untuk ALLAH dan kekasihnya.. Sampai bila harus begini?? Mahukah kita menjadi hambanya yang rugi di akhirat nanti?? padahal segenap PERINGATAN telah diberikan..Sungguh, aku tidak mahu menjadi orang2 yang rugi..


Ya ALLAH, sungguh aku rindu pada kekasih-Mu.. 
Temukanlah aku dengannya di Syurga-Mu.. 
Jangan Engkau biarkan aku terpisah lagi dengannya..
Amin Ya Rabbal Alamin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...