Monday 21 October 2013

EDISI : Tentang rasa~


Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang maha pemurah..
Lagi maha mengasihani..
Ya Allah..
Betapa indahnya ciptaanMu ini..
Ku mohon kau serikan persahabatan ini..
Umpama berserinya purnamamu..
Suluhkan kedalam jiwa kami dengan suluhan ukhuwah sucimu..
Seterang dan sedamai cahaya rembulan malam..

Wahai pemilik cinta..
Gandingkanlah kami..
Seindah gandingan bulan, bintang dan awan..
Yang serasi menghiasi kesunyian malam.. 
Jadikan ukhuwah ini..
Berpisahnya tidak gelisah..
dan
Rindunya hanya keranaMu..

Serta..
Jadikan kami penerang kepada kegelapan jahiliyah yang kian pekat..
Dan pancarkan kami sinar taufiq dan hidayahMu Ya Rahim..

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu..
Hanya kepadaMu tempat segala pengharapan..
Hanya kepadaMu segala pergantungan..
Kerana hanya dengan cinta dan belas kasihMu..
Kami redha dengan segala ketentuan..
Kerana kami yakin dan pasti segala yang terjadi punya hikmah..
Buat diri kami..

Sungguh, hanya dengan kesabaran dan solat..
Segala hidup ini ku serahkan padaMu Ya Allah..
Andai takdir menemukan kami..
kami bersyukur..
Namun,
Andai takdir memisahkan kami..
Kami sedia dan redha..
Agar tangisan ini..
Bertambah cinta kepadaMu Ya Allah..

Kerana segala perancangMu..
Kami yakin..
Adalah yang terbaik disisi kami..
Moga cinta ini sampai ke akhirnya..
Menuju Cinta-Mu Ya Rahman..
Cinta abadi buat selama-lamanya.. 


Sungguh,
Kita merancang dengan cita2..
Allah merancang dengan cintaNya.. :')

Saturday 12 October 2013

EDISI : Sabar itu Hentaman Pertama~

Assalamualaikum..
Alhamdulillah atas nikmat Iman & Islam hati ini..
Sejuta kesyukuran diucapkan atas detik ini..
Detik2 yg berlalu tanpa disedari..
dan saat2 itu adakah kita sedang mengESAkan Allah..
atau masih memburu cinta dunia yg tiada pengakhiran..
Allahurabbi..
Bersama muhasabah diri~

NsyaAllah..
Nak sharing satu kisah yg dipetik daripada..
majalah solusi even  edisi brape ntah x engat~ huwaha XD
Tapi..moga2 ia menjadi titik tolak dan darab bahagi dalam kehidupan..
Moga kita sama2 dapat menjadi hamba yg paling dicintaiNya..
<3 <3 <3
..............................................................

Suatu hari Rasulullah berjalan melalui satu tanah perkuburan.
Di satu sudut,didapati ada seorang wanita duduk di sisi pusara anaknya sambil menangis. Rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah,lantas baginda bersabda yang bermaksud:
"Bertaqwala kepada Allah dan bersabarlah."

Sebaik sahaja mendengar lafaz sabar,wanita itu naik angin.
Dihalaunya Rasulullah,
"Jauhkan dirimu daripadaku!Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku."
Jelasla wanita itu tidak tahu bahawa pesan sabar itu lahir dari hati seorang Rasul.
Sebab itu agak kasar bicaranya.

Namun Rasulullah sedikit pun tidak tersinggung.
Baginda meneruskan perjalanan Baginda.
Setelah diberitahu oleh orang yang ada berdekatan bahawa yang menasihatinya itu ialah Rasulullah,rasa bersalah terbit dalam hatinya.
Wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah.
Itulah akibat cepat melenting dan tidak bersabar.

Lafaz pertama yang terbit saat dia menemui Rasulullah ialah ucapan maaf,
"Maaf aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah,"
Rasulullah tetap tenang malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini.

Sabda Baginda yang bermaksud:
”Sesungguhnya kesabaran itu ialah hentaman(pukulan) pertama.”
(Muttafaq ‘alaih)

Moga bermanfaat.. Selamat bermujahadah!! ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...