TINTA HATI


Buat Pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL..

Wahai pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL..
Inginku sampaikan kata-kata ini namun tidak pula kau ku kenali..
Inginku luahkan segala rasa hati namun tidak pula kau ku ketahui..
Namun,
Ingin ku coretkan sebuah cebisan tinta hati agar dapat kau mengerti..
Betapa aku ingin bersamamu hanya semata-mata keranaNYA..
Betapa aku ingin menyayangimu sepenuh hati hanya kerana kasih sayangNYA..
Betapa aku ingin meraih cintamu tulus seikhlas hanya kerana cintaNYA..
Betapa aku ingin menjadi suri hidupmu hanya kerana takdir dan ketentuanNya..
Kerana ku yakin wahai pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL..
Mungkin pertemuan kita masih menjadi kerahsiaanNya..
Namun ia adalah satu agenda dalam perancanganNya..


Wahai pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL..
Ingin ku katakan aku hanya insan biasa..
Andai engkau inginkan yang cantik seindah bidadari..aku hanya secantik ciptaanNYa..
Andai engkau inginkan yang update fesyen terkini..aku manusia hanya apa adanya..
Andai engkau inginkan yang bijak bistari..aku hanyalah hamba yang masih mencari ilmuNYa..
Andai engkau inginkan yang kaya dan berharta..aku hanyalah pengemis cintaNYA di dunia..
Andai engkau inginkan yang sempurna..aku hanyalah hambaNya yang masih memperbaiki diri demi untuk mencari keredhaaanNYA..


Wahai pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL..
Jauh di sudut hati ingin ku bicarakan kepadamu..
Tatkala ada rasa cinta antara kita..serahkan cintamu kepadaNYA..
Agar bila tiba detiknya..cinta kita bersatu hanya semata2 keranaNYa..
Tatkala ada rasa rindu antara kita..luahkan ia hanya padaNYA..
Agar bila waktunya.. rindu itu menjadi pengukuh mahligai kita yang ingin dibina bersama..
Tatkala ada rasa sayang antara kita..sayangilah ALLAH yang utama..
Agar bila tiba masanya..kasih sayang itu menjadi satu dalam mahabbah cinta..
Tatkala ada harapan antara kita..mohonlah hanya kepadaNYA..
Agar kita sentiasa IKHLAS akan setiap takdirNYA pada ketentuanNYA..


Wahai pemilik cintaku setelah ALLAH dan  RASUL..
Andai benar ENGKAU istikharahku..
Inginku katakan ku terima seadanya..
Tiada harapan lain dari tinta hati ini..agar kau..
Menjadi imam dalam keluarga kita..
Menjadi pelindung diri ini tatkala tidak berupaya..
Menjadi penegur tatkala ku leka akan dunia..
Menjadi peneman tika saat aku memerlukan seseorang..
Kerana engkau wahai pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL..
Suatu nikmat DUNIA yang amat aku hargai..
untuk ku berkhidmat sebagai isteri dalam menjadi hambaNYA di dunia..
untuk ku berkhidmat sebagai ibu kepada permata2 hati kita dalam keluarga..
Agar bersama kita menghidupkan segala sunnah-sunnah kekasihNYA..
Agar kita sama2 dapat membina mahliga bahagia ini hingga ke SyurgaNYA..


Dan sungguh...
Hanya itulah sebenar2 harapan..
Wahai pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL..




Tulus Ikhlas,
Tinta Hati Lyana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...