Saturday 28 April 2012

EDISI : Sahabat..andai engkau mengerti..

Sahabat..
Maafkanlah diri ini..
andai engkau mengerti..
tidaklah aku menegurmu kerana membencimu..
tidaklah aku mengatakan begitu untuk menunjuk aku lebih baik darimu..
kerana hakikatnya..
aku juga pernah berdosa..
pernah membatasi diriku ini..
Namun, aku x mahu menjadi sesalan ku diulang olehmu..
Cuma..
aku takut..
selagi ramai lagi yang begitu..
Semakin jauh lagi kita untuk mencapai matlamat hidup kita..
Ya,sebagai khalifah dan abid..
untuk melihat Islam menjadi Ustaziatul Alam..
Allahuakbar..!!

Sahabat..
andai engkau tahu..
selagi ada jahilnya pada dirimu..
selagi itu aku juga masih menanggung dosa..
Meski tidak dilakukan olehku..
Ia umpama Shahadatul Haq masih tidak ditegakkan..
Dan bagaimana Islam mahu dibina??
Atas dosa2 yang masih x mampu aku tanggung..
x mampu aku atasi..
Dan tiap kali itu..
hati ini menagis..
bukan sedih atau kecewa..
Tapi marah akan diri yang masih hanya mampu melihat..
Tidak mampu mengubah..
Tidak mampu mengatakan yang benar..
Ya Allah..ampunilah dosa hambaMu ini..
Yang masih lemah dalam jalanMu..

Namun..
Wahai hati..
bersabarlah..
Untuk menyampaikan yang benar memang payah..
Tapi untuk berkata yang salah..
ya,amat mudah..
mudah diterima orang zaman dunia kini..
Dan adakah kau mahu dibiar begitu??
Please do something..
Kalau bukan kita..siapa??
Kalau bukan sekarang..bila??
Ya Allah..berikan aku kekuatan..

Hati..
Janganlah menangis lagi..
Adakah Engkau lupa janji2 Allah untuk hambaNYA..
mendambakan seribu nikmat pahala..
dan Syurga bersama Rasulullah..
SubhanaAllah..
Ape kau buat ni hati..???
mudah sangat putus asa..
baru sikit dah nanges..
Be strong girl..!!
Allah sedang menilaimu..
Meng'zoom' in dirimu..
Untuk diberi ujian..
Seperti para sahabat dan pejuang Islam dulu..
dan Allah janji akan membantumu..
Adakah engkau lupa???
Yakinlah Allah sentiasa bersamamu..
selagi engkau bersabar dan bepegang teguh agama Allah..
sebagaimana kata2 dalam kalamNYA..

..Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).. 
(Al-Baqarah:214)
Sungguh aku ingin bersahabat denganmu hanya kerana semata-mata keranaNYa..
Ukhuwahfillah abada..
Wahai sahabat..
andai engkau mengerti apa yang tersirat tinta hati ini..
Sungguh,aku ingin aku katakan..
Maafkanlah diri ini..
aku lakukan semua ini kerana..
aku amat sayang kepadamu..

Namun,
bila semua ini terjadi..
aku redha dengan ketentuanNYa..
Biar hati luka,derita kecewa..
asalkan..
Agama ku tidak tercela..!!!

Salam mujahadah..

Saturday 14 April 2012

EDISI : CINTA..jalan baik-baik yer..^_^


Cinta..
jalan baik2 yea..
Kau akan temui pelbagai dugaan..
Ya,dugaan memilih jalan..
antara cinta dunia atau akhirat..
antara cinta haram atau yang halal..

Kerana..
aku xmahu engkau mudah tersasar..
dari jalan yang paling diredhaiNYA..
Jalan cinta yang menuju kasih sayangNYA..
Meraih nikmat cinta suci daripadaNYA..
agar kau dapat ke SyurgaNYA..

Cinta..
Jalan baik2 yea..
Sebab aku xmahu kau terleka dengan dunia..
yang cukup2 sementara..
yang hanya menarik kau ke lembah durjana..
hingga lalai dan lupa..
dari melabuhkan dirimu hanya kepadaNYA..

Sebab wahai CINTA..
Sungguh kau sangat bermakna dalam hidupku..
sebab kau merupakan antara anugerah terindah daripadaNYA..
Maka,aku x mahu kau tersilap..
Mudah terleka dengan cinta manusia..
yang hanya penuh tipu daya..
Rapuh..belum tentu kekal..
Sedangkan cinta ALLAH itu yang utama..
Abadi..utuh..
kekal buat selamanya..

Duhai cinta..
Serahkan dirimu pada Allah..
Kerana hanya dia yang mentakdirkan segalanya..
Cinta..
Sungguh kamu adalah milikNYA..
dan DIA berhak memberi dan mengambilnya semula..
Aku redha atas segala ketentuan dalam takdirNYA..
Kerana sungguh..
Hati ini punya cinta..
Yang tulus ikhlas hanya keranaNYA.. 

Cinta..
Hati-hati tau..
Sungguh,aku bersyukur kerana memilikimu..
Jadi,duhai cinta..
jalan baik2 yer..=')

Ya Allah..lamarlah hatiku dengan cintaMu..
Agar aku dapat terus berpaut dalam redhaMu..

 *Jiwang siket..sorry..haha^^
Wasalam..

Thursday 12 April 2012

EDISI : Oh! Wanita..

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

Okeh,kali ni nak bercerita pula pasal kaum yang sangat special..
yang Allah ciptaan di dunia iaitu kaum WANITA..
Amboi,cik Lyana..kaum LELAKI x special ke??
hahahaha..xla,special jugak..
setiap ciptaanNYA kan semuanya ISTIMEWA..:)

Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”.  
( Surah At Tiin, Ayat 4-5)

Cumanyer nak share sedikit kat sini..
korang tahu x,Rasulullah S.W.T banyak menyebut tentang kaum hawa ni..
(amboi,sepecialnyer kita sampai disebut2..kan??)
Nak tahu x ape yang Kekasih Allah ni sebut pasal kaum wanita??
Jom sambung baca lagi belog ni..hehe..



APA KATA RASULULLAH TENTANG WANITA DAN ISTERI :)

 1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)
 2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya,maka ia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. 
(Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)
3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: 
kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.
 4)Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami,
maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
 (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)
 5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari khiamat,
 tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)
6)Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf).
 (Riwayat dari Hassan)
7)Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
 (Riwayat Muaz bin Jabal)
8)Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syuga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. 
(Riwayat Muaz bin Jabal)
9) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
10) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.


gambar pinjam..hee..


PARADIGMA :)
Waa..dulu banyak kan yang Rasulullah sebut tentang wanita..tapi dunia sekarang ni berapa banyak wanita sebut tentang Rasulullah..(erk!sendiri boleh faham kan..) Kalau ikutkan,macam2 pesanan yang Rasulullah dah bagitahu dan pesan.. huwaa..caringnyar..!! kita belum ada lagi pun,Rasullullah dah pesan jangan itu dan jangan ini..sebab ape??? sebab baginda sangat2 sayangkan kita..umatnya..agar kita tidak mudah leka..tapi kita??

Erks!! tepuk dada..tanya iman..=')


Pesan comel2 :)
NsyaAllah..pesanan ni bukan untuk korang jeh..
Tapi absolutely untuk diri..
NsyaAllah,kita doa sama2 eh..
Kalau bukan kita,siapa??kalau bukan sekarang,bila??
Wa'allualam..

Wasalam^^

Outbox :
Sekarang ni ramai wanita yang dok cari lelaki soleh untuk dijadikan suami tapi diri sendiri x pula berusaha ke arah itu..amboi,haha..

*muhasabah diri*>.<

Tuesday 10 April 2012

EDISI : Bahagia menyalakan sebiji mentol^^


Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

Sape pernah wat wiring??
nak cerita yang untuk sem 2 ni..
saya first time wat wiring..
adeh~~seriusly x tahu langsung nk guna benda alah2 tu sume..
ad jugak yg first time pegang..
hahahaha..(malu jeh cerita..)

Tapi,nasib baik satu group dengan kawan2 yg tahu wat..
Err..rasanyer kami sama jeh..
Buat2 tahu..kih3..
Apepon,bila wat ramai2 ni..
lega siket..hehehe..
Terima kasih kawan..!!^^

Dapatlah saya menimba pengalaman yg rasanyer..
MEMANG BEST..!!
nak siapkan wiring tu macam pertandingan..
kelam kabut kot..huuu.
wat wiring act perlukan cooperation yg amat..
perlu bahagikan tugas2 (biar cepat siap^^)
Tapi,ni kali pertama..
SO,BLurrr... (xtahu nk start ape n wat yg mana)
hahahaa..
tapi kami try sedaya-dayanyar..(amboi,ayat skema..^^)
berhempas pulas menyiapkan wiring tu..
(padahal nak pasang satu mentol jeh..erk!!)
hahaha..xpela,bg saya tu semua pengalaman..
Thank You Allah,sebab bg saya peluang rasa pengalaman ni..
Sayang Allah..^^

Lagipun..
semua ilmu ini hanya milikNYA..:)

Firman ALLAH yang bermaksud :
 Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." (Al Kahfi 109)

huhu..ni Ulysses dan Ha..
Kawan seperjuangan dalam Group wiring..
Thanks kawan^^
Nak cakapnyer, setiap kali bila lepas wat lab ni..
Mesti kena amek gambar..kih3..
Comel kan?? :)

PARADIGMA :
Hehe..sebenarnya bukan nak sangat pun cerita pasal wat wiring ni..nak ceritanya, xrugi menuntut ilmu..ya, segala jenis ilmu..macam lecturer saya cakap, susah nak dapat ilmu ni free2 lagi2 ilmu engineering yang kami dapat ni..So,xleh la nk main2 tyme belajar ni..buat sungguh2..berusaha kerana ALLAH..sebab DIA yang bagi kita peluang menuntut ilmu ni kan?? xkesah course ape..Alhamdulillah..:)

Dari Abu Hurairah r.a, dai berkata: ” Rasulullah saw bersabda: Apabila anak adam meninggal dunia, terputuslah ilmunya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya. (HR. Muslim)
Ya,nsyaALLAH memang bermanfaat tapi nak cakap jugak..ilmu dunia2 jugak,tapi ilmu akhirat tu jangan dilupakan..betul x?? Sebenarnya,untuk mengejar ilmu akhirat xperlu formal macm masuk kelas tu semua pun xpe..klu kita join ceramah ke,usrah ke, halaqah online ke,utube Ustaz Azhar Idrus ke..baca buku2 agama macm SOLUSI ke.. (ceh!promote..huhu) pun ok jugak..antara kita nak xnak jeh..xde alasan xde masa sebenarnyar..(sebab nak main fesbuk boleh pulak..wahaha) Lagipun ALLAH yang bagi masa kan??? Baiknyer ALLAH~~^^

Firman ALLAH yang bermaksud :
Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al Mujaadillah : 11)
Oleh itu..
Pesan Comel2 :)
Kerana semua miliknya..
Kita perlu berusaha keranaNYA..

"ALLAH TIDAK MELIHAT HASIL TETAPI USAHA"
haa..bahagia menyalakan sebiji mentol..^^

Wasalam :)



 








Sunday 8 April 2012

EDISI : Tak salah 'Copy and Paste'

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)


Okeh..kali ini saya nak berkongsi cerita mengenai pengalaman saya bersama adik2 saudara saya di kampung (rumah atok)Ermm..petang tu lepas saya letak beg dan barang2 dalam bilik, saya merebahkan diri ke katil dan tiba2 adik2 saudara saya datang dan duduk bersama2..

Kebetulan ketika itu, mak cik saya..(ibu mereka pun pulang ke kampung..so,alhamdulillah..dapatlah jumpe..hehe) Sebenarnya,saya memang suka dengan budak2.. kira boleh lah nak layan budak2 ni..( sebab perangai saya pun macm budak2..huhu) saya pun memulakan conversation (cewah!cakap orang putih siket) So,dengan ramahnya saya pun tanyalah Fahmi (8 tahun) dan Anis (5 tahun).. pasal sekolah,best ke tidak.. kerja rumah dah siap belum..cuti sampai bila..kat sekolah belajar apa??huhu..(nthlaa,macam2 kami bualkan,saya pun x brape engat..huhu) untuk adik mereka.. Aiman (2 thun setengah) pun mcm nak join cakap2 tapi dy x pandai cakap lagi..(huhu..comel2..cakap pun pelat2 lagi..hehe)so,saya pun agah2 dan geletek2 badan dy..suka bukan main lagi..sampai lari2 keluar bilik..=) (dan saat itu terdetik dalam hati saya.. SubhanaALLAH, hebatnya ciptaanMu Ya Allah..=')
Firman Allah SWT: Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.  ( Surah At-Tin : 4)
Then.. selepas lame2 berceloteh dengan mereka.. tiba2 azan Asar berkumandang.. saya segera  bangun untuk mensiap2kn diri untuk solat..tiba2, Fahmi dan Anis pun ikut saya bangun dan menunggu tindakan saya seterusnya.. Saya segera ke bilik air untuk mengambil wuduk dan kembali mengambil telekung di dalam beg baju..Dan mereka melakukan perkara yang sama.. Fahmi mengambil kain pelekatnya manakala Anis terus mengambil telekungnya (yang sangat kecil dan comel itu..) Selepas membentang sejadah.. Fahmi terus berkata kepada saya.. "Kak yana,Fahmi sembahyang dulu yer" Saya segera mengagguk sambil tersenyum.. Anis pula segera berdiri di sebelah saya,,menunggu tindakan saya seterusnya untuk solat bersama2..

Alhamdulillah.. petang itu, Asar saya dapat disempurnakan.. Usai solat saya segera berdoa.. Anis yang memang dari tadi melakukan perkara yang sama seperti saya sejak dari awal solat hingga akhir tadi pun mengangkat tangan untuk berdoa.. Setelah bersalaman, saya segera menghulurkan tangan dan disapa oleh Anis dengan penuh senyuman..=) Saya segera mencium pipinya.. tapi dilap kembali..!! (haish! ini budak..) hahaha..tergelak kecil melihat telatahnya itu... Act, saya tahu dia memang tidak suka dicium.. sengaja saya lakukan begitu..hehehe..(gelak jahat..)

scan..save..copy..and paste..!!^_^

Keadaan yang sama berlaku ketika waktu Maghrib juga.. mereka meniru setiap tindakan saya dari awal sebelum solat hingga akhir..dan SAAT itulah saya berfikir.. dan berfikir.. cuma x tahu macam mana nak luahkan.. cuma kali ini, selepas membaca doa saya segera mengambil  Buku Ya'siin untuk disedekahkan kepada nenek saya yang x berapa sihat ketika itu..(hmm,tp skg da meninggal,moga arwah ditempatkan org2 yg beriman..) Sedang saya leka membaca Yaasin, terdengar bacaan Iqra' oleh Anis dan abangnya itu..rupanya saya x sedar yang selepas melihat saya bertindak demikian, Anis dan Fahmi segera mengambil BUKU IQRA' dalam beg mereka.. mereka meminta mama mereka mengajar untuk membacanya.. (Seriusly,sejuk hati mendengar bacaan kanak2 kecil itu..)

Sebenarnya, banyak lagi yang hendak diceritakan tentang pengalaman bersama Fahmi, Anis dan Aiman.. macam mana kerenah mereka untuk makan.. minta susu dan kadang kala mereka juga bergaduh sesama mereka untuk tengok rancangan televisyen..=) (kalau nak diceritakan  memang comel sangat2..) namun, apepon kita patut sedari bahawa kanak2  sebahagian ciptaanNYA.. dan betapa betapa indahnya.. CIPTAAN ALLAH..^_^

Anis , Aiman, dam Fahmi..^_^

PARADIGMA=)
Sebenarnya, saya x berniat untuk menceritakan tang solat tu cuma nak HIGHLIGHT kan kat sini yang bahawa antara kita sedar atau tidak.. adik2 atau kanak2 atau budak2 kecik ni sebenarnya me'SCAN' segala macam perbuatan kita, meng'SAVE' perbuatan tersebut dan meng'COPY' tindakan kita..then, menge'PASTE' dalam perbuatan mereka..
andai baik perbuatan kita itu..baiklah perbuatan mereka.. 

andai buruk tindakan kita itu,maka buruklah juga apa yang akan dilakukan oleh mereka
kerana mereka belajar daripada mencontohi orang yang lebih dewasa dipersekitaran mereka.. Ya, saya tidak menafikan kadang2 mereka perlu disuruh untuk melakukan sesuatu namun pada pandangan saya.. mereka lebih suka mencontohi apa yang kita lakukan daripada apa yang kita arahkan..SO, saya menyeru diri dan semua2 agar dapat menjadi qudwah terbaik..dgn mengikut SUNNAH RASULULLAH S.W.T..bukan sahaja dalam perbuatan malah percakapan dalam kehidupan..agar generasi akan datang dapat menjadi generasi ISLAM yang hebat untuk masa depan..
“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu satu tauladan yang baik, bagi orang yang percaya kepada Allah dan Hari Kemudian dan menyebut, Allah (sebutan) yang banyak.” (al Ahzab:21)
SOLUSI :)
mELenTur bULuH BiARLah DAri rEbuNGNya..=)

OUTBOX :)
Kan best kalau dapat anak2 yang soleh dan solehah macam ni..whee~~^_^
(Calon suami pun xde dah fikir pasal anak..hahaha)
Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Pesan comel2:)
Jom jadi anak soleh & solehah..
Wasalam..^_^

Friday 6 April 2012

EDISI : Baucer Buku la sangat..


Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

Okeh,kali ini nk cerita sikit pasal..
BAUCER BUKU..!!
huhu~~
Rasenyar semua pelajar universiti dan sewaktu dengannya dapat kot baucer buku ni..
ermm..x tahu lah nape tetiba kerajaan baik ler sangat2 nk bagi kat kita2 ni kan..
harapnyer xde udang di sebalik mee..(kwang3!!)
Tapi,apepon..
Alhamdulillah..rezeki daripada ALLAH~~^_^

Tapi,actually x tahu sebenarnyr nak guna wat ape baucer ni..
Istilahnya : "BAUCER BUKU"
So,kenalah beli buku..
Tp nak beli buku ape eh sampai RM200 ???
(hahahahaa..gelak jeh laa..)

Dan inilah baucernyar~~sekarang habis sudaa..
Mula2, memang x tahu nak beli ape..huh!=.=
Nak beli buku ape eh??
 Kalau nak guna untuk beli buku references dari lecturers..
Xleh guna baucer buku ni pulak..
Adeh,x paham2..huhu..

Then,bermulalah sebuah kisah tershopping tanpa arah tujuan..hehehe..
(Dah terpakse..haha:)
Banyak gak pergi kedai buku kat area Batu Pahat ni..
Konon2 nak beli ape yang patot..

Fail,Solusi,novel,buku latihan adik,highlighter..err..ntah x tahu ape lagi..
Then,terjumpalah satu kedai komputer yang boleh guna baucer buku..
Kedai komputer tu kat Parit Raja..(Ceh!promote siket)
Betapa bahagia dan sukanya hati saya..
Huhu..so,ape agi..
JOm, Shopping~~ngee~~ (^^)

Pendrive 4G dan earphone..Boleh laa~~
Dan..part yang paling best bila dapat tahu..
boleh guna baucer buku lah sangat tu kat Koperasi kampus..
Senyum makin lebar..:)
Selabar2-lebarnyar..hahaha..:)
Oh,koperasi..awak amat memahami saya..:)

Terbelilah keperluan2 yang patot..
walaupun semua barang ni ada lagi,tp  simpan jeh laa wat backup nanti abes..
beli banyak lagi sebenrnya..Coklat2 dan makanan2 yg lain..
tapi biasalah cepat jeh abes benda2 ni..
(x sempat amek gambar..=P)
Akhirnya..
selamat sudaa..Baucer Buku saya..
Bukan aper,risau sebenarnya..
Takot bila dapat nikmat..Kita x guna sebetulnya..
Tapi,alhamdulillah..

Mengikut perkiraan2
saya menggunakan 85% daripda baucer buku tersebut..
dengan membeli barang2 yg..
(1) memang saya xde..
(2) akan digunakan..
(3) berfaedah dan bermanfaat..

The end..
(ermm..ok lah tu kot :)


PARADIGMA :)
Sebenarnya,bukan nak cerita sangat pun ape yg saya beli..huhu,cumanyar nak berkongsi disini..sejauh mana kita menggunakan nikmat yang ALLAH bagi dengan baik..mungkin kita menganggap baucer buku itu kerajaan yang bagi..Tapi,yang menentukan untuk mereka bagi ke tidak adalah ALLAH :) so,Baucer buku tu adalah rezeki ALLAH..siapa sangka kita nak dapat baucer tu..betul x??huhu.. dan bila ia rezeki daripadaNYA,hendaklah kita guna sebaik2nya..Dan,itulah satu pembelajaran hidup dan pilihan untuk kita samada nak guna untuk yang baik atau buruk..rasanya semua boleh berfikir sendiri antara..

KEPERLUAN dan KEHENDAK ?? 
Pilihan di tangan kita..^_^

Firman ALLAH yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
(Surah al-Israa : 27)

Pesan comel2:)
Jom jadi bijak..!!
Anda pemuda yang berhemah..
Utamakan yang keperluan, ada lebih baru yang kehendak..
Tapi lagi bagus kalau disimpan..
hee~~

Wasalam^_^






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...