Saturday 28 April 2012

EDISI : Sahabat..andai engkau mengerti..

Sahabat..
Maafkanlah diri ini..
andai engkau mengerti..
tidaklah aku menegurmu kerana membencimu..
tidaklah aku mengatakan begitu untuk menunjuk aku lebih baik darimu..
kerana hakikatnya..
aku juga pernah berdosa..
pernah membatasi diriku ini..
Namun, aku x mahu menjadi sesalan ku diulang olehmu..
Cuma..
aku takut..
selagi ramai lagi yang begitu..
Semakin jauh lagi kita untuk mencapai matlamat hidup kita..
Ya,sebagai khalifah dan abid..
untuk melihat Islam menjadi Ustaziatul Alam..
Allahuakbar..!!

Sahabat..
andai engkau tahu..
selagi ada jahilnya pada dirimu..
selagi itu aku juga masih menanggung dosa..
Meski tidak dilakukan olehku..
Ia umpama Shahadatul Haq masih tidak ditegakkan..
Dan bagaimana Islam mahu dibina??
Atas dosa2 yang masih x mampu aku tanggung..
x mampu aku atasi..
Dan tiap kali itu..
hati ini menagis..
bukan sedih atau kecewa..
Tapi marah akan diri yang masih hanya mampu melihat..
Tidak mampu mengubah..
Tidak mampu mengatakan yang benar..
Ya Allah..ampunilah dosa hambaMu ini..
Yang masih lemah dalam jalanMu..

Namun..
Wahai hati..
bersabarlah..
Untuk menyampaikan yang benar memang payah..
Tapi untuk berkata yang salah..
ya,amat mudah..
mudah diterima orang zaman dunia kini..
Dan adakah kau mahu dibiar begitu??
Please do something..
Kalau bukan kita..siapa??
Kalau bukan sekarang..bila??
Ya Allah..berikan aku kekuatan..

Hati..
Janganlah menangis lagi..
Adakah Engkau lupa janji2 Allah untuk hambaNYA..
mendambakan seribu nikmat pahala..
dan Syurga bersama Rasulullah..
SubhanaAllah..
Ape kau buat ni hati..???
mudah sangat putus asa..
baru sikit dah nanges..
Be strong girl..!!
Allah sedang menilaimu..
Meng'zoom' in dirimu..
Untuk diberi ujian..
Seperti para sahabat dan pejuang Islam dulu..
dan Allah janji akan membantumu..
Adakah engkau lupa???
Yakinlah Allah sentiasa bersamamu..
selagi engkau bersabar dan bepegang teguh agama Allah..
sebagaimana kata2 dalam kalamNYA..

..Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).. 
(Al-Baqarah:214)
Sungguh aku ingin bersahabat denganmu hanya kerana semata-mata keranaNYa..
Ukhuwahfillah abada..
Wahai sahabat..
andai engkau mengerti apa yang tersirat tinta hati ini..
Sungguh,aku ingin aku katakan..
Maafkanlah diri ini..
aku lakukan semua ini kerana..
aku amat sayang kepadamu..

Namun,
bila semua ini terjadi..
aku redha dengan ketentuanNYa..
Biar hati luka,derita kecewa..
asalkan..
Agama ku tidak tercela..!!!

Salam mujahadah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...