Sunday 8 April 2012

EDISI : Tak salah 'Copy and Paste'

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)


Okeh..kali ini saya nak berkongsi cerita mengenai pengalaman saya bersama adik2 saudara saya di kampung (rumah atok)Ermm..petang tu lepas saya letak beg dan barang2 dalam bilik, saya merebahkan diri ke katil dan tiba2 adik2 saudara saya datang dan duduk bersama2..

Kebetulan ketika itu, mak cik saya..(ibu mereka pun pulang ke kampung..so,alhamdulillah..dapatlah jumpe..hehe) Sebenarnya,saya memang suka dengan budak2.. kira boleh lah nak layan budak2 ni..( sebab perangai saya pun macm budak2..huhu) saya pun memulakan conversation (cewah!cakap orang putih siket) So,dengan ramahnya saya pun tanyalah Fahmi (8 tahun) dan Anis (5 tahun).. pasal sekolah,best ke tidak.. kerja rumah dah siap belum..cuti sampai bila..kat sekolah belajar apa??huhu..(nthlaa,macam2 kami bualkan,saya pun x brape engat..huhu) untuk adik mereka.. Aiman (2 thun setengah) pun mcm nak join cakap2 tapi dy x pandai cakap lagi..(huhu..comel2..cakap pun pelat2 lagi..hehe)so,saya pun agah2 dan geletek2 badan dy..suka bukan main lagi..sampai lari2 keluar bilik..=) (dan saat itu terdetik dalam hati saya.. SubhanaALLAH, hebatnya ciptaanMu Ya Allah..=')
Firman Allah SWT: Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.  ( Surah At-Tin : 4)
Then.. selepas lame2 berceloteh dengan mereka.. tiba2 azan Asar berkumandang.. saya segera  bangun untuk mensiap2kn diri untuk solat..tiba2, Fahmi dan Anis pun ikut saya bangun dan menunggu tindakan saya seterusnya.. Saya segera ke bilik air untuk mengambil wuduk dan kembali mengambil telekung di dalam beg baju..Dan mereka melakukan perkara yang sama.. Fahmi mengambil kain pelekatnya manakala Anis terus mengambil telekungnya (yang sangat kecil dan comel itu..) Selepas membentang sejadah.. Fahmi terus berkata kepada saya.. "Kak yana,Fahmi sembahyang dulu yer" Saya segera mengagguk sambil tersenyum.. Anis pula segera berdiri di sebelah saya,,menunggu tindakan saya seterusnya untuk solat bersama2..

Alhamdulillah.. petang itu, Asar saya dapat disempurnakan.. Usai solat saya segera berdoa.. Anis yang memang dari tadi melakukan perkara yang sama seperti saya sejak dari awal solat hingga akhir tadi pun mengangkat tangan untuk berdoa.. Setelah bersalaman, saya segera menghulurkan tangan dan disapa oleh Anis dengan penuh senyuman..=) Saya segera mencium pipinya.. tapi dilap kembali..!! (haish! ini budak..) hahaha..tergelak kecil melihat telatahnya itu... Act, saya tahu dia memang tidak suka dicium.. sengaja saya lakukan begitu..hehehe..(gelak jahat..)

scan..save..copy..and paste..!!^_^

Keadaan yang sama berlaku ketika waktu Maghrib juga.. mereka meniru setiap tindakan saya dari awal sebelum solat hingga akhir..dan SAAT itulah saya berfikir.. dan berfikir.. cuma x tahu macam mana nak luahkan.. cuma kali ini, selepas membaca doa saya segera mengambil  Buku Ya'siin untuk disedekahkan kepada nenek saya yang x berapa sihat ketika itu..(hmm,tp skg da meninggal,moga arwah ditempatkan org2 yg beriman..) Sedang saya leka membaca Yaasin, terdengar bacaan Iqra' oleh Anis dan abangnya itu..rupanya saya x sedar yang selepas melihat saya bertindak demikian, Anis dan Fahmi segera mengambil BUKU IQRA' dalam beg mereka.. mereka meminta mama mereka mengajar untuk membacanya.. (Seriusly,sejuk hati mendengar bacaan kanak2 kecil itu..)

Sebenarnya, banyak lagi yang hendak diceritakan tentang pengalaman bersama Fahmi, Anis dan Aiman.. macam mana kerenah mereka untuk makan.. minta susu dan kadang kala mereka juga bergaduh sesama mereka untuk tengok rancangan televisyen..=) (kalau nak diceritakan  memang comel sangat2..) namun, apepon kita patut sedari bahawa kanak2  sebahagian ciptaanNYA.. dan betapa betapa indahnya.. CIPTAAN ALLAH..^_^

Anis , Aiman, dam Fahmi..^_^

PARADIGMA=)
Sebenarnya, saya x berniat untuk menceritakan tang solat tu cuma nak HIGHLIGHT kan kat sini yang bahawa antara kita sedar atau tidak.. adik2 atau kanak2 atau budak2 kecik ni sebenarnya me'SCAN' segala macam perbuatan kita, meng'SAVE' perbuatan tersebut dan meng'COPY' tindakan kita..then, menge'PASTE' dalam perbuatan mereka..
andai baik perbuatan kita itu..baiklah perbuatan mereka.. 

andai buruk tindakan kita itu,maka buruklah juga apa yang akan dilakukan oleh mereka
kerana mereka belajar daripada mencontohi orang yang lebih dewasa dipersekitaran mereka.. Ya, saya tidak menafikan kadang2 mereka perlu disuruh untuk melakukan sesuatu namun pada pandangan saya.. mereka lebih suka mencontohi apa yang kita lakukan daripada apa yang kita arahkan..SO, saya menyeru diri dan semua2 agar dapat menjadi qudwah terbaik..dgn mengikut SUNNAH RASULULLAH S.W.T..bukan sahaja dalam perbuatan malah percakapan dalam kehidupan..agar generasi akan datang dapat menjadi generasi ISLAM yang hebat untuk masa depan..
“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu satu tauladan yang baik, bagi orang yang percaya kepada Allah dan Hari Kemudian dan menyebut, Allah (sebutan) yang banyak.” (al Ahzab:21)
SOLUSI :)
mELenTur bULuH BiARLah DAri rEbuNGNya..=)

OUTBOX :)
Kan best kalau dapat anak2 yang soleh dan solehah macam ni..whee~~^_^
(Calon suami pun xde dah fikir pasal anak..hahaha)
Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Pesan comel2:)
Jom jadi anak soleh & solehah..
Wasalam..^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...