Saturday 3 March 2012

EDISI : Warna warninyer Kehidupan..!!

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)



Kali ini saya ingin berkongsi tentang warna2 kegemaran..Kalau korang nak tahu warna kegemaran saya ialah warna PUTIH DAN COKLAT..haha.. Tapi sebenarnya warna2 lain pun saya suka jugak cuma bagi saya warna putih coklat ni lebih nampak menarik.. hehe..

PUTIH
Kenapa saya suka warna putih?? Hehe..saya pun x sure sebenarnya tapi yang pasti saya sukakan kereta yang berwarna putih.. xkesah lah kereta brapa cc.. mahal ke murah..janji warna putih..ia nampak smart dan bersih.. (kalau pandai jaga lah..huhu) lagipun handphone saya yang sekarang pun warna putih.. tp xbrape bestnyr, cover warna pink (haish!feminin semacam..huhu)

COKLAT
Selain faktor saya suka makan coklat..sebab tu suka warna coklat..haha.. Faktor lain juga adalah. saya sukakan barang2 berwarna coklat.. macam beg , pensel case, baju.. warna2 yang x brape terang sangat..huhu.. (tapi kalau dah ada yang warna lain dan masih elok pakai jeh..x baik membazir kan..^_^),Urmm..mungkin ada yang cakap macam warna orang tua..tp xpelah saya x kesah..huhu.. Hakikatnya,warna coklat bagi saya nampak rilek dan humble..hehe



WARNA KEGEMARAN RASULULLAH:)
Actually, x penting untuk tahu warna2 kegemaran saya (hik3..=P) tetapi penting untuk kita tahu apakah warna2 kegemaran kekasih mulia ALLAH..Nabi Muhammad S.W.T, agar kita sama2 boleh mengikut sunnahnya.. NsyaALLAH..^_^ Jom kita check..ada yang sama x??hehe..

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w adalah HIJAU.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna PUTIH. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah memakai pakaian berwarna HITAM, MERAH hati, ABU-ABU (KELABU) dan warna campuran.
Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin berkata : "Yang amat disukai oleh Nabi s.a.w ialah warna PUITH."
Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi s.a.w memakai serban HITAM yang dipakainya pada hari raya...
Al Baihaqi meriwayatkan hadits dari Jabir r.a katanya : "Pernah Rasulullah s.a.w berpakaian yang bercorak MERAH pada dua hari raya dan pada hari Jumaat." 
Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a dia berkata : "Pernah Nabi s.a.w keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna ABU-ABU (KELABU)." 
Imam Bukhari meriwayatkan hadits dari Anas r.a, beliau pernah melihat : "Nabi s.a.w menutup kepalanya dengan kain biasa yang BERCORAK-CORAK warnanya."
Ibnu Hajar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna HIJAU kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah PUTIH."
Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya. Tapi saya x sure betul ke tidak.. Sekadar perkongsian info.. (Jangan percaya sangat kerana hanya ALLAH yang  tahu segala macam jenis kerahsiaan..)NsyaALLAH..yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan juga peringatan..=)


MERAH 
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.


BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.



HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.


HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.


COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.


UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.


KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.


KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.


PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal


P/s : Lepas baca ni,jangan pula yang ada nak tukar warna kegemaran pulak..hihi,sebenarnya yang penting adalah diri sendiri itu untuk menjadi semakin lama semakin baik atau buruk..bukan bergantung pada warna kegemaran kita..PEACE..!!=)


SOLUSI :)
Walau bagaimanapun..bagi saya x kesah sebenarnya seseorang itu sukakan warna apa pun kerana ianya memang fitrah bagi manusia yang mempunyai kesukaan dan minat yang berbeza2..dan difikir kembali.. SubhanaALLAH, hebatnya ciptaan-Mu ini Ya Allah.. Engkau jadikan manusia dalam keadaan yang sama tetapi mempunyai hati lain2 citarasa dan minat.. (klu ikutkan sebuah robot pun manusia belum tentu dapat ciptaan yang mempunyai lain2 citarasa..btul x??) Apepun, sekadar perkongsian untuk kali ini..Semoga kita sentiasa bersyukur atas segala2nya..^_^


Pesan Comel2 :)
Cuba bayangkan kalau hidup ni ada warna hitam dan putih jeh..
Mesti bosan kan..
So,katakanlah "Alhamdulillah..!!"
Sebab..
Hakikatnya,kehidupan kita hari ini lebih ceria..
 kerana adanya nikmat warna-warni daripadaNYA..=')

"..CERIAKAN DIRIMU BERSAMA WARNA-WARNANYA.."
Wasalam..^_^





EDISI : Sanah Helwah ^_^


Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

Sanah Helwah..!!
Happy Birthday..!!
Selamat Hari Jadi..!!
Mungkin ucapan itu yang ditunggu2 oleh seseorang untuk menyambut hari kelahirannya..
(hehehe..x cakap orang lain..nga cakap tentang diri sendiri ni..huk3..)
Apepon,terima kasih banyak2 kepada semua2 yang masih mengingati untuk mengwish saya pada detik2 umur yang semakin meningkat ini..huhu..

Alhamdulillah..bersyukur sangat2..
pada 21 februari yang lepas..
masih diberi peluang untuk menyambut hari kelahiran yang ke-20..
wahaha..tua sudaa..
Semoga denagan pertambahan usia ini..kita semakin dekat denganNYA..
Amin..mudah2an..
Doa sama2 yup..^_^

Yang paling best tahun ini..saya disambut dengan dua kek..haha..over kan??
Tp itulah rezeki..alhamdulillah..^_^
Terima kasih kepada yang berkenaan..hehehe..

Kek daripada akhowat2..syukran jazakillah..Pandai betul mereka wat surprise yer..hehe

Yang ini daripada rakan2 coursemate..huhu..
adeh,prank korang memang x dapat dijangke..hihihi..
(padan muka saya..=P)
Then,dapat jugak beberapa hadiah yang x disangke2 dapat..huhu..
Seriously,sangat2 terharu..=')
Kepada yang memberi..syukran jazakillah..

Buku Hadith 40 Imam Nawawi dan Buku Motivasi Wanita Paling Bahagia..
Just nak sharing dengan korang..
Actually,buku Hadith 40 Imam Nawawi ni memang dah plan da nak beli mula2 cuma x berkesempatan..
Tapi,ALLAH nak tunjuk yang hanya DIA yang maha mengetahui setiap apa yang tersirat di hati..
DIA gerakkan seorang akhowat untuk berikan saya buku ini sebagai hadiah...
SubhanaALLAH..sungguh hebat kekuasaanNYA kan..
Terima kasih banyak3 Ya ALLAH..
Alhamdulillah..=)

Buku Novel Ramlee Awang Murshid
Hehe..yang ini pula hadiah daripada seorang kawan..
Macam tahu2 jeh saya suka baca novel..hee..
Yang specialnya,hadiah ini dipost..huhuhu..
Act,first time dapat hadiah kene post..hehe
Apepon,alhamdulillah..keikhlasan korang semua amat saya hargai..ngee~~
Thank YOu..!!^_^

Dan yang ini..hadiah paling comel..hehe..
Kepada yang memberi..terima kasih banyak2..
Tomey saya x keseorangan lagi..
One family at home..ngee~~=)

Comel x??suka bear ni..dah laa kaler putih,pastu ada baby..
Caringnyer..huhu..suka2!!
Dikesempatan ini juga nak sharing juga potongan ayat Al-Quran mengenai hari kelahiran..NsyaALLAH,ini juga adalah doa sempena hari kelahiran..Sweet kan ALLAH?? Sungguh,Al-Quran meliputi segala setiap kehidupan manusia..

Firman ALLAH yang bermaksud :

"Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan, dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)". (surah Maryam : 33)

PARADIGMA :)
Tiada apa yang hendak diluahkan lagi selain perkataan Alhamdulillah Ya Allah dan terima kasih banyak2..dan semua ini adalah nikmat daripadaNYA, agar kita sentiasa bersyukur..Namun,bukan hanya semata2 kepada segala macam barang pemberian rakan2 dan sahabat2 kita..Tetapi,bersyukur kerana kita masih ada ukhuwah yang hanya keranaNYA..nikmat persahabatan, kasih sayang antara manusia, sifat saling menghargai, sebenarnya sudah cukup membuktikan bahawa nikmat ALLAH itu tidak boleh dikira dengan matematik..dan rezeki daripadaNYA itu,x boleh dijangka..

Namun,bagi saya..
hadiah terbaik sempena hari jadi ini adalah..
masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM..
Alhamdulillah,terima kasih Ya ALLAH..
Semoga Engkau sentiasa memperteguhkan diri ini..
dan memberkati setiap langkah kehidupan ini..
Amin..

Ikhlas daripada Tinta Hati Lyana :
Terima kasih semua..

Wasalam^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...