Saturday 3 March 2012

EDISI : Warna warninyer Kehidupan..!!

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)



Kali ini saya ingin berkongsi tentang warna2 kegemaran..Kalau korang nak tahu warna kegemaran saya ialah warna PUTIH DAN COKLAT..haha.. Tapi sebenarnya warna2 lain pun saya suka jugak cuma bagi saya warna putih coklat ni lebih nampak menarik.. hehe..

PUTIH
Kenapa saya suka warna putih?? Hehe..saya pun x sure sebenarnya tapi yang pasti saya sukakan kereta yang berwarna putih.. xkesah lah kereta brapa cc.. mahal ke murah..janji warna putih..ia nampak smart dan bersih.. (kalau pandai jaga lah..huhu) lagipun handphone saya yang sekarang pun warna putih.. tp xbrape bestnyr, cover warna pink (haish!feminin semacam..huhu)

COKLAT
Selain faktor saya suka makan coklat..sebab tu suka warna coklat..haha.. Faktor lain juga adalah. saya sukakan barang2 berwarna coklat.. macam beg , pensel case, baju.. warna2 yang x brape terang sangat..huhu.. (tapi kalau dah ada yang warna lain dan masih elok pakai jeh..x baik membazir kan..^_^),Urmm..mungkin ada yang cakap macam warna orang tua..tp xpelah saya x kesah..huhu.. Hakikatnya,warna coklat bagi saya nampak rilek dan humble..hehe



WARNA KEGEMARAN RASULULLAH:)
Actually, x penting untuk tahu warna2 kegemaran saya (hik3..=P) tetapi penting untuk kita tahu apakah warna2 kegemaran kekasih mulia ALLAH..Nabi Muhammad S.W.T, agar kita sama2 boleh mengikut sunnahnya.. NsyaALLAH..^_^ Jom kita check..ada yang sama x??hehe..

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w adalah HIJAU.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna PUTIH. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah memakai pakaian berwarna HITAM, MERAH hati, ABU-ABU (KELABU) dan warna campuran.
Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin berkata : "Yang amat disukai oleh Nabi s.a.w ialah warna PUITH."
Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi s.a.w memakai serban HITAM yang dipakainya pada hari raya...
Al Baihaqi meriwayatkan hadits dari Jabir r.a katanya : "Pernah Rasulullah s.a.w berpakaian yang bercorak MERAH pada dua hari raya dan pada hari Jumaat." 
Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a dia berkata : "Pernah Nabi s.a.w keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna ABU-ABU (KELABU)." 
Imam Bukhari meriwayatkan hadits dari Anas r.a, beliau pernah melihat : "Nabi s.a.w menutup kepalanya dengan kain biasa yang BERCORAK-CORAK warnanya."
Ibnu Hajar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna HIJAU kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah PUTIH."
Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya. Tapi saya x sure betul ke tidak.. Sekadar perkongsian info.. (Jangan percaya sangat kerana hanya ALLAH yang  tahu segala macam jenis kerahsiaan..)NsyaALLAH..yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan juga peringatan..=)


MERAH 
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.


BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.



HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.


HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.


COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.


UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.


KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.


KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.


PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal


P/s : Lepas baca ni,jangan pula yang ada nak tukar warna kegemaran pulak..hihi,sebenarnya yang penting adalah diri sendiri itu untuk menjadi semakin lama semakin baik atau buruk..bukan bergantung pada warna kegemaran kita..PEACE..!!=)


SOLUSI :)
Walau bagaimanapun..bagi saya x kesah sebenarnya seseorang itu sukakan warna apa pun kerana ianya memang fitrah bagi manusia yang mempunyai kesukaan dan minat yang berbeza2..dan difikir kembali.. SubhanaALLAH, hebatnya ciptaan-Mu ini Ya Allah.. Engkau jadikan manusia dalam keadaan yang sama tetapi mempunyai hati lain2 citarasa dan minat.. (klu ikutkan sebuah robot pun manusia belum tentu dapat ciptaan yang mempunyai lain2 citarasa..btul x??) Apepun, sekadar perkongsian untuk kali ini..Semoga kita sentiasa bersyukur atas segala2nya..^_^


Pesan Comel2 :)
Cuba bayangkan kalau hidup ni ada warna hitam dan putih jeh..
Mesti bosan kan..
So,katakanlah "Alhamdulillah..!!"
Sebab..
Hakikatnya,kehidupan kita hari ini lebih ceria..
 kerana adanya nikmat warna-warni daripadaNYA..=')

"..CERIAKAN DIRIMU BERSAMA WARNA-WARNANYA.."
Wasalam..^_^





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...