Sunday 14 July 2013

EDISI : Muslimah itu~ :')

Assalamualaikum..
nsyaAllah.. hanyalah sekadar untuk tatapan bersama..
sharing is caring.. :)
even cuma copy n paste..hehe^^
 
Muslimah itu..
Terkadang gelak kuat tak henti-henti, Terkadang juga minum berdiri..
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi..
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri..
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari..
 
Muslimah itu..
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi..
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi..
 Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi..
Terkadang rasa marah menguasai diri..
 Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy..

Muslimah itu..
Adalah manusia biasa..
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia..
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba..
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya..
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa. .
 
Dan yang dipandang Allah itu bukan yang cantik jelita tetapi TAKWA~ :')
 
Apa-apa pun, Yang pastinya..
Muslimah itu..
 Sentiasa bangkit bila terjatuh..
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk..
Sentiasa cuba untuk improve diri..
Dari semasa ke semasa tanpa henti..
Walau terkadang dia tersungkur, Itu bukan kerana dia lemah..
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula..
Jadi kuat dari sebelumnya..
Kerana dia berusaha..
Untuk menjadi bidadari dunia..
Dan juga di akhirat sana..
 
Amin Ya Rabbal alamin..
Kembali muhasabah diri..
Moga kita tergolong antara..
 
Muslimah itu~ :'D

Thursday 11 July 2013

EDISI : Sunnatullah & Pascal Principle ~

Assalamualaikum wrhmth~
Alhmadulillah..
untuk nikmat iman & islam detik ini..
Dapatlah sy menaip sedikit coretan di blog yg xbrape nk famous ni..
eheh! 

NsyaAllah kali ini nak berkongsi rasa dan cintaNya..
kepada anda2 yg comey2 di luar sana..
Tentang satu konsep fizik yg pernah lah dipelajari..  
Pascal principle..
HUhuhuu..

Eh!cik Lyana.. ni dah kenapa nak cerita fizik plak..
Dah berzaman ni.. huh!

Ingat lagi dgn teori Pascal?
x engat?err..xpe2, kte refresh yer.. hehe.. 

Menurut Pascal :
"Pressure applied to an enclosed fluid is transmitted undiminished to every part of the fluid, as well as to the walls of the container"

Yup, tu menurut Pascal.. 
dan teori ni sebenarnya membenarkan suatu sunnatullah..
Whoah! amazing x?? SubhanaAllah!!
  
gambar pinjam semata2
Menurut teori ni,
P=F/A
 'pressure is inversely proportional to area and directly proportional to the force exerted on the system'. 
So, apa yang kita boleh fahami?

  Mari kita ibaratkan :
Force sebagai (amanah/ujian), 
Area (hati kita),
Pressure (tekanan)
So,  
andai kata force (amanah) besar sekalipun,
 jika kita mempunyai area(hati) yang besar,
 nescaya natijah tekanan yang terhasil adalah rendah..
Kita seringkali minta supaya diringankan ujian/amanah(force)
 Sbb kita takut akan tekanan yang tinggi..
 Namun siapalah kita nak lari dari ujian/amanah kerana ianya adalh pemberian Allah dan itulah tujuan kita dihidupkan atas muka bumi?

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat" (Surah Al-Mulk :2)

So, sahabat2 sekalian konklusinya , 
andai kita ditimpa ujian/ diberi amanah, 
janganlah kita minta dikurangkan amanah/ujian kerana itulah tujuan kita dihidupkan, 
tpi sebaliknya,
 kita pintalah hati(area) yang lebih besar 
agar dapt kita kawal tekanan(pressure) dlm hidup kita..
 malah bukan sekadar itu sahaja,
 kita juga boleh 'transmitted undiminished to every part of the fluid` 
yup, sebarkan kebaikan kpd orang disekeliling kita. 
Sebaik2 manusia adalah yang bermanfaat untuk orang lain...

Kan pascal yang kata `Pressure is inversely proportional to area' 
Ingat!
 Tanda2 kebesaran Allah di mana2 sahaja,
 terpulang kpd kita utk `menggalinya`.. 
Hehe.. :')
Wasalam.. Selamat bertaddabur~

Saturday 6 July 2013

EDISI : Allah! The best teacher ever~


"Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik2 pelindung " 
(Surah Ali Imran :173)


Be strong..!! Allah is always with you~ :'D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...