Saturday 12 October 2013

EDISI : Sabar itu Hentaman Pertama~

Assalamualaikum..
Alhamdulillah atas nikmat Iman & Islam hati ini..
Sejuta kesyukuran diucapkan atas detik ini..
Detik2 yg berlalu tanpa disedari..
dan saat2 itu adakah kita sedang mengESAkan Allah..
atau masih memburu cinta dunia yg tiada pengakhiran..
Allahurabbi..
Bersama muhasabah diri~

NsyaAllah..
Nak sharing satu kisah yg dipetik daripada..
majalah solusi even  edisi brape ntah x engat~ huwaha XD
Tapi..moga2 ia menjadi titik tolak dan darab bahagi dalam kehidupan..
Moga kita sama2 dapat menjadi hamba yg paling dicintaiNya..
<3 <3 <3
..............................................................

Suatu hari Rasulullah berjalan melalui satu tanah perkuburan.
Di satu sudut,didapati ada seorang wanita duduk di sisi pusara anaknya sambil menangis. Rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah,lantas baginda bersabda yang bermaksud:
"Bertaqwala kepada Allah dan bersabarlah."

Sebaik sahaja mendengar lafaz sabar,wanita itu naik angin.
Dihalaunya Rasulullah,
"Jauhkan dirimu daripadaku!Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku."
Jelasla wanita itu tidak tahu bahawa pesan sabar itu lahir dari hati seorang Rasul.
Sebab itu agak kasar bicaranya.

Namun Rasulullah sedikit pun tidak tersinggung.
Baginda meneruskan perjalanan Baginda.
Setelah diberitahu oleh orang yang ada berdekatan bahawa yang menasihatinya itu ialah Rasulullah,rasa bersalah terbit dalam hatinya.
Wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah.
Itulah akibat cepat melenting dan tidak bersabar.

Lafaz pertama yang terbit saat dia menemui Rasulullah ialah ucapan maaf,
"Maaf aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah,"
Rasulullah tetap tenang malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini.

Sabda Baginda yang bermaksud:
”Sesungguhnya kesabaran itu ialah hentaman(pukulan) pertama.”
(Muttafaq ‘alaih)

Moga bermanfaat.. Selamat bermujahadah!! ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...