Tuesday 7 February 2012

EDISI : Hijabista..??

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

Emm..kali ini saya ingin mencelotehkan tentang satu istilah yang mungkin jarang2 kita dengar atau dah biasa dengar iaitu " HIJABISTA" (huhu..ke korang x pernah dengar??act,saya pun baru jeh tahu istilah ni..haha) Ermm,saya terbaca satu article mengenainya dalam majalah SOLUSI (majalah favourite..ngee~~) Dan disini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai pengistilahan ini..=) (Sharing is caring..)

HIJABISTA sebenarnya diadaptasi daripada gelaran "fashionista" yang dijolokkkan kepada wanita-wanita barat yang lazim menggayakan rekaan-rekaan kelas atasan atau houte couture (senang cakap trend masa kini laa..huhu) Dan fenomena hijabista ini sebenarnya boleh dilihat dalam kalangan remaja ISLAM sendiri..dimana pakaian yang sepatutnya menutup aurat kini menjadi membalut aurat.. Contoh gaya seorang hijabista ialah apabila memakai gaun mini di atas seluar jeans serta dipadankan dengan selendang yang dililt gaya seorang penyanyi rap..(cuba korang bayangkan? bg saya ia nampak pelik jeh..haha) tapi itulah yang berlaku dan memang x dapat dinafikan apabila kita melihat kalangan wanita dan gadis islam pada zaman kini..hmm..

Mengikut kajian di Turki, golongan hijabista ini menjustifikasikan ikutan fesyen barat sebagai "usaha" untuk mengetengahkan identiti Islam iaitu menutup aurat.. Usaha apakah?? Ciri-ciri pakaian yang diperagakan tidak lengkap menutup aurat sepenuhnya... Rata-rata pakaian yang digayakan agak (bukan agak tp memang pun..) sendat dan pendek..manakala tudung yang dikenakan jarang dan tidak dapat menutup dada..
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir (biasa) daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka..... dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (Surah An-Nur :13)
"Tapi kami pun nak berfesyen..pakai baju besar2..kolot lah..!!" (mungkin itu itu yang diungkapakan remaja Islam hari ini..) Hmm..berpakaian labuh, longgar dan berjilbab dianggap tidak trend..cuba fikirkan kembali.. apakah itu tujuan kita berpakaian?? TUJUAN BERPAKAIAN ADALAH UNTUK MENUTUP AURAT.. hmm,kalau nak berpakaian mesti ikut trend, mahal dan bergaya..!! begitukah?? namun, itulah cara pemikiran remaja Islam zaman kini.. mereka seringkali dimomok2kan dan di'mindset'kan yang berselendang pendek  itu cantik..yang ketat itu menawan.. yang berbonggol2 di kepala tu cute..haish!mungkin cantik pada nafsu mata manusia.. 
Nabi bersabda bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

Tetapi bagaimana sudut pandangan Pencipta kita?? ALLAH telah memberikan segala macam nikmat dan telah menciptakan manusia sebaik2 kejadian.. namun, suruhanNya agar kita menutup aurat dengan sempurna xdiambil kira..setakat mana cinta kita kepada ISLAM ?? kalau cara berpakaian secara ISLAM pun masih tidak dapat dipraktikkan.. 
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”. ( Surah At Tiin, Ayat 4-5)
BERHIAS KERANA MANUSIA???
Adakalanya, saya melihat kebanyakan remaja wanita ISLAM hari ini..berpakaian semata2 untuk orang2 yang tersayang yang TIDAK HALAL bagi mereka..(pakwe ke boyfren ke) Mereka mahu kelihatan cantik di hadapan mereka2 ini sehingga lupa akan tujuan berpakaian itu sendiri.. Ya,tidak salah untuk berhias kerana ALLAH itu sangat sukakan kecantikan namun, adakah kita sedar wahai para wanita?? Adakah mereka benar menyayangi kita ikhlas keranaNYa ataupun semata2 hanya kerana kita CANTIK, COMEL dan CUTE ?? dan tanyalah pada diri, adakah kita mahu disayangi hanya semata-mata kecantikan yang kita miliki??

Cinta hanya kerana kecantikan itu belum tentu kekal
 kerana yang muda pasti akan tua..
Tetapi cinta kerana agama itu NsyaALLAH kekal buat selama2nya..

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara..kerana hartanya,  keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya.. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.. "( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )



PARADIGMA :) 
Mungkin ada yang terasa semasa membaca entry kali ini, namun itu bukanlah itu tujuannya..hanya sekadar peringatan bersama.. mari kita cuba renung2kan cara pemakaian kita pada hari ini.. mungkin TANPA KITA SEDARI ,adakah kita termasuk golongan hijabista?? (nauzubillah.. minta2 dijauhkan..) ya, tidak dapat saya nafikan keinginan sebagai seorang remaja  untuk berfesyen dan bergaya..namun, pilihan cara untuk berfesyen dan bergaya itu terletak ditangan kita.. Sebenarnya, terdapat banyak cara berfesyen gaya muslimah yang dimemenuhi syarat2 menutup aurat..(ape lagi google lah..segalanya dihujung jari anda..hehe) sekadar peringatan bersama..lagi2 untuk diri yang mudah alpa.. Mari bersama berubah dan berdoa..agar diri dan kawan2 juga sentiasa diberi petunjuk dan hidayah-Nya.. ALLAH menjanjikan seribu macam nikmat dan balasan untuk hamba2Nya yang bertakwa.. 
   
Semoga  kita hari ini lebih baik dari semalam..^_^

SOLUSI :
Wanita beriman ialah wanita yang seboleh-bolehnya tidak mahu dikenali, diperhatikan apatah lagu dikagumi oleh sang lelaki apabila keluar dari rumah..Jadi bersederhanalah kita semasa berpakaian agar diri ini bukan dijadikan satu medium nafsu untuk manusia2 yang bertopengkan syaitan..

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang atau pun memasuki masjid, makan dan minumlah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas."(Surah al-A'raaf, ayat 31).
Wasalam..=)







2 comments:

  1. Terima kasih kerana tolong sebarkan nukilan saya. Salam ukhuwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..nsyaAllah,semoga menjadi peringatan untuk semua..^^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...