Sunday 12 February 2012

EDISI : Status FB bukan sekadar di'LIKE'

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

huhu..like lah sangat..haha

Okeh..kali ini saya nak membincangkan tentang satu topik mengenai satu laman sosial iaitu Facebook (FB) . FB sebenarnya memang x asing lagi bg kita lagi2 yang berstatus remaja ni.. Rasenya semua yang tgah baca blog ni ada fb.. Untunglaar ada fb,boleh promote blog..(haha..macam tu ke??) x btul sebenarnya..Entah,bagi saya buat blog ni bukan untuk cari followers tapi yg penting pengisian blog ni dapat disampaikan kepada mereka di luar sana agar yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan..(nsyaALLAH,sama2 kita perbaiki diri..^_^) 

Namun,tidak saya menafikan kepentingan fb yg lain2 untuk kita berhubung dgn orang lain yg jauh mahupun dekat.. Dengan kata lain,fb ni boleh merapatkan silaturrahim mahupun ukhuwah antara kita dgn member2 lama..huhu (okeh,rindu..touching..)


dunia dah berubah..zaman dah maju..

Dalam masa yang sama jugak..dgan fb ni jugak..kita boleh update status macam3.. so,macam2 lah yang kita leh cerita kat fb ni..tgah sedih ke,nga happy ke,geram,marah..semua2 lah boleh di luahkan di fb..hmm,terpulang sebenarnya nk wat semua macam tu..tapi kene engat yup..apepun luahkan perasaan di fb hanyalah salah satu cara lepas geram..yang penting kita luahkan kepada ALLAH.. kerana hanya DIA yg mampu beri tunjuk cara dan jalan untuk menyelesaikan masalah.. Luahkan padaNYA sungguh2,nsyaALLAH ALLAH bg cara,bagi jalan..klu berkenaan dgn orang, slowtalk ngn dy..setel problem baik2..klau post kt fb,semua orang tahu..dan berkemungkinan boleh membwa fitnah (nauzubillah..mnta dijauhkan..) lagi2 yang suka jaga tepi kain orang..dah lain pula ceritanya..huhu..


Realitinya..huhu

Namun,ada juga facebooker yg suka upadate status baik2..(status ala2 islamik..) Then,pastu berjuta2 lah yang LIKE..huhu.. famous2..sebenarnya, x salah nak update status baik2 sebab ia sunnah dan adalah peringatan2 untuk kita semua..
Rasulullah S.W.T bersabda : 'Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat" (Riwayat Bukhari)
Cuma yang salahnya,bila ada niat 'aku nak update status baik2,nanti ramai orang LIKE' (bila ada niat ni jadik x btul..) ermm,semuanya bergantung dgn niat.. kalau setakat status fb sebab nk kena LIKE rasenya x berbaloi..Seharusnya, kita niatkan atas tujuan untuk sama2 saling engat-mengingatkan antara satu sama lain tentang peringatan2 daripada ALLAH yang mudah sagt kita lupakan untuk sama2 perbaiki diri dari semasa ke semasa..nsyaALLAH^_^




Mungkin bagi si pembaca 'status baik' ni pulak lain ceritanya..Ada di antara mereka yang kurang berpuas hati dan menganggap kadang kala org yang post 'satus baik' itu x layak nak bagi peringatan2..mungkin sebab diri sendiri pun x btul..engat perfect sangat ke?? (ish3,mnx di jauhkan laa hasad dengki macam ni..) Wahai sahabat sekalian,ingin saya mengingatkan setiap manusia dalam dunia ni xde yang btul2 sempurna dan xpernah buat silap..kecuali RASULULLAH yg sebenar2 QUDWAH manusia TERHEBAT..Kalau kita fikirkan, kalau semua x sempurna,siapa yang beri peringatan2 dan nasihat2?? Sebab tu lah,kita  haruslah mengikut sunnah RASULULLAH S.W.T iaitu 'amar makruf nahi mungkar' kita sama2 memberi peringatan bukan untuk orang lain sahaja tapi untuk diri sendiri juga..
Kalian adalah sebaik2 umat yang dikelurakan untuk manusia , menyuruh  yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada ALLAH (Ali Imran: 110)

Dari Abi Said Al-Khudri r.a berkata bahawa Rasulullah S.W.T bersabda :
Barang sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Apabila ia tidak mampu, hendaklah mengubahnya dengan lisannya. Apabila ia tidak mampu, hendaklah mengubahnya dengan hatinya (dgn membenci perbuatan tersebut) Dan itulah selemah2 iman. (Riwayat Muslim dan lain2) 
Saya juga pernah terbca satu article tentang satu pernyataan oleh cendikiawan ISLAM tersohor HASAN AL-BASRI :
“ sesungguhnya aku sedang menasihatimu bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalanganmu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalanganmu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah mereka yang memberi peringatan.”
Jadi,kepada pembaca 'status baik' bersyukurlah kerana anda masih diberi peringatan tentang ISLAM..dan itulah tanda ALLAH masih menyayangi kita..ALLAH itu maha pemurah dan pengasih, DIA masih nk engtkan kita meski manusia mudah terlupa denganNYA dengan asyik dok hadap fb hari2..tapi DIA tetap memberi peluang kepada kita dgn memberi ilham kepada facebooker lain untuk menge'post' 'status baik' fb itu sendiri..


SubhanaALLAH..betapa hebatnya kekuasaanNYA ^_^

PARADIGMA:)
Sebenarnya..tujuannya entry ini adalah sekadar peringtan bersama..Antara kita sedar atau tidak,sejauh mana kita telah menggunakan nikmat laman sosial ini sebaik2nya..atas tujuan dan cara yang baik atau buruk..Semuanya bergantung kepada niat dan persepsi masing2..Fikir2kan dan renung2kan..Sejauh mana kita menggunakan teknologi agar ISLAM itu sendiri dapat mendominasi DUNIA..Sungguh,hati ini ingin memperbaiki diri namun bukan keseorangan tetapi bersama anda semua..Semoga setiap taipan status fb mahupun blog kita membawa  PERUBAHAN YANG LEBIH BAIK dalam hidup..sama2 perbaiki diri..Doakan kejayaan bersama...amin,nsyaALLAH..=)


SOLUSI:)
Tanamkan dalam diri..

BERILMU,BERIMAN,BERAMAL

Agar..
ISLAM LEBIH BAIK HARI INI DARI SEMALAM

Kerana..
ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH..



Wasalam..^_^



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...