Monday 16 January 2012

EDISI : MAMI TERHEBAT..!!

Assalammualaikum wrhmt..
Alhamdulillah saat ini, masih diberi nikmat Iman dan Islam..
Masih mampu tersenyum bahagia..^_^ (ngee~~)

Kali ini saya nak bercerita tentang seseorang yang SANGAT2 saya kagumi sejak kecil lagi iaitu..MAMI saya..nama beliau adalah RAHAMAH BINTI SUMANI.. sekarang beliau bekerja di Telekom Malaysia sebagai Penyelia Teknik..Urmm..kenapa saya amat mengagumi mak saya ek?? padahal dia bukanlah seorang yang sangat2 berjaya dalam kerjaya dan mendapat anugerah ibu Mithali (cewah!!) peringkat antarabangsa.. (memang mak saya layak pun sebenrnya..) korang x tahu sebab korang bukan anak dia..huhu..seantero mana dunia ni pun beliau adalah WANITA TERHEBAT dalam hati saya..

Tapi.. kenape??? sebab mak saya telah banyak berkorban untuk kami sekeluarga.. beliau mampu melakukan banyak tugasan dalam satu masa.. ( serius,,HEBAT..!!) 

Berikut merupakan jawatan yang disandang oleh Mak saya :
(1) seorang isteri.. (kepada abah saya)
(2) seorang ibu kepada 3 orang anak..(akak,saya dan adik)
(3) seorang pekerja Telekom Malaysia..(pekerja harapan terbaik)
(4) seorang anak..(kepada atok dan nenek saya)
(5) seorang doktor..(ubat sakit perut,pening kepala sume ada dalam beg dia..)
(6) pengurus rumahtangga..(xkan berhenti mengemas selagi x siap)
(7) pengurus kewangan..(sentiasa alert dengan segala mcm bil dan yuran2 kami)
(8) chef terhormat..( x jemu masak masakan kegemaran saya..tq maa =)
(9) kaunselor keluarga..( yang ni dia lantik sendiri..hehe) 
(10) dan yang sewaktu dengannya..

Yang membuatkan saya KAGUM..dia mampu menjalankan kesemua tanggunjawab2nya dengan sempurna.. kalau x, saya x jadik macam ni ( menjadi seorang anak yang baik lah jugak~~yeke???) 


Kalau nak cerita kisah dulu2 memang TERLALU banyak pengorbanannya.. Dulu, kecik2..saya x tahulah macam mana dia boleh bertahan..sebab setiap pagi kena bangun awal2 sebab nak masak  makanan tengahari tok ktorang balik sekolah nanti.. balik2 jeh kami da bleh makan (dah la saya kuat makan..haha) lepas siapkan kami adik-beradik pergi sekolah, dia kena uruskan rumah awal2  sebab nanti nak pergi kerja pukul 8 pagi.. lepas tu, sampai petang..pukul 5 ptg baru balik rumah.. tapi mak saya sangat rajin dan komitmen dalam kerjanya..kalau banyak kerja lagi  dia terpaksa overtime, (saya harap bos mak saya baca blog ni..whee~~) kompem balik lambat..kan?? pastu bila dah kat rumah.. nak masak makan malam pulak..( prinsip mak saya : buzi macam mana pun kelurga tetap kene makan makanan rumah..!!) then, uruskan kami adik-beradik (yang time kecik2 nakal lah jugak..) mengaji, wat kerja sekolah dan persediaan untuk sekolah pagi esok..penat kan?? Tapi itulah mami saya.. MAMI TERHEBAT..!!

Weekend pula, kami akan balik kampung melawat atok dan nenek.. sebab kami tahu atok dan nenek tanggugjawab mak sebagai anak.. Kadang2 hari Sabtu pun dia kerja.. tapi sempat jugak melawat atok kat kampung.. Sekarang, abah dan mak x akan lupa hantar atok n nenek ke hospital pada setiap bulan kalau ada appoinment ngan doktor.. dia jugak xkan lupe menelefon kami yang jaoh di perantauan ni.. (huhu..lagi saya,,yang jaohlah sangat~~haha) buzi mana pun dia..dia tetap mampu menjalankan TANGGUNGJAWABnya sebagai seseorang kepada orang lain.. dan itulah yang saya BELAJAR DARIPADANYA.. (suka ayat ni..hee) kalau boleh saya nak jadi macam mak saya.. komitmen dengan semua tanggungjawab yang dipikulnya.. dalam pekerjaan mahupun dalam keluarga..=)

Mami tiada pengganti..=)

PARADIGMA:)
Actually.. bukan mami saya jeh WANITA TERHEBAT..!! mami korang pun kan?? cuma bezanya antara kita sedar atau x sedar begitu besar PENGORBANAN mereka dalam kelurga.. setakat mana kita sebagai anak benar-benar menghargai JASA mereka..dan BAGAIMANA cara kita memBALASnya?? dan apakah perkara yang kita buat dan lakukan hari ini, sekarang ini, saat ini, setimpal dengan pengorbanan mereka membesarkan kita sejak dulu hingga kini?? renungkan2 dan fikir2kan..  just satu PERINGATAN!! bukan untuk kawan2 yang membaca sahaja tapi especially untuk DIRI yang mudah alpa.. 

So,jom Doa sama2..=) :


SOLUSI:)
"sEsUngGUHnYa kEReDhaAN ALLAH tErLtAK kEpAdA KeReDhAan IbU bApA"
Mereka adalah anugerah TERINDAH daripada ALLAH untuk kita..
Terima kasih Ya ALLAH..
Saya sayang mak saya..=)

Wasalam..^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...