Thursday 25 October 2012

EDISI : Aku Redha..




..............................................................

Ya Allah..
Di saat bahagia itu datang..
Sujud syukur ku panjatkan padaMu Tuhan..
Terasa segala doa diperkenan..
Terasa segala kesabaran terbalas..
Terasa segala titisan air mata dahulu itu..
tidak pernah berderai..

Sungguh,aku mensyukuri nikmat bahagia itu..
Senyuman ini yang sudah lama menyepi..
Kini kembali..:)

Namun..
Aku mula bimbang..
Tatkala bahagia itu untukku..
Rupanya..
Ada insan lain yang terluka..
Serba salah..
Aku runsing..

Wahai insan..
Andai engkau mendengar..
Tidak pernah sekali mahupun sedetik..
hati ini berniat merampas kebahagiann itu..
Sungguh!! aku tidak pernah berniat seperti itu..

Malah, sering kali doa ku panjatkan..
Agar engkau dan dia mencapai bahagia..

Kerana..
Aku telah redha dengan apa yang terjadi dahulu..
Ku relakan Allah mengatur rencana hidup ini..
Dan aku yakin meskipun sakit ia yang terbaik..
Sungguh hati ini telah berlapang dada ..
dan benar ikhlas..
kerana..
Kebahagianmu kebahagianku juga.. :)

Ku usahakan agar bahagia menjadi milikmu..
tapi makin lama ku usaha..makin dekat pula ia menghampiriku..
Sungguh,aku tidak mahukan seperti ini..
Aku xnak begini..
Ya, aku mahu bahagia..
Tapi bukan dengan kesengsaraan orang lain..!!


Ya Rabb, aku keliru..
Adakah bahagia ini suatu nikmat atau ujian??
Entah apa yang Engkau ingin tunjuk padaku Ya Allah..
Aku mohon..
Aku merayu padaMu..
Tunjukkanlah cara..
Tunjukkan jalan..
Agar tiada satu pun hati yang terluka..
Antara aku dan mereka..

Ya Allah.
Entah kepada siapa lagi ku boleh luahkan rasa hati..
Kerana..
Tidak semua dapat faham..
Tidak semua dapat mengerti..
Aku tidak sanggup melihat insan itu terluka..
kerana aku pernah merasa sakit itu..
Ya,amat sakit..

Dan kini..
Bahagia itu menghampiri..
Apa yang harus ku lakukan??
Mencapainya atau membiarkannya??
Hmmm..

Ya Allah..
Wahai sebenar- benar pemilik hati ini..
Andai bahagia ini untukku..tetapkanlah ia untukku..
Namun,andai bahagia ini bukan milikku..
serahkannya kepada pemilik sebenar..
Ameen..

Sungguh..

Aku rela melepaskan bahagia itu..
kerana..
walau apepun yang terjadi..
Aku benar2 redha.. :')

................................................................


2 comments:

  1. ^_^.. kata-kata yang sangat indah. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikhlas dari hati..nsyaAllah.. terima kasih.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...