Saturday 2 June 2012

EDISI : Kosong..kosong..kosong..

Assalamualaikum..^^


Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...
Kosong...kosong...kosong..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...
Kosong...kosong...kosong..

Bila kosong..kosong..kosong..


Haha..ni namanya dah xde kerja..dah x tahu nak taip apa..nak update blog ni..tapi,yang pasti..x tahu lah ape yang kosong..act,terfikir apa benda yang kosong sangat ni sebenarnya?? kalau ikut lagu ni..memang banyak kali lah kosong3..haha..tapi sekarang cuma nak sharing..sebenarnya..kita yang menjadikan kosong tu kosong..(ah!sudah..pening3)hee..dan mengikut kajian sendiri (so,xperlu percaya 100%) ada beberapa tempat dan situasi fenomena KOSONG ni melanda..huhu~~


KOSONG #1 : HATI
Erk,macam mana hati ni boleh kosong..??xde pakwe xde makwe tu maksudnyer kosong ker??apekah??haha..mungkin sesetengah orang fikir mcm tu, tp x kesah laa,, semua orang berhak berfikir dngn gaya dan cara yang tersendiri..wink3~~ Tapi nak share kat sini..hati ini sbenrannya jadi KOSONG bila seseorang itu kadang2 x boleh nak menangis bila sedih..atau x boleh nak ketawa @ tersenyum @ tersengeh2 bila gembira..itu okeh lagi..tapi sekarng yang kita takot..BILA HATI DAH X RASA APA2 BILA BUAT DOSA..!! (ops,tercapslock pulak..huhu) takot x?? rasa yang mati..xde perasaan bersalah langsungpada Pencipta.. mungkin keegoan yg tahap maksima menjadikan diri mcm ni..tp engatlah siapa kita nak ego pada ALLAH yang mencipata setiap zarah dan atom dalam diri??siapa kita nak sombong dengan ALLAH yang maha berkuasa pada setiap takdir dalam hidup?? So, mari kejar khalawatul Iman (kemanisan iman) Manisnyer semanis kurma..*wink3 ^^
Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

KOSONG #2 : CINTA
Amboi, dah ada calon??ke kosong lagi?? selalu ler dengar2 orang dok bual nak cakap2 pasal kekosongan2 yang ini..huhu..urmm,CINTA YANG KOSONG..terjadi apabila pasangan berpacaran (amboi,keluar ayat indon) tapi dah xde perasaan antara satu sama lain..(yeke macam ni?? agak2 jeh..haha) Ntah, xsure..tapi yang pasti yang penting..bila kata cinta tu kosong,,selalu cakap pasal orang kan??lupe ke eh cinta utama?? CINTA ALLAH yang kekal abadi forever and ever buat selama2nyer..huhu..(alahai,touching2) serius?? kenapa x percaya ke?? haha..bukan x percaya cinta manusia..tapi kadang2 cinta manusia itu nampak lebih dari cinta Allah..x rasa ke ketidakadilan berlaku?? padahal Allah yang bagi nikmat rasa cinta tu..mungkin antara kita dan dia..=') tapi,bila dah dapat kita cepat lupa padanya?? mudah sangat terleka..bukti?? cinta x mengikut caranya.. huwaa.. xadil..ini tidak adil..tidak adil..(erks,mcm lagu jeh..haha..) okeh2,serius2..

“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman, “Di manakah orang yang cinta-mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.” (H.R Muslim)

“ Sesiapa yang menyintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah sesungguhnya telah sempurna imannya.” 
(Hadis riwayat Tirmizi (2521), Abu Daud, Ahmad dan Hakim dengan sanad yang hasan)

KOSONG #4 : DUIT BELANJA ?? (@.@)
Yaaa..yang ini memang tidak dapat dinafikan..hahaha..(gelak jahat..hehe) kekosongan yang memang amat sering dihadapi seorang yang bernama student..huhu..ntah,ape yang x cukup..kadang2 dah susun dah perbelanjaan baik2..tp tetap lari budget..kan??tiba2 ter'outing.. ter'pzza hut'  ter'beli barang2 kehendak..haish!apkah ini berterusan??? oh!tidak..tapi nak cakapnyer semua bergantung pda diri..antara nak ke x jeh..belanja lah ikut kemampuan,nsyaAllah..Allah suka yang bersederhana..wink3, sukanyer kalau Allah suka..=')

Teringat suatu kisah dan kata-kata Rasulullah S.A.W kepada para sahabat :
Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud).

KOSONG #3 : KERTAS EXAM ?? (=.=')
Haaa..yang ni,mesti semua orang tahu..dan x tahu nak tolong macam mana..huk3..kenapa jadik kosong..kosong..kosong.. Huhu,,x cakap orang lain..cakap diri sendiri.. Diffferntial Equation memang menjadikan dirku terasa kosong3..Fourier series yang x begitu memahami diri..haha..bilakah kita akan bersatu?? agar kita tidak merasa..kosong..kosong..kosong..yang ni belum kekasih gelapku yang bernama analog  elektronik lagi..haaa..kosong..kosong..kosong..huhu~~ (release tension study week^^)
Adakah saya macam Si Kosong??huhu..

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan

Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....
Ooo..ooo...

Termotivasi x bila baca sambungan lirik lagu ni??huhu..kalau ye,bagus laa..tapi sebenarnya Allah dah bagtaw awal2 dah dalam Al-Quran..kita jeh x carik..( teruknyer kita..=.=)ish3..

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah Ar-Raad, ayat 11)

PESAN KIUT-MIUT :)
So,awak2 yang comel..
(dan untuk diri sendiri yang x brape comel)
Bila ada masalah..jangan rasa tension2..
kertas exam dapat KOSONG ke..poket seluar KOSONG ker..
itu adalah uian2 dariNYA..okeh??

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah : 286)
Lebih baik kita semua muhasabah diri..
HATI ini "KOSONG" ke x??
Kosong dari CINTANYA??
Nauzubillah..minta dijauhkan..=.=

Usaha mencari RedahNYA..
Usahalah hanya keranaNYA..
Peace!!^^

Wasalam..^^





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...