Thursday 24 April 2014

EDISI : [INSPIRASI] Cinta Nur & Adam :)

Assalamualaikum wrhmatuhAllah..
NsyaAllah, harini nak share cket.. dan mengkantoikan bahawasanya saya telah TERfollow satu network pasangan muda suami isteri.. Just called them Nur & Adam..  xtahulah Allah nak tunjuk ape pd diri ni.. Pada mulanya sy x berapa layan sangat sebab cerita mereka mcm biasa2 je means ramai je skg kahwin awal tapi tanpa kefahaman agama dan emosi yg x terkwal.. seglanya hancur.. nauzubillah.. lagipun sy bukan jenis kejiwangan sangat.. huwaha, sory2.. Tapi lama2 rasa mcm depa ni AWESOME sgt sebab satu je.. SATU perkara yg buat saya respect.. Kebergantungan mereka pada Allah.. :') very inspired! bukanlah tang kahwin awal tu ( sebab sedar diri ni xsematang mana) tp macam mana mereka overcome segalanya2 kesusahan tanpa pertikaikan ape2 pun dr Allah.. dan sekarang ni cik puteri Sang Adam sedang pregnant! Tertggu pula saya kisah mereka menjadi abi dan umi untuk menjdi inspirasi dan contoh teladan akan datang.. eh?haha..

NsyaAllah.. doakan bersama untk mereka, kita dan awak2 semua..
sedikit copy&paste dr mereka..

- silam -

ketika dalam perjalanan ke Hospital Jengka untuk berjumpa doktor, usai urusan kami disana, terhenti sebentar perjalanan kami di dalam kereta. Dalam sedar tak sedar, dalam usia yang muda ini, menunggu hari untuk menjadi sang ibu dan juga sang bapa

" nur ingat tak masa awal tahun lepas kita macam mana? Terharu rasanya kan "

tika itu, cik puteri sedang menuntut di Universiti, ana pula baru sahaja selesai exam semester, pulang ke Malaysia tanpa apa-apa. Tanpa wang, tanpa kenderaan, tanpa kediaman.

dari menaiki Bas/KTM ulang alik dari Seremban ke SHah Alam untuk jumpa cik puteri

dari Bas Ke Motor,
dari Motor dipinjamkan kereta,
alhamdulillah dalam sedang belajar ini

rezeki perkahwinan itu, Allah swt permudahkan segala keperluan kami.

dari pendapatan bulanan 500-1000 sebulan , hari ini dalam sedang fatrah kami masih belajar di Universiti, rezeki itu mencurah-curah untuk menampung keperluan kami tinggal di Bandar Shah Alam.

Ustaz ada kata,

" sediakan keperluan isteri, makan minum, tempat tinggal. Sikit kamu beri, sikit kamu dapat, banyak kamu beri, banyak kamu dapat "

itulah motivasi dan inspirasi harian.

nikah di usia muda bukan sahaja meningkatkan kematangan berfikir, namun disitulah tarbiyah didikan santunan untuk lebih mendekati Allah swt bermula,

mata mulai rindu untuk menangis bantuan Ilahi,
hati mulai rindu untuk merajuk padaNya,
setiap yang berlaku, meski perkara baik dan buruk, adalah suatu usikan manja dari Sang Ilahi :')
 
Gambar semata2.. yes, semata2..

Atau mungkin boleh singgah sini, blog sape ntah.. asieff.. main promote je.. okbai..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...