Wednesday 23 January 2013

EDISI : Erti Sebuah Syafaat

Daripada Abbas r.a Rasulullah bersabda :
"Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad S.A.W. Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.


Israfil bersuara : "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiqa, ketika Rasulullah S.A.W berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.



Baginda SAW bersabda : "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku! "

Jibril as berkata : "Apakah yang kamu lihat di hadadapanmu??"
Baginda SAW bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku"
Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang tercampak di atasmu??"
Baginda SAW bersabda : " Bkan itu maksud pertanyaanku."
Baginda SAW bersabda : "Aku bertanya kepadamu akan UMATKU..dimanakah perjanjian mereka? Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."
Jibril as  menyeru : "Wahai sekalian makhluk,datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala. "
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.


Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat,baginda akan bertanya : "Dimana umatku?? "

JIbril as berkata : " Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir. "
Apabila nabi Isa as datang. Jibril as menyeru : Tempatmu! ". 
Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata : " Mengapa kamu berdua menangis??"
Jibril as berkata : " Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?? "
Nabi Muhammad bertanya : "Dimana umatku?? "
Jibril as berkata : " Mereka semua telah datang. mereka berjalan lambat dan perlahan. "


Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menagis lalu bertanya :

" Wahai JIbril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?? "
Jibril as berkata : "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW! "
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang badan mereka sambil menyeru : " Wahai Muhammad! "
Nabi Muhammad SAW bersabda : " Wahai umatku"
Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi : " Dimana umat Muhammad SAW? "
Jibril as berkata : " Mereka adalah sebaik umat"
Allah Taala berfirman : "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang uantuk ditayangkan di hadapanKu. "
Jibril as kembali di dalam keadaan menagius laul berkata : "Wahai Muhammad! Umatmu telah dtang untuk ditayangkan kepada Allah Taala. "
Nabi MUhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata :
" Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala. "
" Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala. "
Allah Taala berfirman : "Hari ini Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini Aku kan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu."


Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad menyeru : " Tuhanku, Penguasaku Penghuluku..! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu! "

Ketika itu juga, Neraka Jahanam berseru : "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya??" 
Neraka pula berseru " "Wahai Tuhanku, Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkan Muhammad dan umatnya dari seksanya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya meraka adalah umat yang lemah. Mereka tidak sabar dengan penyeksaan.
Nabi Muhammad lebih-lebih lagi sedih.
Air mata telah hilang dan kering di pipinya.
Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arasy Allah S.W.T
dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.


Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.

Mereka berkata : "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya."
Fatimah ra bertanya :" Dimana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat, wahai bapaku??"
Baginda SAW menjawwab : " Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Meriam, Asiah Kahdijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata : " Ini umat Nabi Muhammad SAW. Meraka telah sesat dari Nabi mereka. "
Nabi Adam as berkata kepada nabi Muhammad SAW : "Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mecarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala" 

Nabi Muhammad SAw menjerit dari atas mimbar lalu bersabda : " Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentisa memohon kepada Allah Taala untukmu."
Umat Nabi Muhammaad SAW berkumpul disisinya. Ketika di atas sirat, Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik : "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu. "
Nabi Muhammad berhenti di titian sirat tersebut. 
Setiap kali baginda SAw melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan di kembali.
Nabi Muhammad SAW berkata : " Tuhan, selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim"alaih..
SubhanaAllah..Allahuakbar..!!
Rasulullah SAW dan syafaatnya untuk kita..
Rasulullah SAW amat menyanyangi umatnya..
Rasulullah SAW amat menyanyangi kita..!!
Tapi kita disini masih..
alpa..lupa.. :'(

Sejauh mana cinta kita kepada Rasulullah??
Tepuk dada, tanya iman..

Rasulullah..Truly We Love You~

Wallahualam..
Wasalam..








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...